Ruang sempit itu direnung seketika. Lantai yang berbau hapak dan busuk menyapa rongga hidungnya. Tompokan muntahnya sudah kering di sudut sana.
Saat dia dicampak ke dalam penjara kecil itu, dia termuntah kerana bau tempat itu sangat hamis dan hanyir. Makanan yang diberi hanya buah kering, roti kering dan secawan besar air yang keruh warnanya.
Dia sudah penat menangis dari semalam. Air matanya seakan sudah kering. Rambutnya kusut masai dan berminyak. Wajahnya pula comot tidak terurus.
Roti keras di atas pinggan kertas ditenung lama. Perutnya terasa pedih akibat tidak menjamah apa-apa sejak semalam. Cawan besi yang berisi air dicapai. Dia perlu mengisi perutnya sedikit atau dia akan mati kelaparam dan kehausan.
Air yang kuning dan terdapat serangga laju masuk kerongkongnya. Dia sudah tiada pilihan! Jika dia tak minum, dia akan kena dehidrasi yang teruk. Roti keras digigit bersungguh kerana kelaparan yang teramat.
Dia kembali menyandarkan tubuh dan merenung ke tingkap kecil di atas sana. Kelihatan sedikit cahaya menembusi tingkap itu, memberinya sedikit kehangatan dalam penjara gelap dan sejuk itu.
Venus dan Pluto akan selamatkan dia? Atau dia akan mati dalam penjara busuk ini? Matanya semakin layu dan dia tertidur dalam keadaan duduk.
🌼🌼🌼
"Masih tak ada berita tentang Laura?"
Lelaki bertubuh kurus itu masuk dan duduk di sofa empuk itu. Dia kemudian menggeleng laju.
"Venus dengan yang lain dah serbu rumah Agam Kenkove di Planet dia, namun gagal. Rumah itu sudah kosong."
"Aku risau betul. Dia makan atau tak? Dia makan apa? Mesti dia sejuk dan takut kan?" Sayu suara gadis itu kedengaran.
Sepinggan mee goreng yang tidak berusik dipandang sepi di atas meja. Dia sengaja masak untuk Laura pagi tadi. Manalah tahu sahabatnya itu pulang?
Tapi...
"Hesy, jangan nangis. Aku janji yang kami akan cuba yang terbaik dalam usaha pencarian Laura!"
Pluto mengelus lembut tangan Arissa memberi semangat. Kemudian dia bangun dan mencapai pinggan mee tadi.
"Makan sikit. Muka kau nampak pucat."
"Aku..tak ada selera." Gadis itu menggeleng laju.
"Jangan macam tu! Aku janji yang kau akan jumpa dengan dia nanti! Kau boleh pegang kata-kata aku ni!" Pujuk lelaki itu perlahan.
"B...betul ni?"
"Ya..ya." Akhirnya Arissa makan juga walau hanya beberapa suap. Sebiji gelas dihulur perlahan.
Pluto menghela nafas pendek. Aku harap misi pencarian kau berjaya, Vens! Kami kat sini tak senang duduk dibuatnya!
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...