"Macamana? Dapat jumpa Venus?"
Lelaki itu melangkah masuk dengan senyuman hambar. Wajah gadis blonde itu dipandang sekilas.
Aku nak cakap macam mana ni ya? Lelaki itu berdehem perlahan sebelum menjeling Ben di sisi.
"Kami dah jumpa Venus di lereng gunung."
Wajah Laura terus berubah ceria. Serius dah jumpa?
Gadis itu terus bergegas keluar. Habis segala perabot dilanggarnya lantaran sangat teruja.
Ah rindunya saya pada awak, Vens!
" Eh kau nak ke mana?" Soal Arissa pula.
"Aku nak.."
"Aku tak habis cakap lagi." Suara garau itu memotong bicaranya laku.
Langkahnya terhenti di muka pintu lantas dia berpaling. Kenapa Ben dengan Pluto lain macam hari ni?
Muka serius semacam.
"Kenapa?" Soalnya tidak sabar. Enam pasang mata tertumpu padanya.
Pluto memberi isyarat mata kepada Arissa. Gadis berambut tocang itu mengangguk faham.
Arissa bangun dan menarik gadis itu untuk kembali duduk di sofa. Mata redup lelaki itu bersabung dengan matanya lama seakan mencari kekuatan untuk berbicara.
"Sebenarnya aku berat nak bagitahu kau, Laura. Aku harap kau boleh terima berita ni dengan tenang."
Dada Laura berdetak kencang bagai dipalu. Kenapa dia rasa tidak sedap hati?
❤️❤️❤️Rantai yang tersarung disentuh perlahan. Permata ruby berwarna biru itu kelihatan berkilau. Kemudian pandangannya berkalih ke arah cermin dihadapan.
Wajah sembapnya dipandang lama. Rambutnya yang mengerbang dielus perlahan. Teruk betul rupanya. Sikit lagi nak jadi nenek kebayan.Eye bag dibawah mata disentuh perlahan. Dua hari dia merengkuk atas katil menangis. Nasib tak buta, Laura.
"Janji dengan aku, even kalau aku pergi pun, kau takkan menangis okay? Be a good girl."
Suara garau itu terngiang-ngiang.
Air matanya sudah kering. Tekaknya perit kerana menangis tanpa henti. Langkah diatur ke tingkap kaca.
Angin sejuk menampar mukanya. Matanya terpejam dek terasa nyaman. Iyalah, berkurung dalam bilik tanpa sebarang udara luar.
Tiba-tiba dia membongkok menekan perut yang sakit. Sakitnya menjalar ke seluruh badan. Mesti masuk angin ni. Dia hanya minum air kosong dua hari ni.
Langkah diatur perlahan ke pintu bilik. Dia mesti cari makanan! Cukuplah dia menyeksa diri selama dua hari lepas. Masa untuk teruskan hidup macam biasa.
Boleh ke dia teruskan hidup macam biasa tanpa lelaki itu?
Dia mengeluh. Sebak dalam dada sedaya upaya ditahan. Namun air matanya mengalir jua tatkala menangkap susuk Arissa yang termenung di ruang tamu.
Sorry Arissa. Aku banyak susahkan kau.
🌹🌹🌹
Tubuh ramping sahabatnya dipeluk lama. Rasa serba salah menyelubungi diri.
Arissa pula hanya tersenyum membalas pelukan. Lega hatinya melihat gadis itu keluar bilik. Maknanya okay dah kan?
"Sorry. Bukan aku tak dengar kau panggil aku ajak makan. I just need to be alone..."Laura bersuara rendah. Harap sahabatnya tak kecil hati.
"Eh, bila aku panggil kau? Aku rasa ada benda lain nak..."
"Rissa!" Laura pantas memotong dengan membulatkan mata. Suka takutkan dia yang sedia penakut ni. Hish, tak suka la!
Gadis berambut hitam beralun itu ketawa terbahak-bahak. Sungguh dia rindu nak bergurau macam dulu.
"Hish serius sikitlah Rissa." Wajah pucat itu bertukar merah. Mungkin geram kena usik tadi. Rambut blondenya yang mengerbang diikat menjadi sanggul. Barulah ayu sikit nampak.
"Thanks god my El is back!" Rambut hitamnya diselit ke celah telinga sebelum mencuit hidung Laura.
"Kau maafkan aku tak?" Soal Laura manja. Kepalanya dilabuhkan ke bahu Arissa. Alahai manjanya.
"Its okay darl. Aku tahu kau sedih. Syukur sangat kau nak keluar cari aku hari ni. Kalau tak aku report pejabat kerajaan alien dah tadi."
"Kau ni kan!" Wajah itu mencuka.
"Kau okay?" Arissa memegang kedua-dua belah pipi gadis comel itu bagi mendapatkan kepastian.
"Aku okay." Wajah pucat itu tersenyum. Arissa pandang dengan perasaan tak percaya.
"Seriously? Mata kau kalah panda ni."
"Don't worry. Aku akan okay untuk kau. Kalau aku sakit mesti kau tinggal sorang nanti."
Arissa mencebik.
"Tahu pun. Kau berkurung dua hari dalam bilik, aku sunyi tau!"
"Sorry." Mata Laura membulat meminta simpati. Ceh ingat orang kesianlah tu.
"Sorry naik lori lah!" Sengaja diusik sahabatnya yang satu itu.
"Rissa!" Suara gadis berambut blonde itu bertukar serak basah. Tanda empangan air mata nak pecah.
"Shh..jangan nangis lagi. Kau tak ada salah. Normallah orang tengah sedih berkurung. Cuma kau buat aku risau tahu." Bebel Arissa perlahan.
Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan. Mereka hanya ada satu sama lain di planet asing ini. Kalau dia merajuk dengan Laura, alamat berseorangan lagilah dia dalam cottage tu.
Laura seka air mata perlahan.
"Thanks. Aku sayang kau."
Arissa tersenyum. Aku pun. Sahabat sejati, susah senangnya dengan gadis itu sejak mereka kecil lagi.
Persahabatan mereka hanya akan berakhir dengan satu perkara sahaja.
Mati.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...