Terkenang

289 11 5
                                    


Desiran angin menerpa tubuhnya perlahan. Pohon-pohon kelihatan meliuk lentuk ditiup angin malam. Bulan mengambang direnung perlahan. Sinarnya sedikit sebanyak menyinari muka bumi tika ini.

Laura menghela nafas. Langit yang hitam pekat ditenungnya lama. Seksa betul merindui orang yang telah tiada, bukan?

Saban hari, meski harinya disibukkan dengan membuat kek, melayan pelanggan atau menghias kek cawan, hatinya masih terasa kosong. Bagai ada yang hilang.

Bulan yang bercahaya ditenung perlahan. Sudah dua tahun kau pergi tinggalkan aku, kan? Belum puas aku bermanja, kau pergi tanpa pamit. Tahu tak yang aku rindu sangat kat kau?

"Hey..kau tak apa-apa? Shh..aku ada kat sini." Arissa yang baru hendak melabuhkan duduk di sofa, terus melangkah ke arah sahabatnya yang menekup muka di birai tingkap.

Dia perlahan menarik sahabatnya dalam pelukan. Membiarkan gadis itu menangis sepuas-puasnya.

"Aku rasa macam aku dah move on. Tapi sebenarnya hati ni masih sakit kehilangan.." sayu suaranya meluahkan.

"Kau kuat, Laura. Tuhan takkan beri ujian kalau kau tak kuat menghadapi semua ni. Dah, tak nak sedih-sedih."

Esakan Laura menjadi semakin kuat. Wajahnya ditekup dengan kedua tapak tangan.

Arissa hanya membiarkan. Laura memendam rasa rupanya. Gelak tawa dan keceriaan selama ini hanya untuk menutup kesedihan rupanya.

Bertuah budak ini. Semua nak pendam.

Sudahnya?

"Jawab soalan aku dengan jujur." Arissa menggosok lembut bahu sahabatnya.

"Kalau satu hari, ada seorang lelaki datang dan luahkan cinta pada kau. Kau akan terima?"

Laura menyeka air matanya perlahan. Habis wajahnya basah dengan air mata. Matanya pula usah kata, merah mak ngah!

"Kalau lelaki itu Vens, aku terima."

Arissa menggeleng. Tidak menyangka perkara itu keluar dari bibir.

"Kalau tak?" Keningnya dinaikkan.

"Aku membujang sampai tua."

Arissa menekup mulutnya tanda terkejut yang amat. Dia ni biar betul?

"Kau bergurau kan?"

"Muka aku nampak macam bergurau ke?"

Arissa menggeleng.

"Nampak macam orang mati laki, adalah!"

"Memang mati laki pun..." tuan badan mengaku dengan selamba.

"Haih, tak nak sambung nangis?"

Dia menjeling tajam Arissa yang mengelus kucing berbulu lebat yang datang di sisinya.

"Aku tumbuk karang!" Laura membulatkan mata sambil mengacah penumbuk kecilnya. Eh budak ini. Aku serius, dia main-main pula!

Arissa hanya tersenyum.

"Eleh, setakat penumbuk kecik kau tu, rasa angin jelah!"

Serentak, mereka berdua ketawa kecil. Sempat lagi gadis itu loyar buruk.

Ceh!

"Aku tak suruh kau lupakan dia."

Gugusan bintang kelihatan bersinar di langit. Angin malam sesekali menampar pipi.

" Simpan dia kemas dalam hati. Kalau teringatkan dia, kau pandang langit atas sana. Doakan dia bahagia di sana. Dia pun mesti taknak tengok kau sedih."

Laura mengangguk perlahan. Memahami apa yang disampaikan sahabatnya. Meski dadanya perit menahan sebak jika bayangan lelaki itu muncul di tubir mata.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now