2nd war (Serangan burung gergasi)

199 11 0
                                    

" What the-"

"Holy shit!"

"Bapak besar?!"

"What is going on here?"

Di kaki langit kini penuh dengan burung gergasi yang mengeluarkan bunyi seperti burung helang. Habis bangunan dilanggar dan banyak yang runtuh apabila terkena sayap besar mereka.

"Kita nak lawan dengan apa? Those damn weapon could'nt work on them!" Ben bersuara kuat.

Pluto, Don dan beberapa orang anak muda kelihatan berpandangan sesama sendiri. Masing-masing buntu memikirkan apa yang mereka mahu buat sekarang.

"Hoi, apa tunggu lagi! Bergerak cepat! Korang nak tunggu semua bangunan hancur ke?!?" Seorang lelaki berpakaian kalis peluru membulatkan mata tanda marah.

"Yelah! Sabar sikit boleh tak!" Pluto mencebik sambil berlari ke arah helikopter yang sudah mahu berangkat.

"Aku, Ben dan Venus serang dari atas. Kau orang jaga bawah."

"Kami kat bawah nak pakai senjata apa ni!"

"Tu, si Leon dah bawakkan untuk kau orang. Tahu kan pakai benda alah tu?" Jerit Vens sebelum helikopter terbang menjauh dari mereka.

Don menjengkit kening. Pistol berkuasa laser? Beg besar dibuka dan pistol hitam sebesar lengannya dicapai dengan sengihan lebar.

Quite interesting!

"You guys ready?!"

"Hell yeah, captain!?"

🌼🌼🌼

Skrin besar itu ditenung tanpa berkelip. Dari mana datangnya burung gergasi ni? Banyak pula tu!

" Ini semua kerja dialah ni. Apa yang dia nak dari aku entahlah."

Laura, Arissa dan Katerina menoleh apabila suara garau itu bersuara lemah. Uncle Venom kelihatan kusut di sudut bilik kebal itu. Bukan dia tidak mahu berjuang di luar, tapi dia ada masalah kesihatan. Maklumlah sudah lanjut usia ini.

Makin banyak pula penyakit yang suka!

Uncle Greg pula dari tadi menghilang tanpa jejak. Padahal sudah dipesan oleh Venus untuk duduk dalam ni sahaja. Biar yang muda menyelesaikan kemelut di luar.

Entahlah.

" Baru je lepas krisis makanan dan air. Kita pun baru nak hidup dengan aman. Eh ada pula serangan burung gergasi. Memang orang jahat tak bagi kita hidup aman damai dan tenteram ke?" Arissa mengeluh lembut.

"Entahlah. Aku harap mereka berjaya tewaskan burung - burung gergasi itulah."
Laura mundar mandir sambil anak matanya tertancap pada skrin. Kelihatan beberapa orang anak muda gigih melawan burung -burung yang turun menyerang mereka.

"Aku pun harap begitulah." Kate membalas dengan perasaan bercampur baur. Semoga ada sinar pelangi muncul selepas ini.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now