"Alex, aku ada hal di Planet Reutus selama seminggu. Aku harapkan kau jaga anak aku ya. Robot bukan boleh dipercayai sangat."
Alex yang bersut lengkap memanggung kepala mendengar arahan tuannya itu.
"Baik tuan." Tugasnya hanya mengawal pintu bilik gadis itu sahaja. Urusan pengurusan dan makan minum, ada orang yang uruskan.
"Jaga rumah aku baik-baik. Pastikan orang keluar masuk adalah orang sama. Jika ada yang suspicious, kau terus bunuh!"
Eh, tak kejam sangat kah?
"Tapi tuan, takkan terus bunuh. Mungkin saya akan tahan dan siasat dahulu?"
Lurus bendul jugak orang kanannya ini!
"Aku gurau sajalah! Pandai-pandai kaulah nak urus macam mana. Asalkan hari-hari ada report mengenai Katerina ya?"
"Perintan diterima, tuan!"
"Bagus. Aku pergi dulu."
Alex tabik hormat kepada lelaki separuh abad itu sebelum helikopter itu terbang dan hilang dari pandangan.
Bukan dia tidak biasa mengawal rumah ini. Cuma entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.
Hmm mungkin perasaanya sahaja.
"Encik!" seorang gadis menegurnya ramah.
"Oh, dah nak balik, Agnes?"
"Ya encik. Cuma encik perlu beri ubat melalui tiub setiap 3 jam ya."
"Eh, bukan itu tugas Jennie?"
"Oh, dia cuti hari ni. Ada hal katanya. Boleh ya, saya minta tolong? Esok Jennie akan datang macam biasa."
Alex mengangguk. Mujur dia sudah dilatih untuk memberi ubat melalui tiub jika berlaku kes seperti ini.
"Terima kasih tuan. Saya balik dulu ya!" Gadis itu tersenyum sebelum berlalu menaiki kereta kuda yang siap menunggu.
🌼🌼🌼
"Aku masuk dulu, kamu semua tunggu di sini! Jika ada yang masuk, lekas beritahu aku ya!"
"Baik tuan!"
Venus yang memakai pakaian serba hitam melompat lincah keluar dari semak. Dia melangkah berhati-hati melalui jambatan gantung menuju ke pintu pagar rumah agam usang itu.
Patut susah nak kesan, rupanya si tua bedebah ini buat rumah baru dalam hutan sebelah gunung ni? Dalam tua-tua nak mampus, ada juga cerdiknya.
Kenapa dia nak culik Laura? Bukannya budak bumi itu ada kuasa pun. Haih.
Dia termenung lama melihat pintu pagar kayu itu. Bagaimana dia nak masuk? Jika dilihat dari struktur rumah besar ini, tiada tingkap dan kalau ada pun jauh ke atas.
Amat sukar untuk diceroboh kerana dinding batu tiga kali lagi tinggi darinya. Jambatan gantung itu terbuai sedikit ditiup angin kencang.
Dia memegang kejap tali tempat berpegang jambatan itu. Kencang juga angin yang bertiup memandangkan mereka bukan sahaja duduk didalam hutan tebal tapi juga di lereng gunung.
Fikir Venus! Fikir!
Jika dia terlambat, bimbang nyawa Laura dalam bahaya!
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...