An accident

150 11 0
                                    

" What happen to both of you?" Soal Encik Lucas serius datang menyertai dua anak dara di hadapan skrin tv.

Arissa menyinggung siku sahabatnya perlahan. Laura yang sedang ralit menonton Toy story menoleh sebentar. Keningnya terjongket sebelah.

"Sebenarnya kami di..."

"Sebenarnya kami sesat!" Arissa memotong ayat sahabatnya. Wajahnya yakin sungguh nampaknya.

Laura menghela nafas. Tahukah sahabatnya itu, menipu berdosa?

"Aik? Boleh sesat dekat pantai?"

Puan Lucy pula datang sambil menatang dulang berisi jug oren dan sebiji kek coklat.

Mereka berdua berpandangan seketika. Ah sudah. Nak jawab apa? Takkan nak jawab kena culik alien kot?

Free kena gelak nanti. Tak pun kena hempuk dengan dulang.

"Dekat situ ada hutan simpan. Kononnya nak junggle trekking lah. Sekali sesat." Sambung Laura.

"Kawan daddy ada resort kat sana. Dia kata Pulau Ardel dikelilingi pantai. Tak tahu pulak ada hutan dekat sana? Awak pernah dengar tak, dear?"

Encik Lucas menoleh ke arah isterinya yang menuang jus ke dalam gelas.

"Entahlah. Saya rasa Ardel Island terkenal dengan pantainya yang jernih. Never knew about the jungle."

"Daddy harap kamu bercerita perkara sebenar. If ada sesuatu yang terjadi, please tell us. Your safety is our priority !" Tegas Encik lucas lagi. Dia risau jika anaknya menyembunyikan sesuatu. Lagi-lagi berkaitan dengan keselamatan dua anak gadis itu.

Keempat-empat mata itu memandang mereka silih berganti.

Laura menelan air liur pahit. Arissa menunduk dengan perasaan berdebar-debar. Perlukah mereka berterus terang? Tapi kalau mereka tak percaya macam mana?

Apa yang dilalui mereka memang menjangkau fikiran manusia. It may sound ridiculous to them. Paling kurang kena kejar dengan batang penyapu sebab mengarut!

Arghh.. Kenyataan paling mengarut nak dijelaskan pun susah! Macam mana ni!

Suasana jeda seketika. Cuma terdengar suara andy dan alat mainannya yang hidup di kaca tv.

Dua gadis itu berdebar menunggu reaksi Encik Lucas. Serius riak wajah lelaki itu. Dia menggaru dagu perlahan.

Lidah kelu. Bibir membisu. Tak tahu nak buat alasan apa dah.

"Okay. Thanks Jeffry. Bye."

Encik Lucas menyerahkan telefon pintarnya kepada isterinya.

"Daddy dah tanya uncle Jeffry tadi. Katanya memang ada hutan simpan di tengah pulau. Cuma ada sebab mengapa tak dihebohkan kepada orang ramai."

Jantung mereka yang tadi berada di lantai, kini kembali ke tempat asal. Fuhh!

"Oh, ada ya. Mungkin mereka nak lindungi hutan tu dari diceroboh orang tak bertanggungjawab kan, bang?" Puan Lucy mencicip jus perlahan.

"Look at this. Famous tau kamu berdua."

Puan Lucy menyerahkan beberapa keratan akhbar kepada Laura.

Dua orang gadis hilang.

Lost in Ardel island

Pencarian masih diteruskan.

Polis menemui jalam buntu.

Jadi kehilangan mereka menjadi buah mulut masyarakat setempat rupanya.

Arissa tersengih. Macam kerang tak mandi pagi!

"Kau tersengih kenapa?"

Orang lain risau separuh mati, dia boleh tersengih suka. Ingat best ke hilang ni? Hempuk dengan gelas ni baru tahu.

"Kita famous!" Arissa memaparkan giginya putih tersusun.

"Ish, budak ni!" Main -main pulak dia. Laura mengeluh.

"Uncle, jangan bagitahu sesiapa kami dah balik. I hate being in public figure." Pinta Arissa perlahan.

Maunya esok segerombolan wartawan berkhemah depan rumah Laura, tak ke naya.

"Don't worry about that. Daddy dah call my friend, kes ni sudah dikategorikan sebagai private kes. Sudah dikelaskan sebagai case closed, sebab kamu balik dengan selamat."

Gadis itu menghela nafas lega.

"But i need to tell my cop friend. Are you okay with that? Mereka perlukan keterangan tentang apa yang berlaku."

"Uh, its okay, uncle. Sekurangnya mereka tahu kami dah selamat."

Arissa memberi kata putus.

"Jadi kamu hanya sesat? Bukan diculik? How did you escape then?"

"Kami terserempak dengan orang asli. Mereka yang tolong kami keluar dari hutan tu."

Kedua figura separuh abad itu mengangguk perlahan.

"Syukur kamu selamat. Mummy dah boleh tidur lena." Puan Lucy memaut lembut bahu gadis berdua itu.

"So, are we allowed to go vacation next time?"

Mereka berdua berpandangan. Bosanlah kalau tak dibenarkan holiday lagi.

Haih.

"Next time, please be careful. Atau biar kami berdua temankan kamu."

"Yeay! Thanks dad!" Laura menerpa memeluk mummynya yang tersenyum dari tadi.

Laura tersenyum pahit. Betul ke tindakan mereka ini? Bukan mereka sengaja menipu, tapi kebenaran amat susah diungkapkan.

Arissa menjenguk ke kiri ke kanan sebelum masuk dan menutup pintu bilik. Pintu juga dikunci.

"Ish budak ni. Masuk jelah. Terhendap-hendap." Marah Laura.

"Mana kau tahu pulau Ardel ada hutan?" Soal Laura laju.

Arissa menjeling gadis itu. Telefon pintar diletakkan di meja sisi.

Dia menuju ke hadapan cermin dan meleraikan ikatan rambut perangnya.

"Abang aku, ada masuk NGO alam sekitar. Sebelum ni, dia pernah ke sana untuk research apa entah kat sana."

"Aku peliklah. Kat sana cuma ada pulau peranginan kecil dan kelilingnya memang laut. Nak research apa? Pulau tengah laut kan. Abang aku bukannya reti berenang kalau jatuh."

Laura tergelak. Sempat lagi kutuk abang sendiri.

"Abang aku kata, kat situ ada hutan simpan. Tapi pemerintah pulau tu sengaja tak bagitahu orang ramai. Sebab mereka nak kekalkan hutan simpan tu. Takut flora dan fauna dalam tu terancam."

"Oh macam tu rupanya. Bukan nak cerita awal. Kalau betul tak ada hutan kat sana, mati dah kita tadi!" Laura meniarap pula. Majalah fesyen dibelek perlahan.

"Sorry El. Aku pun gugup tadi. Nasib terlintas yang abang aku cerita. Hahaha bijak kan aku."

" Kau lembap sama je macam aku. Cuma depan mama papa aku tadi je kau bijak sikit. Hahaha."

"Sorry sikit. Kau je yang lembap. Kalau tak kerana aku, kita dah kena baling dengan heels mama kau, tahu!"

Mereka berdua tergelak kecil. Nasib ada sebab yang kukuh. Kalaulah mereka beritahu hal sebenar, tak tahu nasib apa bakal mereka terima kelak.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now