Selendang putih dibetulkan. Wajahnya sungguh anggun ditata rias oleh MUA terkenal. Dressnya cantik bak cinderella zaman moden.
Cuma...
Cuma wajahnya tidak menunjukkan riak teruja. Hanya renungan tajam dihadiahkan pada pantulan diri di cermin gergasi itu.
"Kalaulah dia masih ada..."
Tidak semena-mena setitis air mata jatuh ke pipi. Dadanya terasa sebak tiba-tiba. Hatinya seakan berbisik untuk lari! Dia tidak merelakan semua ini!
Tidak! Hatinya hanya milik lelaki beku itu! Maafkan saya, Adam!
Pintu terbuka luas dipandang lama. Betulkah keputusannya ini? Bibirnya digigit perlahan.
Maafkan aku, Arissa! Aku terpaksa!
Bukk!!
Dia tergelincir dek kasut kaca yang dipakainya tergelincir. Matanya dipejam pasrah. Dia pun satu, terlupa nak tanggal kasut! Main lari macam tu saja!
Seseorang pantas menyelamatkannya dari mencium lantai. Masa bagaikan terhenti. Matanya tertancap pada tubuh tegap lengkap memakai tuxedo. Perfume mahal menusuk hidunya.
"Err.. i'm sorry sir. Excuse me but i have to go." Dadanya berdetak hebat melihat susuk tubuh itu. Namun sengaja dia tidak mendongak melihat wajah sang empunya diri.
Segan menguasai diri! Dia mengutuk diri sendiri yang cuai. Nak lari tapi careless!
Laura menstabilkan badannya. Dia amat berterima kasih kepada jejaka tidak dikenalinya itu.
"By the way, thank you so much sir! Bye!"
Setelah mengucapkan terima kasih, dia mula mengatur langkah. Baik dia pergi sekarang. Lambat, maunya tertangkap nanti!
"Nak lari mana, baby girl? Kau nikah hari ni, bukan?" Suara garau itu menegurnya.
Langkahnya terhenti serta-merta. Hatinya bagai mahu pecah. Tubir matanya terasa panas.
Suara itu seperti...
Tak mungkin!
Tak mungkin!
"Tak kenal aku, baby girl? Dah lupakan aku, huh?" Suara parau itu menyoalnya perlahan. Bau maskulin makin melekat di rongga hidungnya. Susuk tubuh tegap itu berhenti betul-betul di belakang gadis itu.
Laura menoleh perlahan. Air mata sudah turun mencurah-curah. Matanya membulat apabila bersabung dengan mata kelabu lelaki itu.
"Why...?"
Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila dia terjelepuk atas lantai. Kenapa suara lelaki itu sama? Muka pun sama..
Dugaan apakah ini tuhan?
"Shh.. don't cry my baby girl. Aku dah tunaikan janji aku kan?" Lelaki itu berbisik dekat dengan telinganya. Bau harum rambut Laura membuatnya terbuai seketika.
Suara garau itu seperti arus eletrik yang merenjat dirinya tika ini. Tubuhnya longlai dalam pelukan lelaki itu.
Dia dah tak ada, Laura! Sedar sikit!
Lelaki itu bukan dia!
Bukankah setiap orang ada pelanduk dua serupa?
"S..sorry encik. Saya terlalu ikutkan perasaan." Laura cuba mengawal diri. Tubuhnya dijauhkan dari tubuh tegap lelaki itu. Bahaya kalau lama-lama!
Memang sebiji! Matanya menangkap renungan tajam mata kelabu padanya. Macam nak telan pun ada!
"Encik Hans, mari saya bawa tuan ke dalam." Seorang lelaki bersut merah menyapa.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...