Perpustakaan lama terletak di pinggir Bandar Magnum hari itu agak lengang. Mungkin kerana hari itu hari cuti. Kebanyakan pengunjung perpustakaan lama itu terdiri dari penuntut universiti dan para ilmuan. Tumpuan penduduk Reutus beralih kepada perpustakaan D'Viena yang berada di pusat bandar sejak 50 tahun lalu. Sejak itu perpustakaan lama ini kurang dilawati.
"Kau pasti?" Pluto trenes menjungkit kening. Lelaki kurus kering itu menatap lama buku usang di tangan sahabatnya.
"Buku lagenda ni takkan tipulah" Balas Venus Elegendre dengan yakin. Buku usang tersebut merupakan rahsia lagenda yang diceritakan datuk kepadanya. Datuknya merupakan pahlawan bangsa Reutus yang terkenal jutaan tahun dahulu.
Setelah kematian datuknya, dia gigih membaca dan mengumpulkan kisah-kisah lagenda selain bersusah payah berulang alik ke situ untuk mengumpulkan buku-buku lama sebagai rujukan.
"Kau nak cari manusia mana yang mampu tolong kita? Kalau tak jumpa macamana? Penduduk bumi bukan sedikit. Lagi ramai dari penduduk Reutus" Getus pluto.
Buku usang ditutup perlahan. Venus bangun dari kerusi. Lelaki bertubuh tegap itu menjentikkan jarinya. Seketika datang seekor serangga kecil terbang di sekelilingnya. Setiap rakyat Reutus mempunyai sekurang-kurangnya seekor. Serangga kecil itu menyerupai seekor lebah dimana berhubung kait dengan mereka. Pembaca tidak faham?
Penulis pun pening -_- hoho. Teruskan membaca. Dalam bab akan datang penulis akan menceritakan apakah fungsi serangga kecil ini kepada rakyat Reutus. Mohon bersabar.
"Library D'Viena kan ada.Kenapa kau still nak ke sini?" Soal Pluto sambil berlegar di sekitar rak berhampiran. Setahunya Library D'Viena berkonsepkan Virtual Realiti. Bangunan yang tersergam indah itu diperbuat dari kaca keseluruhannya.
Bahagian dalamnya dipenuhi dengan beratus skrin gergasi yang mengandungi jutaan lemon maklumat mengenai semua planet di seluruh galaksi. Sejak 100 tahun lalu, penduduk Reutus sudah jarang menggunakan buku sebagai bahan rujukan. Buku dikategorikan sebagai rujukan kuno bagi bangsa Reutus.
"Maklumat yang aku cari ini sangat terpencil dan bersifat kerahsiaan. Mana ada dalam skrin gergasi D Viena. Aku yakin maklumat ada di sini." Terang Venus sambil membelek buku-buku usang di rak.
"Ohh...." Pluto capai sebuah buku berkulit merah. Biarpun buku ini tampak usang namun masih terjaga dengan baik. Kabarnya semua buku-buku ini dikawal oleh kuasa nano di mana tidak akan rosak buat selamanya.
"Kau yakin dengan manusia?" Pluto mengambil tempat duduk. Venus menjongket kening. Maksudnya?
"Teknologi penduduk bumi jauh ketinggalan berbanding kita. Teknologi yang mereka ada sekarang sudah bangsa kita guna seratus tahun dulu!"
Venus tergelak kecil.
"Iya. Aku akui teknologi kita lagi maju berbanding manusia. Tapi..." Dia fokus meneliti maklumat. Atas meja besar itu bersepah buku-buku. Kertas-kertas rujukan juga berterabur seluruh meja.
Ceh. Tak serupa meja dah dia tengok. Sarat dengan buku. Pluto memeluk tubuh. Jarinya mengetuk meja tanda bosan. Buku merah tadi entah ke mana dia campak. Lantaklah.
"Hoi..tapi apa?" Dia dah tak sabar. Ketuk jugak mamat ni. Suka cakap tak habis.
huh."Tapi..." Fokus Venus kembali dihala pada halaman buku. Dahinya berkerut sambil berbisik sesuatu.
"Kau baca apa sampai tak jawab soalan aku hah? " Dia turut menjengah kepala.
Lagenda mengatakan bahawa manusia mempunyai kuasa yang tidak ada pada makhluk lain di dalam bimasakti. Manusia mempunyai beberapa unsur dalaman yang unik. Manusia mempunyai sifat sabar, baik hati dan lain-lain. Bangsa mereka percaya bahawa unsur dalaman positif ini akan mencetuskan keamanan sejagat.
"Tapi manusia ada satu sifat yang sudah lama bangsa kita tak amalkan" Ujar Venus pendek. Serentak dengan itu dia bingkas bangun.
"Unsur dalaman.. Kebanyakan penduduk dalam planet seluruh bimasakti sudah lupakan unsur tersebut. Hanya pada penduduk bumi masih wujud" Pluto hairan. Unsur dalaman? Apa tu?
Seketika serangga kecil berlegar legar mengelilinginya seakan memberitahu sesuatu. Dia menghela nafas. Makhluk seekor tu memang cari nahas!
"Unsur dalaman? Maksud kau? Macamana kita nak pujuk mereka ke sini? Takkan nak culik pulak?"
"Entahlah. Kita bincang kemudian. Aku ada hal sekejap. Urgent" Venus bersuara tegas.
"Destination lapangan Reutus"
Venus berlalu dengan hoverboard yang hilang memecut sekelip mata menuju lapangan Reutus.Pluto termangku sendiri. Cis ! Dia tinggalkan aku sorang kat sini? Suasana perpustakaan tertua di bandar Reutus kelihatan kelam, suram dan menyeramkan.
"Baik aku cabut" kejap. Venus buat apa pergi Lapangan Reutus? Ah lantaklah!
Pluto melangkah laju ke arah pintu. Dia nak balik! Hoverboard birunya melayang perlahan menghampiri.
Going home. Dia bersuara.
Kenderaan terbang itu berbunyi beep dua kali sebelum terbang laju meninggalkan perkarangan perpustakaan tertua bandar Magnum.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...