" Kau duduk sini. Jaga perempuan ni."
Tubuhnya diheret ke dalam sel asing. Mujur sel itu lebih bersih sedikit dari bilik kurungannya selama 5 hari lalu. Masa dirasakan terlalu panjang.
Lima hari bagaikan lima bulan lamanya! Tubuhnya daripada sedikit berisi telah bertukar kurus dan cengkung.
'Siapa perempuan ni? Kenapa dia diculik dalam keadaan koma?'
Pandangannya terarah kepada seorang gadis yang lemah terbaring atas katil usang itu. Sudah dua hari dia dikurung bersama gadis yang terlantar ini.
Topeng oksigen yang terbiar di sudut katil, dipakaikan apabila gadis itu termengah sukar bernafas.
Dia memandang ke luar sel dengan perasaan bercampur baur. Apa motif dia dan gadis ini diculik?
Dendam?
Dia baru sahaja hampir sebulan berada di situ. Kenal orang di situ pun baru berapa kerat sahaja. Dia memandang gadis yang terbaring itu pula.
Gadis ini pula? Sudahlah berkeadaan seperti ini. Tiada hati perutkah mereka ini menculik gadis yang terbaring lemah?
BAM!!
Dia terhinjut apabila mendengar satu letupan kuat. Bunyi apa pula itu?
"Hoi, kau siapa hah?" Satu suara menjerkah sebelum pergelutan berlaku betul-betul dihadapan sel itu.
"Hmmp.."
Perhatiannya teralih pula pada gadis yang terbaring itu. Dia panik apabila gadis itu tercungap-cungap bernafas. Dada gadis itu berombak keras menambahkan lagi debaran di dada.
Apa aku nak buat ni? Bukan aku dah pasang alat oksigen dia? Kenapa dia sukar nak bernafas pula?
Dia berlari ke arah pintu sel itu untuk meminta pertolongan.
🌼🌼🌼
Seorang lelaki yang berpakaian hitam itu menarik nafas lega apabila berjaya menumpaskan 51 orang lawannya tadi.
Darah diludah ke tanah. Boleh tahan juga pengawal si tua ni! Dia menggunakan hampir separuh dari kuasanya tadi baru semua lawannya terbelah dua dan mati.
Iyalah, sudah terbelah, mestilah mati! Kecuali orang tua-tua yang mempunyai kuasa purba seperti arwah datuknya.
"Encik! Tolong saya! Kawan saya... Saya tak tahu apa yang tak kena.." Satu suara halus menjerit cemas.
Dia menoleh pantas dan menarik nafas lega. Mujur gadis itu selamat walaupun keadaanya tidak terurus.
Dia membaling bom kecil ke arah sel itu dan ia meletup menerbangkan pintu sel terbuka luas.
"Kau tak apa-apa?" Soalnya apabila gadis itu mengangkat muka memandangnya sayu.
"Ven- Venus!?"
"Saya tahu awak akan ke sini selamatkan saya! " Gadis itu berlari masuk ke dalam pelukan sasa itu. Hatinya sebak bercampur gembira.
"Shh jangan nangis. Kau dah selamat. Jom kita keluar dari sini. Tempat ni tak selamat. Bila-bila masa saja bos mereka akan datang." Dia menepuk perlahan belakang gadis itu untuk menenangkannya.
Entah mengapa hilang segala gelisahnya selepas melihat gadis itu selamat. Dia merasa senang apabila gadis itu menguntum senyuman gembira. Dia membantu gadis itu bangun dan memapahnya keluar.
"Kawan saya.. dia.."
Venus menjongket kening. Kawan?
"Siapa?"
"Entah? Pagi semalam ada lelaki datang hantar saya ke sini. Katanya saya kena jaga kawan saya tu."
Dia menapak perlahan ke arah katil usang yang penuh dengan habuk itu. Matanya membulat apabila mengecam wajah lesu dan comot yang terbaring lesu itu.
"Katerina?"
Wajah tampan itu berubah serta merta. Bagaimana gadis itu berada di sini?
" Awak kenal dia?" Gadis itu memandangnya dengan mata bercahaya.
"Ya. Aku kenal dia. Jom keluar sekarang. Nanti aku arahkan anak buah aku selamatkan dia."
Tubuh gadis itu dicempung perlahan sebelum melangkah keluar sepantas kilat dari situ. Bahaya jika dia berlama-lama di situ khuatir bahaya lain menanti.
Gadis itu memeluk erat leher lelaki itu apabila gerakan lelaki itu dirasakan amat pantas. Pakai kuasa kuda agaknya.
Matanya berpinar apabila cahaya matahari menerobos masuk ke kornea matanya. Sementelah dia sudah menginap di sel yang gelap itu sebulan tanpa cahaya.
"Aku dah stabilkan pernafasan dia. Kita perlu cepat hantar dia pulang. Keadaanya tak berapa baik." Ben bersuara apabila dia berlari seiring dengan Venus laju meninggalkan kawasan hutan belantara itu.
" Mari semua. Aku dapat rasa Aura si tua tu berada tak jauh dari sini. Semua pengawalnya sudah aku hapuskan."
"Kau tak mahu bersemuka dengan orang tua keparat tu?"
"Bukan aku tak mahu, papa aku berkeras minta kita pulang segera selepas sesi menyelamat ini. Kuasa orang tua itu terlalu kuat."
"Betul juga tu. Kita hanya belajar sikit sahaja kuasa purba berbanding mereka yang sebaya ayah kau." Ben mengiakan kata-kata sahabatnya itu. Dia tersengih apabila matanya bersabung dengan anak mata hazel itu.
Laura tersenyum tawar membalas renungan perkenalan dari lelaki berambut hitam itu.
" Aku Ben, kawan baik Venus. Mesti kau pernah nampak aku bukan? Glad to see you again, Laura."
Eh, mereka pernah berjumpa ke? Bila ya?
Laura akhirnya terlelap keletihan di dalam pelukan lelaki itu.Entah mengapa dia merasa selamat apabila bersama lelaki itu.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...