"Aku ada soalanlah."
Mereka berdua mendongak melihat rumah agam dihadapan. Jambatan antik yang menghubungnya pagar utama dengan rumahnya masih sama seperti dulu. Kereta Audi yang dinaiki dari airport tadi meluncur laju meninggalkan mereka.
"Agak-agak berapa lama kita hilang?" Laura menyambung soalannya sebentar tadi.
Bagasi diletakkan di tepi kaki. Rambut blondenya diikat sanggul. Allysium bakal beralih musim kepada musim sejuk. Angin yang bertiup lain macam sejuknya.
Menusuk ke tulang. Jacket coklat ditubuhnya tidak cukup tebal rasanya.
"Entahlah. Macam tak banyak beza sangat pun. Dekat sana 6 bulan, kat sini?"
Tiada jawapan dari Arissa yang ralit merenung langit mendung. Hanya angin sejuk menampar lembut wajah mereka.
Pintu pagar terbuka perlahan. Laura terpaku apabila melihat raut wajah sepasang suami isteri yang berdiri dengan wajah terkejut di hujung jambatan antik itu.
.
"Laura??""Mummy! Daddy!"
Laura lari merentasi jambatan antik dan menerpa mendapatkan Puan Lucy dan Encik Lucas dengan linangan air mata. Rindu betul dia pada mereka.
Arissa tersenyum sambil menyeka air mata. Siapa sangka mereka masih ada peluang untuk menjejakkan kaki ke sini. Sangkanya mereka bakal terperangkap di planet asing selamanya.
Apa khabar agaknya along? Walau dia dengan abangnya selalu berselisih pendapat, mereka masih rapat. Mereka cuma ada satu sama lain. Ibu dan ayah mereka terkorban semasa dia masih kecil. Sejak itu, abangnyalah yang membesarkan dia dengan susah payah. Rindunya pada along!
Dia menarik bagasi dia dan Laura perlahan merentasi jambatan kecil yang dihias cantik itu. Matanya tidak henti mengamati suasana indah yang terdapat di situ. Encik Lucas mempunyai syarikat Interior designornya sendiri. Cawangannya sudah berkembang ke beberapa negara luar.
Patutlah rumahnya sangat ekslusif dan cantik!
"Mari Rissa!" Puan Lucy menggamit lembut gadis berambut coklat gelap itu. Tubuh gadis itu turut ditarik ke dalam pelukan.
Wajah wanita separuh abad itu basah dengan air mata.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...