33. Mengigau

177 8 0
                                    

Aku pulang ke rumah sewaku.
 
“baru balik, Yan?” tanya Qalieniey. Semasa itu aku baru sahaja masuk ke dalam rumah.

Jam di dinding menunjukkan pukul sepuluh malam.
 
“haah. Kau tak tidur lagi ke?”
 
“aku tak boleh tidur. Tu yang aku tengok movie ni.” Ujar Qalieniey
 
“mana Liesya?” tanyaku apabila kelibat Qaliesya tiada di disitu.
 
“dalam bilik. Tidur.” Jawab Qalieniey

Aku mengangguk lalu berlalu ke tingkat atas.
 
“jangan kau kacau aku. Pergi sana!” aku meracau dalam tidur.

Qaliesya yang tidur di sebelah bilik terjaga apabila mendengar aku menjerit.

Qaliesya bangun memisat mata.
 
“Adriyanna?” Qaliesya memanggil namaku.
 
“kau jangan kacau akulah! Pergi! Aku tak buat salah dengan kau pun.

Kenapa kau kacau aku? Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni?” sekali lagi aku meracau.
 
Qaliesya berlari turun ke bawah setelah mendengar aku meracau. Takut juga apabila dengar Adriyanna asyik meracau.
 
“Lieniey! Adriyanna..” kalut-kalut Qaliesya memberitahu Qalieniey.

Qalieniey terkejut.
 
“kau dah kenapa? Adriyanna kenapa?” tanya Qalieniey.
 
“Adriyanna asyik meracau je. Kau pergilah tengok! Aku takut!”

Qalieniey bergegas bangun dan berlari naik ke atas.

Pintu bilik Adriyanna diketuk kuat.
 
“Adriyanna!” laung Qalieniey

Tiada jawapan dari dalam.
 
“jangan kacau aku! Pergi!”

Qalieniey bergegas turun ke bawah mencari kunci pendua. Selepas jumpa, Lieniey naik ke atas semula. Kunci pintu dibuka.

Qalieniey bergegas masuk dan menggongcang badan Adriyanna.
 
“Yan! Bangun! Bangun, Yan!” panggil Qalieniey
 
“jangan kacau aku! Pergi!” aku meraung
 
“bangun Dyan. Kau mengigau ni. Bangun!” suruh Qalieniey.
 
“kenapa?” aku bangun.

Qaliesya dan Qalieniey menarik nafas lega.

“kau mimpi apa tadi?” tanya Qaliesya

Aku menggaru kepala.
 
“mimpi? Mimpi apa?” tanyaku
 
“kau mengigau tadi. Meraung-raung tadi.

Liesya panggil aku tadi. Tu yang aku naik dan turun cari kunci pendua. Tu yang kami boleh masuk tu.” Ujar Qalieniey
 
“aku mimpi? Meracau?” aku bingung seminit.
 
Setahu aku, tadi aku masuk bilik dan ambil kain tuala untuk mandi.

Lepas tu ada panggilan masuk. Lepas aku jawab panggilan tu, aku terus tak sedarkan diri. Mungkin aku tertidur.
 
Aku mimpi apa tadi, ye?

Aku mengingatkan kembali apa yang aku alami di alam tidur tadi.
 
Ha! Baru aku ingat. Tadi aku mengigau.

Sememangnya igauanku senang untuk diingat kembali.

Kerana igauan tidak serupa dengan mimpi. Igau adalah hubungan antara roh kita dengan alam mimpi yang berkait rapat.
 
Roh kita biasanya akan keluar dari badan kita semasa tidur. Kita hanya akan kembali sedar sekiranya roh kita kembali kepada jasad kita.

Sekiranya roh kita tidak menjumpai jasad yang ditinggalkan, maka kita tidak akan sedarkan diri sehingga roh kita menjumpai jasad yang ditinggalnya.
 
Balik kepada mimpiku.
 
Aku mimpi, aku dikejar oleh beberapa ekor ular yang besar. Dan ular itu masing-masing mempunyai kuasa tersendiri.
 
Aku leka menghayati keindahan sebuah tasik yang dipenuhi dengan pelbagai bunga-bunga yang besar dan cantik.

Aku dikelilingi dengan cendawan yang besar, dan pelbagai lagi tumbuhan yang besar dan berwarna warni.

Aku meneruskan langkah ke air terjun.

Cantik!

Air dari atas mengalir. Aku lihat di seberang sana ada sekumpulan pelangi sedang minum air.

