Krisis memburuk

339 24 0
                                    

" Tuan, petani di seluruh pelusuk negara mengadu hasil tanaman kering dan mati serta merta. Hasilnya, kadar peratusan pengeluaran buah-buahan negara juga berkurangan."

Lelaki separuh abad mengusap janggut putihnya perlahan. Apa sedang berlaku sebenarnya? Setahunya tanah amat subur sepanjang tahun. Cuaca pula seimbang. Ada panas, hujan, luruh dan salji.

"Pelik sungguh. Sudah lama isu ini tidak berlaku. Seingat saya, kali terakhir berlaku kes tanaman musnah adalah puluhan ribu tahun lalu."

"Ketika papa masih kecil?" Soal seorang lelaki muda yang duduk bertentangan dengannya.

"Ya betul tu. Ada kes terpencil seperti tanaman mati akibat racun perosak atau sebab lain kah?" Matanya dihalakan pada lelaki bersut kemas yang berdiri di sisinya.

"Setakat ini tiada tuan."

Venom mengangguk sebelum menaip sesuatu pada tabletnya.

"Pastikan kamu dan pasukan kamu meneliti kes ini dengan terperinci. Saya perlukan jawapan dengan kadar segera. Kalau lambat, nescaya kita akan mengalami gangguan bekalan makanan pula. Sebolehnya itu yang kita nak elakkan terjadi."

Lelaki bersut kemas itu mengangguk faham sebelum berlalu keluar untuk menjalankan tugas.

"Ada bawa sample tanah dan benih?" Soal seorang pemuda bermata helang pula. Kali ini kepada wanita berkacamata berpakaian formal berhadapan dengannya.

"Ada tuan Venus. Ini dia."

Sample yang dibungkus cermat bertukar tangan. Mata helangnya merenung lama sample tanah itu. Ada yang tak kena dengan tanahkah? Atau ada sebab lain?

Dia mendegus perlahan. Hal ketiadaan air, tidak settle lagi, ini pula timbul isu tanaman pula?

"Biar Vens kaji sample ni di Makmal dulu. Tapi.."

Venom mendongak menanti bicara dari anaknya itu. Dahinya diurut perlahan tanda keletihan. Letih memikir masalah negara.

"Hmm, Vens rasa ada benda lain yang perlu disiasat."

"Maksud kamu?"

"Biar Vens uruskan tentang hal tanaman dan juga bekalan makanan. Papa boleh balik dan berehat. Nampak macam papa kurang rehat."

Lelaki separuh abad itu menggeleng perlahan. Kurang bersetuju dengan permintaan anaknya itu.

"Negara tengah hadap krisis air dan makanan, kamu suruh papa berehat? No. Kamu uruskan hal gangguan bekalan air sahaja. Jangan lupa melawat Tasik Hersen. Papa pasti punca berasal dari situ." Ujarnya perlahan.

"Papa, apa guna papa lahirkan Vens kalau anak papa ni tak boleh tolong papa? Just go home and rest. We need you to handle another things. Let me fix this alone with my own way." Matanya diredupkan memandang wajah tua yang disayangi itu.

"Masalahnya mama kamu yang lahirkan kamu. Bukan papa." Spontan Venom membalas.

Mereka berdua tergelak kecil. Pandai juga orang tua itu loyar buruk. Ingat Pluto sahaja yang begitu.

"Yes, but you the one who raise me untill i became handsome kebaboom like this, yeah? Let me solve this with my friends okay?"

Venom tersenyum merenung lelaki muda yang memeluk tubuh itu. Tubuh tegap itu mengingatkannya pada dirinya waktu muda dahulu. Wajah tampan itu pula mengingatkannya pada arwah isterinya.

'You have grown up, my son. Your late mother will be proud of you, for sure.'

"Kalau itu yang kamu nak, baik. Papa akan balik dan rehat. Anything, just rang me up, okay?"

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now