"Laura, kau mandi tadi ada air tak?"
Siaran di skrin besar ditukar sebelum menguap perlahan. Hidup di planet asing ni memang dia tengok cerita yang bergambar sajalah. Bahasa yang digunapakai dia tak faham.
Tapi macam mana Venus dan yang lain berkomunikasi dgn mereka? Reutus ternyata mempunya bahasa ibunda mereka sendiri namun ada yang mampu berkomunikasi dalam bahasa planet lain.
Termasuk Venus, Pluto, Katerine , Uncle Venom, Uncle Greg. Kebanyakan mereka terdiri dari orang penting planet itu yang mempunyai kepentingan untuk berhubung dengan planet lain.
Kalau tak faham, macamana nak jalinkan kerjasama. Ye dak?
"Ada je tadi. Elok je aku mandi, gosok gigi semua tu."
Butang kecil ditepi sofa dipicit dan skrin sebesar alam itu padam serta merta. Bosanlah, tak ada channel menarik.
Baik dia tidur!
"Tolong aku kejap!"
Laura mendecit sambil meniup anak rambut panjangnya yang menutup mata. Apa lagi dia ni. Badannya ditegakkan namun dia tidak bingkas bangun.
Pemalas betul kan?
"Hmm apa?"
"Tolong check sinki dapur ada air tak? Air tak ada tiba-tiba! Aku syampoo rambut ni! Pedih mata aku kalau lama sangat!"
"Haish, iyalah. Kejap!"
Dia menuju malas ke arah paip yang diperbuat dari buluh berkualiti tinggi. Dahinya berkerut apabila hanya setitik air menitis keluar. Namun dia masih tidak berganjak, manalah tahu, air bakal keluar?
2 minit kemudian..
"Air tak ada jugak weh! Penat aku tunggu!"
Arissa keluar berpakaian lengkap tapi kepalanya dibaluti tuala, jelas kelihatan buih sabun pada rambutnya yang terjuntai jatuh.
Hailah! Time dia tengah syok karaoke lagu hindustan sambil syampoo rambutlah, krisis air nak datang! Spoil betul!
Sekarang ni macamana nak buat ni!?
Takkan nak tunggu syampoo ni berkerak atas kepala?" Selamat pagi teman-teman sekalian. Aku ada bawak... Hmmmp.." Suara garau menyapa riang sebelum tergelak besar melihat gulungan besar tuala atas kepala gadis tinggi lampai itu.
"Kau dah kenapa tak basuh rambut? Buang tebiat?" Tegur lelaki bertubuh kurus itu yang selamba duduk di kaunter dapur tanpa dipelawa.
Arissa mengetap giginya perlahan. Ada jugak nak kena ni. Sudahlah aku menyirap dengan air tak ada, malaun ni pulak muncul entah dari mana! Heh!
"Diam kau! Kau tahu tak air tak ada! Masa aku mandilah air nak buat hal. Time aku makan, tengok skrin, ambik angin kat luar, tak ada pulak dia nak buat hal!"
"Yang kau ni pulak satu hal, selamba nenek sebelah rumah kau aje masuk. Tak reti bagi salam?"
Fuh, Dengan satu nafas gadis itu boleh membebel dengan satu nafas. Ini mesti juara lari 400 kilometer time sekolah dulu ni. Dia menggeleng kagum.
"Eh, air tak ada, dengan aku kena marah? Chill, man.." Pluto meletakkan bakul berisi makanan yang dipetik dari ladang.
"Chill abah kau! Rambut aku ni siapa nak settle hah?" Gadis itu membulatkan mata dengan menunjukkan gumpalan tuala atas kepalanya.
"Cool apa. Mana pernah orang tidur dengan syampoo atas kepala. Kau telah mencipta rekod baru! Tahniah!"
"Sini kau, mangkuk! Aku dapat kau, aku belah enam macam buah mangga tahu tak!"
Lelaki itu menghamburkan tawa sebelum berlari keluar menyelamatkan diri. Gadis itu pun apa lagi, dikejarnya lelaki itu dengan penuh dendam kesumat.