Itu yang menarik perhatianku sehingga aku alpa seketika.
 
Aku seakan berada dalam dunia khayalan. Dunia fantasi seperti dalam komik dan dunia yang sangat berbeza dengan dunia realiti.

Dunia yang membuatkan kita tak ingin kembali ke dunia realiti.
 
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara ketawa.

Aku mengundur beberapa langkah.

Bau haruman yang menusuk kedalam hidung membuatkan aku semakin leka melangkah dalam keadaan mengundur.

Sehingga aku terlanggar sesuatu yang menyebabkan aku tersungkur ke depan membuatkan aku diketawakan.
 
Aku merasakan bulu tengkuk ku menengang. Bulu roma di tangan berdiri tegak! Seram sejuk ku rasakan!
 
Hargh! Apa tu?! getus hatiku. Aku menoleh ke belakang.

Terkejutku bukan kepalang apabila mataku terpandang beberapa ekor ular yang besar. Ada yang warna kuning, merah, coklat dan hitam.
 
“terkejutkah kamu dengan kehadiran kami bertiga?” kata ular berwarna kuning.

Dan dari pengamatan aku ular yang berwarna kuning ini mungkin ketua mereka.
 
Mereka...err..boleh bercakap? Mereka ini apa? Ular jadiankah? tanyaku dalam hati
 
“jangan takut, kami Cuma nak berkawan.” Kata ular yang berwana merah pula dalam tawa.

Aku mengesot ke belakang. Semakin jauh aku mengesot, aku bangun untuk lari.
 
Apabila dapat peluang untuk lari, aku berlari sekuat hati.

Tapi sayang, langkah aku semakin berat untuk melangkah. Degupan jantung semakin kencang apabila ular-ular itu mengejar aku.

Perasaan takut membuak-buak dalam diriku. Tapi ku gagahkan jua untuk berlari sehingga kaki aku tersadung di akar pokok.
 
Tidak aku tahu bahawa pokok itu bernyawa dan pandai berkata-kata. Dan pokok itu sedang tidur.

Aku telah menganggu tidurnya dan menyebabkan dia marah sehingga mengangkat aku ke atas dalam keadaan terbalik.

Kepala ku di bawah, dan kakiku dipegang di atas oleh dahannya. Dah macam dalam cerita Harry Potter pun ada!
 
“kenapa kau kacau aku? Hargh!” pokok itu baran.

Ular itu sampai di situ.
 
“lepaskan dia! Dia di bawah aku.” Ujar ular yang berwarna kuning itu kepada pokok itu.
 
“kenapa kau biarkan dia kacau aku tidur?!” tengking pokok itu.

Oleh kerana pokok itu degil tidak mahu lepaskan aku, ular kunig itu mengeluarkan kuasanya.

Apa jenis kuasa pun aku tak tahu!
 
Sekali bidasan, pokok itu melambung ke atas. Tercabut akarnya dari tanah.

Gedebuk!

Macam buah nangka jatuh apabila pokok itu jatuh ke bawah. Aku terpinga.

Ular kuning itu menggunakan ekornya untuk membawa aku lari.
 
Tanpa ku duga, ke semua ular itu datang dari kayangan dan mereka adalah dewa yang menyerupai rupa ular.

Siap boleh terbang lagi! Kami menjadi kawan. Tapi antara kesemua ular itu, aku rapat dengan ular kuning itu berbanding dengan ular yang lain.
 
Tapi tak ku duga, setelah aku semakin rapat dengannya.

Ada dugaan yang menimpa. Ada seekor ular betina yang menculik ku. aku dibawa ke hutan untuk dibunuh. Dan kerana itu aku meraung-raung.

Sehinggalah bahuku digongcang kuat oleh Qalieniey.

Aku kembali ke dunia realiti.
 
“aku dah okey. Kau orang pergilah masuk tidur...” suruhku

Mereka berpandangan sesama sendiri.
 
“kau nak aku temankan kau tidur ke, malam ni?” tanya Qalieniey

Aku menggeleng.
 
“aku dah okey. Betul!”
 
“okey. Kalau kau betul-betul dah okey, tak apalah. Kami keluar dulu. Kau tidurlah! Dah pukul 3 pagi dah ni.” suruh Qaliesya

Aku mengangguk dan meletakkan kepalaku kembali ke bantal. Selimut kutarik bagi menutup badanku. Sejuk terasa!
 
Setelah si kembar itu keluar, aku kembali mengelamun.
   

...
18/12/2021
11:11pm










Rich HubbyWhere stories live. Discover now