Rantai loket

735 50 5
                                    

Tersebutlah kisah pada jutaan tahun dahulu ....

Laura membetulkan duduknya. Pandangan makin lama menjadi makin kabur. Kemudian menjadi gelap.......

.......terdapat seorang manusia yang bersahabat baik dengan alien....

..... Namun persahabatan tersebut

.....kekal rahsia antara mereka sehinggalah pada satu purnama manusia tersebut diculik oleh satu kuasa jahat...

....Alien tersebut melawan kuasa jahat tersebut separuh mati!!!....

Suara jeritan semangat nenek Lulu membuatkan Arissa tersentak.

Huarggghhhh.... Entah berapa juta kali dia menguap. Matanya berair namun masih ditahan. Matanya seperti digam gam digagahi jua untuk dibuka.

.....Akhirnya alien dan sahabat manusianya terselamat....

"Mak mari makan ubat" Puan Lucy tersenyum sambil menatang dulang berisi ubat-ubatan.

KUKKK!!

Laura tersedar dari mimpi sekaligus kepalanya terhantuk pada dulang tersebut. Eh? Puan Lucy tersentak namun sempat mengimbangkan badan. Fuhh..mujur tak jatuh. Mata Arissa terus membuntang mendengar bunyi bising.

"Kau tidur Laura?" Bisik Arissa merenung wajah sahabatnya itu. Tak senonoh betul! Air liur basi meleleh! Bahu gadis itu ditepuk kuat.

"Ha??" Laura masih lagi mamai. Sesekali mengenyeh mata yang kelihatan kabur.

Bertuah punya budak. Nenek dia bercerita dia boleh bantai tidur. Aku juga yang tersengguk-sengguk mendengar . Walaupun sebenarnya terlelap jugalah sekali dua.

"Kamu berdua kata mahu keluar beli barang tadi? Pergilah." Puan Lucy bersuara lembut. Air putih disua perlahan ke bibir ibunya.

"Nanti!" Jerit nenek lulu. Laura yang mahu melangkah terlanggar kerusi kayu. Dahinya berkerut menahan sakit. Tadi terhantuk pada dulang, sekarang kakinya pula terlanggar kerusi.

"Kenapa nek?" Arissa bersuara sopan. Dia yang sudah berada di depan pintu menoleh.

"Cerita aku belum habis lagi. Kamu berdua hendak pergi mana?Tunggu aku habis baru boleh pergi" tegas suara wanita tua itu.

"Tapi nek sudah kebas kaki kami berdua" Laura bersuara perlahan. "Laura" Desis Arissa perlahan.

"Kamu dengan kawan kamu ini akan tolong planet reutus. Percayalah perang akan tercetus tidak lama lagi" jarinya yang terketar-ketar ditunding ke arah Laura dan Arissa.

" Esok mereka nak pergi Pulau Ardel. Barang banyak tak beli lagi tu. Hari sudah lewat petang mak. Nanti kedai tutup" Puan Lucy mencelah.

"Tapi aku belum habis cerita"

"Nek nanti kami balik ,kami sambung dengar. Kami pergi dulu" Laura laju melangkah ke arah pintu. Tidak menoleh lagi.

"Yeay! Tak sabarnya aku nak tunggu esok!"

Laura menjerit keriangan sambil mendepakan tangan ke atas. Pintu kereta Porshe dibuka dan melompat riang ke tempat pemandu.

Arissa hanya menjulingkan mata ke atas. Dia happy juga tapi taklah over macam minah ni!

"Aku nak beli sunblock, losyen, mascara, botol air, baju..."

Arissa hanya membiarkan Laura membebel tentang barang apa yang dibelinya. Mesti panjang list minah ni.

Dia hanya beli apa yang perlu sahaja. Berus gigi dan ubat gigi.

Si Laura mesti memborong satu kedai nanti. Macam dia tak kenal kawan dia dari sejak dia berhingus.

Kaki shopping.

❤❤❤

"Ingat pesan aku! Bersedialah kamu menentang kuasa gelap galaksi!!" Suara keras wanita tua itu terketar ketar. Tangan yang dipenuhi kedutan diusap lembut oleh Puan Lucy.

" Lucy nanti kau bagi loket ini pada Laura. Loket ini akan melindungi dia"

Perlahan dia menyentuh rantai loket di lehernya. Puan Lucy membantu ibunya menanggalkan loket tersebut.

 Puan Lucy membantu ibunya menanggalkan loket tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Baiklah mak. Nanti mereka pulang, saya akan berikan pada Laura" puan Lucy tersenyum. Kerusi roda ditolak ke laman. Dia hanya melayan bebelan ibunya yang tidak berapa jelas.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now