Usia kandunganku sudah menjangkau sembilan bulan.
Aku sudah tidak larat untuk berjalan. Aku tidak lagi pergi ke pejabat, aku hanya menulis di rumah dan menelefon mereka untuk datang mengambil skrip.
Miami masuk ke dalam bilik aku. Aku sedang duduk di tilam sambil menulis dalam Lap-topku.Miami menyapaku.
“kau dah sarat sekarang D. kau tak mahu balik jumpa hubby kau ke?” Tanya Miami, sambil melangkah menghampiri aku.
Aku memandangnya.
“kenapa? Kau tak suka aku duduk kat sini eyh?” aku pura-pura merajuk.Miami gelabah.
“eyh, tak! Aku tak kisah pun kalau kau nak duduk kat sini.Tapi, takkan kau tak nak suami kau tengok anak kau ni nanti? Dia suami kau tau.” Ujar Miami.
Aku buat muka.
Dia dah ada yang baru. Bukan ingat aku lagi dah.Aku bukan lari dari rumah pun. Dia pun tahu aku kat sini. Kenapa dia langsung tak pernah datang?
Memang sah dia tak ingat kat aku. Call aku pun sekali. Itupun masa aku kat klinik hari tu. Lepas tu, dia dah tak call aku dah pun.
Hee, siapa yang tak geram.
Yang aku ni pun satu, kenapalah langsung tak ada perasaan benci pada dia.
Dia dah banyak buat salah, kenapa kau masih lagi maafkan dia?
Heee… marah aku dalam hati sambil mengomel.
“biarlah dia. Aku malaslah. Kau dah makan belum?” aku menukar topic.
Dia menggeleng.
“aku nak keluar. Dengan Baek Jun. kau kalau nak makan ke, nak apa ke?Kau pergi sahaja kat dapur tu.Aku dah beli makanan untuk kau.
Tapi kau ni bukan jenis nak makan sangat.
Sejak mengandung ni, Yang kau nak makan pun, makanan ringan saja.” Bebel Miami.
Aku hanya buat pekak.
Malas nak dengar bebelan dari gadis ini.
“D.. kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” geram Miami.Dia tahu yang aku tak dengar pun apa yang dia cakap.
Aku terkebil-kebil.
“ha.. aku dengar. Aku dengar apa kau cakap.Ha, kau pergilah cepat. Tu ha, Baek Jun dah tunggu dah tu. Pergi, pergi.” Aku menyuruhnya cepat-cepat pergi.
Miami mencebik bibir.
Haha, kelakar.
“ingat! Makan! Jangan kau tak makan pula nanti.Siap kau kalau aku balik nanti tengok kau tak makan. Aku makan kau!” ujar Miami.
...Setelah selesai makan, Adam bersiap untuk ke pejabat. Miani masih lagi dalam selimut.
Adam menggeleng kepala. Belum sampai sampai enam bulan Adam mengahwini Miani, pelbagai kerenah yang tidak Adam gemari ada pada isteri keduanya itu.
Perangai isteri mudanya itu jauh lebih teruk daripada isteri pertamanya itu.
Langsung tidak serupa. Banyak kekurangan Miani yang Adam perhatikan sejak dari awal perkahwinan mereka.
Miani, sudah biasa hidup dalam kemewahan dan amalan cara hidup bebas.
Adam sudah penat untuk menasihati isterinya itu.Kalau Adriyanna dulu, tak usah penat-penat kena nasihat. Dia memang pandai menjaga diri.
“Miani. Bangunlah. Dah nak tengah hari ni. Bangun!” Adam mengejutkan Miani.Miani merengek. Mencebik bibir.
“kejaplah. Baru lapan setengah. Nantilah!” balas Miani, biadap.Adam hanya menggeleng kepala.
Adam turun ke bawah. Sebelum keluar adam menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada mamanya.
“biarlah. Dia penat. Kerja sampai lewat malam. Kamu ni, fahamlah sikit.” Ujar Datin Tiara membela menantu kesayangannya.
“itulah mama. Bela sangatlah menantu mama tu.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Teen FictionAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.