"Weh babi!"
Eh kurang ajar dia ni. Binatang pink tu jugak dipanggilnya aku. Cantik juga kawasan temoat tinggal baru Laura ini.Pekan ini agak pedalaman. Ada ladang gandum sepanjang jalan yang seluas mata memandang. Juga ada ladang jagung berdekatan.
Jika berjalan dalam 0.5 km dari rumah kecil Laura, terdapat kandang kuda dan alpaka. Petang nanti Laura sudah plan nak bawa mereka ke sana.
Dia tak sabar nak menunggang kuda!
"Babi!!"
"Diamlah. Aku sagat mulut kau dengan jalan tanah merah tu!"
Ben mencampak bola sepak di tangan dan lari lintang pukang. Lantak kaulah Pluto. Kena sondol dengan oink oink tu aku tak tau.
"Pluto! Babii!"
Pluto memandang aneh gadis yang duduk di beranda dengan wajah cemas.
"Sampai hati kau Lau-"
Dia menoleh apabila mendengar suara berdegus kuat juga tapak kaki berlari ke arahnya. Matanya membulat luas.
Baru sahaja dia mahu cabut lari, kepala haiwan itu sudah menanduk punggungnya sebelum dia melambung ke tanah.
"Pluto!!"
Dia hanya mendengar jeritan kecil itu sebelum pandangannya berbalam dan tidak sedarkan diri:
🌼🌼🌼
"Kau dah sedar?"
Suara garau itu menerpa halwa telinganya. Matanya dibuka perlahan meski berat.
Pandangan yang kabur bertukar jelas. Wajah dihadapannya dipandang satu persatu sebelum berhenti lama pada satu susuk tegap.
"V-vens? B-bila kau sampai?" Pluto hanya mampu mengelipkan mata kerana dia ditiarapkan akibat cedera di bahagian punggung akibat ditanduk babi.
Arissa, Laura, Ben, Adam juga ada mengelilingi ruang tamu itu.
"Itulah, degil. Aku warning kau dah tadi. Bukan nak lari." Ben membebel. Kalau tak ada yang lain, memang dah diketawakan si budak Pluto ni.
"Dah lah tu. Benda dah jadi. " Laura menegur lembut. Matanya bersabung dengan mata helang milik Vens. Terus dia melarikan matanya ke arah bunga di luar jendela.
Dah kenapa dia tenung aku macam tu. Seram nok!
" Tak apalah. Kau rehat dulu. Kami keluar ambik angin kejap." Arissa menepuk perlahan bahu Pluto yang berkerut kesakitan.
"J-jangan pergi tengok kuda dengan Alpaka tau. T-tunggu aku sihat sikit baru pergi."
Laura tersenyum dan mengangguk.
"Kami tak pergi pun. Tunggu kau sihat dua tiga hari lagi."
Laura melangkah keluar mengikut kawannya yang lain sebelum dia berhenti dihalang satu susuk tubuh tegap.
Air liurnya ditelan pahit. Dia tak sedia lagi nak berhadapan dengan lelaki ini!
Help me!
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...