Angin menampar lembut pipinya. Ceburan air sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Dia tersenyum lebar sebelum menghela nafas berat.
Suasana di sini sungguh nyaman. Dia dapat menghidu bau air laut dan mendengar betapa indahnya bunyi burung berkicauan tapi..
"Kate. Sampai bila kau nak biar mata aku tertutup ni? Kita kat mana?"
Laura mendegus kecil. Terkilan tak dapat menikmati pemandangan cantik kerana matanya ditutup dengan kain hitam.
"Sabarlah, El. Surprise!" Katerina menjawab selamba dengan suara yang ceria. Dia harap sangat yang gadis itu suka dengan rancangan mereka. Dia, Arissa, Ben dan Pluto.
Urgh..dari tadi tak habis-habis dengan surprise dia. Yang kita ni kelam, gelap. Tak nampak apa! Kejam punya kawan!
"Ish, kenapa kau tak bawa bakul makanan tu!" Satu suara halus kedengaran tidak jauh dari situ.
"Tak payahlah! Kejap lagi aku boleh ambik." Suara garau membalas dengan nada geram.
"Ambiklah terus. Senang tak payah ulang alik!" Suara halus itu membantah.
Katerina menghela nafas. Apalah budak berdua ni. Pagi-pagi yang aman damai, di tepi pantai yang indah juga nak cari pasal.
Mencacatkan pendengaran dia lah.
"Sudahlah tu gaduh. Aku kahwinkan juga korang ni. Tikar automatik bawak tak tu?" Kate melaung memandang dua susuk tubuh nun jauh di sana.
"Ada ni!" Pluto menjerit kecil.
"Haish. Benci aku dengan dia!" Gumam Arissa perlahan yang menapak menghampiti dua sahabatnya itu.
"Jangan benci sangat. Nanti jatuh cinta pulak." Laura mencelah.
"Eh budak ni. Aku tak nak buka kain hitam tu, padan muka. Gelaplah kau sampai bila-bila."
Laura mencebik.
"Macam aku tak boleh suruh orang lain bukakan?"
Katerina melabuhkan tangannya di bahu Laura membisikkan sesuatu.
"Woi, bisik apa tu! Tak baiklah korang!" Arissa merengus geram. Kejam betul diorang ni. Sengihan lebar Laura tertangkap dek matanya.
"Pft. Adalah. Secret!"
"Aku taknak buka kain hitam tu!" Ugut Arissa geram.
"Tak heran pun. Kate boleh buka kan? Kan Kate? Kan..kan."
"Boleh..boleh.." Kate membalas tenang.
"Bukak apa pulak ni? Nak aku tolong tak?" Pluto mencelah. Dia kelihatan santai dengan seluar paras lutut dan tshirt hitam. Menyerlahkan lagi kekacakannya.
Ben pula lebih berani memakai seluar pantai berbunga-bunga dan t-shirt biru lembut. Mesti mat bunga ni!
"Rissa ni ha." Laura menjawab sepatah sebelum mengukir senyum.
"What's wrong with her?" Pluto mengerutkan kening.
"Kitorang mintak dia bukakan hati untuk kau." Kate tersengih nakal sambil mengenyitkan mata. Huh nakal sungguh budak ni!
"Kate! Laura!" Arissa menjerit geram. Habis membahang mukanya. Bukan sebab di tengah panas, tapi sebab blushing menahan malu.
Kate yang baru membuka ikatan di kepala Laura tergelak kecil. Sementara Laura yang sudah terang matanya, melangkah ke arah Arissa yang mencuka atas tikar.
"Alolo..jangan marah. Tak lawa kawan aku nanti. Tak pasal kena tinggal dengan Pluto nanti!" Dia memeluk bahu Arissa perlahan sambil ketawa perlahan.
"Haishh!" Arissa mendecit geram sebelum mereka bersama melepaskan tawa. Tak jadi dia nak marah bila tengok Laura kembali ceria.
Itu yang dia nak. Laura yang ceria dan nakal.
Akhirnya usaha mereka melihat Laura kembali senyum dan ceria seperti biasa berjaya!
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...