Getting ready

138 11 1
                                    

" Dobroye Utro! " (Selamat pagi)

"Morning!" Gadis berambut blonde cecah pinggang menjawab dengan wajah ceria.

Gadis berdarah Rusia itu masuk dan melangkah menghampiri Laura dengan senyuman.

"Dokovi upakuvat?" (Sudah siap berkemas?)

"Nemnogo bol'she. Pochemu?" (Sikit lagi. Kenapa?"

Katil bersaiz king itu kelihatan berselerak dengan pakaian dan barangan lain. Bagasi juga terbuka dengan pakaian yang sudah tersusun kemas didalamnya."

"YA khochu otvezti vas na ulisty Moskvy." (saya ingin bawa awak berdua jalan-jalan ke Moscow)

"V samom vele? Eto veselo!" (Betul? Seronoknya!)

Mata Laura membulat. Moscow? Selama 6 bulan, dia hanya berlegar-legar di Star City sahaja. Masih dalam tempoh kuarantin kan.

Tapi sekarang tempoh kuarantin dah habis! Akhirnya dia dapat juga pulang ke pangkuan keluarga.

But been here in Russia, not bad at all. The scenery is amazing!

"Gde tvoy drug?" (Mana kawan awak?)

Gadis berambut hitam paras leher itu memerhati sekeliling rumah kecil itu.

"Yest' iz." (Ada. Di luar)

Otilda mengangguk perlahan. Dia termangku sebelum keluar dari apartment serba moden itu.

Laura hanya mengangkat bahu. Dia tertinggal sesuatu dalam kereta mungkin? Tangannya masih lagi ligat melipat dengan cermat baju kemejanya.

Haih kenapalah banyak sangat baju ni? Banyak sangat ke dia shopping 6 bulan lepas? Heh.

" U menya yest' nemnogo yedy."
(Saya ada bawakan makanan."

Otilda kembali dengan beg kertas bersaiz besar.

"Spasibo!" Arissa menjawab ceria sambil melangkah keluar dari balkoni. Laura menjongket kening sambil tersenyum nakal.

Pandai pulak budak ni ucap terima kasih dalam bahasa Rusia? Ada apa-apa ke ni?

Hanya itu yang sempat dia belajar sepanjang 6 bulan di sini. Kelakar bukan? Nak buat macam mana. Arissa dengan bahasa asing memang bermusuhan.

Entah kenapa dia lembap nak pick up,

"Veselo ostanaslivat' luydey?" (Seronok menhendap orang?)

Osilda ketawa kecil sambil menggeleng.

Arissa tidak mengendahkan kata-kata Laura dan terus menerpa pada makanan.

Entah apa yang dibualkan Laura dengan gadis Rusia itu. Sepatah haram dia tak faham.

Laura lainlah. Datuknya berdarah Rusia.

Datuknya hanya tahu sedikit berbahasa inggeris. Sebab itu bahasa ini digunakan untuk berkomunikasi dengan datuknya.

Tadi dia berada di balkoni, bukan termenung, tapi dia nak menjamu pandangan mata sepuasnya sebelum mereka kembali ke Allysium.

Kawasan latihan angkasawan ini sangat cantik panoramanya. Pandai orang Rusia menghargai alam sekitar. Sana sini penuh dengan kehijauan.

"U menya siden'ye unitaz" (Saya tumpang tandas sekejap)

Pinta Osilda dengan sopan. Laura hanya mengangguk sambil menunduk bagi menutup bagasinya.

"Kau mengendap siapa tadi? "

"Mana ada.

Borscht dikeluarkan dari beg kertas. Penutup mangkuk dibuka perlahan. Aroma sup semerbak menyeluruhi ruang apartment itu.

Borsct merupakan menu popular di Rusia, sup pekat yang penuh dengan daging, sayur-sayuran, bawang dan kentang.

Laura menelan air liur. Lapar pulak rasanya. Tadi busy packing barang tak terasa pun.

"Sibuk je." Arissa melarikan mangkuk itu dari Laura. Eh, macam budak-budak budak berdua ni.

"Tak heran pun. Banyak lagi makanan lain. Eh?"

Atas meja itu hanya ada pasu bunga. Mana beg kertas tadi?

"Osilda bawa untuk aku je." Arissa berlari anak membawa beg kertas itu masuk ke dalam bilik.

"Hey, banyak tu! Kongsilah Rissa!"

Laura menjerit geram. Selfish betul minah ni. Sudahlah perutnya sudah bergendang kuat.

Sarapan tadi dia makan sandwich sekeping gara-gara dia kelam kabut nak kemas baju. Flight malam ni. Naya pulak tertinggal barang. Dahlah baju yang dibeli dekat sini cantik-cantik, mana nak dapat di Allysium.

"Pochemu?" (Kenapa)

Osilda muncul mendekati Laura yang berwajah masam di pintu sliding door.

Kenapa pulak minah ni?

"She steal my food."

"Haha. Really? She just wanna mess up with you. She will come out later. No way she's eating in the bedroom."

Osilda menepuk lembut bahu gadis itu bagi meredakan melembutkan hati yang sedang panas itu.

"Urg, i hate her!"

"Calm down, sis. I have this."

Osilda mengeluarkan beberapa beg kertas dari dalam beg dan diletakkan atas meja.

"I bought some ukha, pironzkhi, blini and stroganof too." Osilda tersenyum.

Ukha- puff bakar yang dipenuhi dengan daging, kentang dan keju

Pironzkhi- Kuih yang diisi dengan daging cintang dan dibungkus dengan bungkusan pasta yang nipis.

Blini- kebab Rusia yang diisi dengan daging serta sayur- sayuran yang kemudiannya dicucuk pada lidi.

Striganof- Potongan daging dengan sos berkrim cendawan atau tomato.

Walau semua itu hanya pastri rakyat Rusia, taklah buat dia kenyang, dia tetap berselera. Biar Arissa tamak haloba tak dapat rasa pastri terkenal Rusia ni!

Habis makanan berat dirembat minah tu. Haissh. Laura merungut kecil sambil mengerling pada pintu bilik Arissa.

Pengsan ke budak ni?


Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now