"Laura!"
Seorang gadis berambut perang paras pinggang berlari masuk menerpanya laju.Laura tercengang memandang Jasmine yang tersenyum di muka pintu. Gadis itu meminta diri ke bilik untuk memberi ruang kepada dua orang sahabat itu.
"Aku rindu kau sangattt!"
Laura tersenyum sambil menepuk perlahan bahu gadis itu. Sisa air mata di pipi dia kesat perlahan.
"Kenapa kau perlu lari jauh macam ni? Tak kesian kat aku?"
Laura menggeleng perlahan. Bawah dagu sahabatnya itu dipegang perlahan. Bukan dia sengaja lari sejauh itu.
Lari dari masalah bukanlah jalan penyelesaian. Bahkan akan menambah lagi masalah. Dia cuma mahu tenangkan hatinya.
"Sorry Laura. Kau lupakan saja apa aku merepek tadi. Aku terlalu ikutkan perasaan."
Arissa mengesat air matanya dengan perasaan malu. Apalah perasaan dia tadi melulu masuk rumah orang macam tu saja. Malu dia pada Jasmine yang berdiri di muka pintu.
Nasib gadis itu okay saja. Dia rasa nak hentak kepala kat meja tu sekarang. Warghh!
Malu tau tak!
" Kau okay, sihat?"
Laura tampak lebih ayu dan matang kini. Dia juga kelihatan tenang. Baguslah kalau dia gembira di sini.
Terlalu banyak yang dilalui gadis itu. Dia cuma mengharapkan ada sinar kebahagiaan untuk sahabatnya itu.
"Amboi, sekotak tisu aku habis, baru nak tanya khabar?" Laura menjungkit kening mengusik.
Tisu yang berselerak keliling sofa cepat-cepat dikemaskan. Penyembur pewangi juga turut disembur sekitar.
Jasmine datang menatang dulang dengan senyuman manisnya.
"Jemput ya Rissa. Buat macam rumah sendiri."
Dua gelas ribena dan sepiring kek butter terhidang atas meja bulat itu. Arissa tersengih merenung gadis tinggi lampai itu.
" Thanks Jas. Sorry eh. Aku terjah masuk tak ingat dunia tadi."
"Eh tak apa. Aku faham. Laura, Aku pergi kedai bunga kejap ya. Ada order masuk tu. Kesian Rose buat sorang-sorang."
" Hati-hati Jas. Jatuh bangun sendiri. Aku tak ada nak tolong."
Arissa membulatkan mata. Wah, pandai menyakat orang ye sekarang.
"Siapa ajar kau ha?"
Laura tergelak kecil.
"Adalah. Mana boleh bagitau!"
Eh budak ni. Kecik besar kecik besar aku tengok. Kalau dulu, emo memanjang. Dia tersenyum sendiri.
Baguslah kalau kau makin okay. Aku tak sanggup nak tengok kau berendam dengan air mata lagi.
Loceng rumah berbunyi tiga kali menandakan ada orang datang. Laura berlari membuka pintu. Wajahnya kelihatan teruja.
"Hai, sorry aku lambat!"
"Rindu tak dengan muka handsome aku ni?"
"Lama gila tak jumpa kau!!"
Katerine melompat memeluk Laura yang berada di muka pintu. Arissa hanya melopong di sisinya.
"Macam mana kau.. diorang...?"
Ben, Pluto, Katerine...
Mana Venus? Dia tak datangkah?
Bukan mereka ada di planet Reutus? Macam mana boleh sampai sini? Eii pandai dah budak ni berahsia dengan aku.
Mentang-mentang duduk jauh, saja nak berahsia ya. Bahunya ditepuk perlahan.
"Jom duduk kat sana. Diorang datang dari jauh tu. Rindu kita katanya." Laura menarik lembut tangannya untuk duduk.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...