Jojo datang ke rumahku dengan sebakul raga yang berisi pelbagai jenis barangan basah.
Katanya untuk masakkan nasi lemak untuk aku….
Aku mengajaknya ke dapur.
“D..! D~, duduk la diam-diam kat situ. Biar Jo yang buat semua ni. D rehatlah.” Halang Jojo apabila aku mengambir beras untuk dimasukkan ke dalam periuk.
Aku terpinga-pinga apabila Jojo mengambil periuk itu dari tangan aku.
Aku tarik muncung.
“boringlah macam ni… takkan aku nak duduk saja tanpa buat apa-apa? Urmmm!” rungut ku.
Jojo memandangku. Dia senyum, kemudian menjawab.
“alah. D tolong tengok sudah. Tak payah buat apa-apa dah.Lagipun, kan D tengah sarat ni. Nanti tak pasal-pasal beranak dalam dapur ni pulak..”
Aku mula menarik muncung apabila Jojo menyuruh aku duduk diam-diam.
“betul kata Jojo tu Yan. Kau tu dah sarat dah tu. Kau duduk saja diam-diam.” Ujar Miami menambahkan lagi kepanjangan muncung ku itu.Jojo dan Miami sama-sama ketawa.
Baek Jun yang dari mana datang turut sama ketawa melihat muncung aku itu.
Semasa makan, Jojo beria-ia mahu menghidang dan melayan Adriyanna.Tiba-tiba aku rasa dimanjakan la pula.
Memang Jojo sering manjakan Adriyanna dari dulu.
Ingat lagi Jojo pada waktu dia dan aku di Rusia dulu. Fikirannya berputar kembali ke zaman aku di Rusia dulu.
...Flashback...Aku membawa bagasi naik ke tingkat 3 blok D. tiba² saja roda pada bagasi aku tercabut.
Kelam kabut aku turun tangga untuk mengutip roda itu, tetiba ada tangan yang lebih laju mengutip roda itu.
Lelaki itu menyuakan padaku, beserta senyuman ramahnya.
Aku menyambut dengan senyuman juga.
“bilik dekat mana?” tanyanya.Lah, budak Malaysia jugak rupanya. Getus hatiku.
“362, tingkat 3. Hang pulak?” Tanya aku.
“jomlah kita naik, bilik kita sama. Sini aku tolong kau.” Ujarnya mengambil bagasi aku.
Eh, dia tolong aku angkat bagasi akulah. Baiknya dia… pujiku dalam hati.
Sejak hari itu kami rapat sebagai kawan.Dia masih belum tahu tentang identity aku.
Dia mendapat tahu identity aku sebagai seorang perempuan ketika tahun kedua aku di Rusia.
Ketika itu kami masuk ke hutan kerana ingin menghabiskan masa cuti bersama kawan sekuliah.
Aku mandi di sungai yang aku sendiri tidak tahu apa nama sungai itu. Tapi yang aku tahu sungai itu cantik. Aku terleka, tiba-tiba…
“argh!!!” aku menjerit. Jojo dan rakan-rakan yang lain meluru ke arahku.
“D… are you okey?” Tanya Randy.
“no. Im not …” ujarku laju.
“kenapa ni D?”Tanya Jojo pula
Aku pandang ke bawah. Mereka juga turut memandang ke tempat yang sama aku pandang.Mereka Nampak ada seekor katak di kaki aku.
Mereka ingin ketawa tapi apabila melihat mata aku yang merah dan mula ditakungi air, mereka tidak jadi untuk ketawakan aku.Jojo mengambil katak itu, dan membuangnya jauh-jauh.
Serentak dengan itu, aku jatuh.
Aku sudah tidak dapat mengimbangi badan aku.
Air mata mula turun berjujuran. Jojo menarik tangan aku, untuk membantu aku bangun. Tapi tidak berdaya kerana lutut aku sudah lembik.
Aku memang fobia dengan spesis katak ni.
Jojo mengendong aku.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Novela JuvenilAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.