Ketua Planet

448 27 0
                                    

....Ini dia maklumat yang tuan minta..

Robot bersaiz manusia itu meletakkan beberapa jenis dokumen di atas meja lutsinar.

"Oh baik. Kau sudah hubungi Venus?"

....sudah tuan. Dia akan tiba sebentar lagi...

"Bagus Cell." Venom kembali menumpukan perhatian pada skrin lutsinar di hadapan. Jarinya mengetuk permukaan meja.

...Kalau tiada apa- apa, saya sambung kerja tuan..

Venom mengangguk menghantar langkah robot humanoid itu keluar dengan ekor mata. Dia menghela nafas. Lelaki itu seakan gusar dengan sesuatu. Hatinya kuat mengatakan perkara buruk akan berlaku tak lama lagi. Haihh

Tumpuannya beralih pula pada kertas di tangan. Planet Flixx baru saja diserang. Habis kuasa telepati dan sumber kilat planet itu dirampas. Penduduk Flixx juga ramai terkorban. Itulah yang dikabarkan oleh sahabatnya, Fess yang merupakan ketua planet itu.

"Kau harus berhati-hati Venom. Musuh kita semakin licik. Ketatkan pertahanan keselamatan di planet kau.Jika dulu sasaran mereka planet lemah, kini mereka mula sasarkan planet mempunyai teknologi hebat seperti planet kita" Fess mengingatkannya. Dia mengeluh. Memang planetnya sedang diserang sekarang. Cuma hanya dua bandar terjejas. Bandar lain telah dikenakan sekatan kawalan tertinggi iaitu Solar Shield Protection yang dicipta Vens sendiri. Musuh terkuat pun tak boleh menembusi ciptaan terbaru Vens.

Dia mengabungkan kuasa nano dengan eletrik di mana ia menghasilkan satu lengkungan bulat berwarna purple yang melindungi satu planet itu. Hanya tenaga kuasa matahari yang banyak boleh menjejaskannya. Dan pastinya kelemahan itu disimpan rapi oleh Venus sendiri. Hanya dia yang tahu.

Sedikit sebanyak hatinya resah. Dia harus melakukan sesuatu demi melindungi planet itu. Bukan juga Reutus tapi juga semua planet di bimasakti. Dia amat bencikan peperangan. Baginya mana-mana planet berhak hidup aman dan damai.

☆☆☆☆☆☆☆☆

" Papa"

Venom mengangkat muka. Dokumen bertaburan disusun dan diletakkan di tepi meja lutsinar. Jika diamati meja itu tidak kelihatan. Dari mata kasar seolah kertas-kertas dan fail-fail itu terapung.

"Oh Vens. Sila duduk anakku."

"Ada apa papa nak jumpa Vens ni?" Lelaki berbadan tegap itu duduk di kerusi tetamu. Rambutnya terjuntai di dahi di selak perlahan.

"Ada perkara papa ingin bincang dengan kamu."

Dia sudah tahu. Ini mesti tentang dia Budak berdua itu. Venus menarik nafas cuba untuk bertenang.

"Human don't really suit to our environment, Vens." Lelaki separuh abad itu memecahkan kesunyian.

"What do you mean by that dad?"

"Well.." Dia mengosok rambutnya yang sudah memutih. Fail-fail yang dibelek dari tadi sengaja diketepikan. Dia menghela nafas berat sebelum bersuara.

"They maybe die if stay here longer, son."

Venus seperti terkena renjatan eletrik. Mereka akan mati? Baru dia hendak bertanya, lelaki separuh abad itu bersuara.

"Lagi satu....papa nak kita tingkatkan pengeluaran robot tempur. "

"In progress dalam 500 000. Papa nak tambah lagi?" Dia menjungkit kening. Rak-rak buku yang memenuhi separuh ruang itu. Sekilas pandang macam libarary pun ada.

"Kita tingkatkan pengawasan mulai sekarang."

"Oh ya macamana dengan bandar Lux yang diserang? Semua fasiliti awam dah dibaiki? " Mata papanya mencerlung tajam.

"Dah pa. Kebanyakan prasarana bandar itu 80% siap. Dalam minggu depan dapatlah digunakan orang awam. Buat masa ni semua bandar dan kawasan pedalaman dikenakan kawalan keselamatan ketat." Dia menjawab sambil membelek tab kaca di tangannya.

Persoalan yang mengasak kepalanya tadi terpaksa dilupakan dahulu. Soal keselamatan planet harus diutamakan dulu!

☆☆☆☆☆☆☆☆

Pintu bilik mesyuarat Galaxy-111 dibuka perlahan. Oh, ramai rupanya dah sampai.

"Maaf lambat." Fenelo, Ketua Planet Uranus bersuara.

"It's okay. Beberapa orang ahli kita pun belum muncul lagi." Venom membalas tenang. Mujur masih berbaki setengah jam lagi.

Venom yang melabuhkan duduk di kerusi mengangguk cuma. Skrin paparan di meja mesyuarat ditenung lama. Dia mengeluh perlahan. Jumlah planet diserang makin bertambah. Adakah perisai yang melindungi kebanyakan planet sudah mulai rosak? Tapi mengapa? Apa yang menyebabkan musuh mampu menembusi? Terlalu banyak persoalan berlegar-legar dalam kepalanya.

Bilik sederhana luas itu dilengkapi dengan alatan canggih. Dinding dan lantai semuanya transparent. Jika ada yang phobia pada ketinggian, pasti tidak akan berani menjejakkan kaki di situ. Oh, dan bangunan berbentuk kapal angkasa itu dilengkapi dengan graviti. Jadi tidaklah mereka terapung-apung ketika menjalankan tugas.

"Ven..rasa semua dah cukup." Ketua planet Zuhrah memecahkan kesunyian.

"Boleh kita mulakan sekarang?"

Yang lain hanya mengangguk.

Venom melangkah bangun dan melangkah ke depan. Yang terlintas di fikirannya saat ini adalah bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi? Dia menghela nafas perlahan sebelum mengetuai mesyuarat pada hari itu.

Skrin hologram muncul dan memaparkan data dan statistik planet sekitar galaksi yang telah diserang. Nafas dihela lagi sebelum memulakan mesyuarat pada pagi itu.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now