Meh sini aku sental kau dengan berus jamban ni! Dasar mangkuk jamban!
Laura hanya tersengih kecil melihat gelagat seorang alien dan seorang manusia itu berkejaran di hadapan rumah. Biasalah budak berdua tu, tak bertekak sehari memang tak nyaman hidup.
Biarkan. Yang kena ketuk dengan berus tandas bukan dia. Lelaki itu.
"Air tak ada ke Laura?" Tegur satu suara garau.
Acik kau terkejut! Latahnya perlahan.
Air di dalam cawan tertumpah sedikit. Kus semangat! Makhluk ni pun satu! Tak reti nak bagi salam!
Hesy!
"Haah. Ada gangguan bekalan air ke,Vens?" Soalnya ramah. Riak wajah ketat itu diabaikan.
Dah biasa dengan muka serius lelaki itu. Muka hensem tapi beku!
"Pelik." Lelaki itu berkata sepatah sebelum menuju ke seluruh rumah kecil itu untuk memeriksa paip. Sempat lagi dia bertegur sapa dengan pakcik sedang termenung tenung bunga kesayangannya sebelah rumah.
"Ada air pakcik?" Sapanya ramah. Pakcik itu sedang memegang salur air sambil menggaru kepala.
"Tak ada nak. Habislah mati bunga pakcik ni." Wajah lelaki separuh abad itu berubah muram.
"Takpe pakcik. Nanti saya bantu tadah air ya." Laura menyampuk. Dia juga sering juga mengambil berat tentang pakcik itu.
Nama pun berjiran kan.
"Terima kasih nak. Susahkan kamu saja."
"Its okay pakcik. Tak susah pun." Lesung pipit terbentuk apabila gadis itu tersenyum manis.
Melihat jirannya itu, teringatkan dia pada papanya. Bagaimana agaknya keadaan keluarganya saat ini?
Venus merenung paip buluh agak lama sebelum menghela nafas berat.
"Sejak aku lahir, tak pernah ada krisis air. This is the first time ever."
Laura yang baru mengunyah salad tersedak. Baru kali pertama? Aku tinggal kt syurga ke ni? Kalau dia tahu dekat negeri aku tinggal tiap bulan ada gangguan bekalan air, agaknya dia terkejut tak?
"First time?" Keluar juga ayat itu dari kerongkongnya.
"Yup. Datuk aku cipta tasik tadahan yang takkan kering sampai bila-bila. But today?" Keningnya sedikit terangkat.
"Pakcik kat luar tadi cakap apa?" Gadis itu menyoal pendek. Buah kemerahan dikupas perlahan sebelum digigit laju.
Lapar nok!
"Seluruh kawasan ni tak ada air. Semua pergi tadah dekat tasik hujung bandar sana."
Lelaki itu meraup rambut ke belakang. Wajahnya berkerut seperti berfikir sesuatu. Meja makan lutsinar diketuk berulang kali.
"Awak fikir apa tu?" Serius benar nampaknya. Dia baru lepas putus ke?
"Aku rasa.."
Laura mengeluh perlahan. Lelaki ni memang selalu tak habiskan ayat. Membuatkan dia suspen nak tahu ayat selebihnya.
" Aku pergi dulu."
"Eh kejap.."
Tubuh tegap itu berhenti tanpa menoleh sedikit pun. Heh, nak je aku cekik mamat ni. Lepas tu jerit kenapa kau sombong sangat hah!
Bukan patah pun leher tu pusing nak pandang muka aku! Bukan koyak pun bibir tu kalau senyum. Itu pun susah sangat!
Hesy!
"Nak ikut!" Dia sudah bosan kat rumah. Air pun tak ada! Baik keluar kan?
"Hmm." Satu patah sahaja namun cukup untuk difahami bahawa dia sudah diberi lampu hijau oleh beruang kutub tu!
Laura terus mencapai skrin kecil berupa jam tangan sebelum memecut laju ke arah kereta solar. Kena tinggal kang naya!
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...