Excited

212 11 0
                                    

Arissa hanya membisu mengekori robot pembantu rumah itu. Takkan dia nak guna bahasa lalala dengan robot itu. Takut nanti tercarut pulak.

Dia memandang sekeliling dengan kagum. Lantai dipijaknya diperbuat dari karpet yang terhasil dari sutera ulat bulu planet itu. Sungguh lembut bila dipijak. Banyak betul bilik dalam istana orang tua ni. Macam hotel gamaknya.

Naik lenguh kaki dia mengikut langkah robot pembantu itu. Laju gila dia berjalan. Tiba-tiba robot wanita itu berhenti di salah satu pintu agam coklat. Cepat-cepat dia berhenti. Nasib tak terlanggar.

"Laura!"

Dia menerpa ke katil mewah itu. Bilik agam berwarna biru laut itu sangat cantik dan kemas. Juga berbau wangi. Macam Lavendar. Dia mencapai tangan Laura yang terbaring di katil.

" Hesy lo ni. Datang sini ngak ngajak gue. Terus lo pengsan mulu. Gue capek nih."

Paap!

"Auch!"

"Sejak bila kau tukar bahasa pulak ni?"

"Hehe, kau okay? Kenapa sampai pengsan-pengsan ni."

"Kate dah sedar! Aku masuk bilik dia terus dia tersenyum sambil berdiri tegak! Agak-agak seram tak?"

Uih, seram jugak. Mana tidaknya gadis itu selalunya hanya terbaring lemah di katil. Sekali dah boleh bangun ni, terasa naik pula bulu romanya.

"Kau tipu ni..Entah-entah kau bermimpi di siang hari." Arissa seakan kurang percaya. Budak ni kadang-kadang kaki kencing. Tidak boleh percaya ini budak!

"Hai, Laura,, Eh, Rissa pun ada? Ni Kate ada buatkan kek pandan. Mari makan." Suara halus menyapa mereka lembut.

Jatuh rahang Arissa melihat tubuh badan itu sihat walafiat sambil menatang dulang menuju ke arah mereka.

Apa ini miska?

"Hah, aku cakap tak percaya." Laura menjuih bibirnya apabila melihat raut wajah terkejut beruk gadis berambut coklat itu.

"Takkan baru sedar koma terus dapat berjalan macam ni? Im-impossible!! Tak mungkin!"

"hesy kau ni. Ingat sikit kita bukan di bumi! Kita dekat Planet Pearl! Semua yang mustahil dek akal boleh berlaku tau!"

Arissa masih lagi tidak mengalihkan pandangannya ke arah gadis berambut ikal mayang itu. Ini orang ke bidadari?

Dari hujung rambut hingga hujung kaki sempurna! Cantik seperti patung!

"Hoi! Kalau iya pun controllah sikit. Malu dia kau tenung dia macam tu! Kau geng pelangi ke?"

"Eh budak ni! Bukanlah! Aku cuma terkejut sebab tak pernah nampak perempuan cantik macam dia seumur hidup aku."

"Makanlah." Katerina menghulur piring berisi sepotong kek pandan.

"Err terima kasih."

"Sama-sama. Untuk awak Laura, saya masakkan bubur ayam."

Mangkuk buluh bertukar tangan. Wah, baunya sangat sedap!

"Saya nak ucapkan terima kasih pada awak berdua.."

Laura dan Arissa berpandangan sambil mengerut dahi. Patutnya mereka yang berterima kasih atas makanan ini. Bukan dia.

"Sebab awak berdua banyak membantu dalam proses pemulihan saya. Awak datang setiap hari, berbual dengan saya macam saya sihat. Awak bagi kata-kata semangat untuk saya. Selama ini hanya ayah dan uncle Venom datang menjenguk saya."

"Dan awak Laura, ketika saya diculik awaklah yang jaga saya semasa dalam kurungan kan? Sayangnya saya tak boleh nak beri renspon pada awak masa tu."

Laura hanya tersenyum melihat gadis cantik itu mengesat air mata.

"Dan.. awak gelar saya sebagai kawan awak? Sedangkan awak baru kenal saya dua hari. Itupun dalam bilik kurungan.. Saya sangat.."

Laura menarik gadis itu dalam pelukannya. Dia tak sangka yang gadis itu ingat setiap butir katanya walhal gadis itu sedang koma.

Jadi betullah kata orang, orang yang koma boleh mendengar butir kata orang yang berkata dengannya.

"Saya dapat rasakan yang awak seorang yang baik. Sebab itu saya selalu berdoa semoga awak sihat seperti biasa. Awak sudah terlalu lama tidur bukan?"

"T-terima kasih.."

"Kasih diterima.."

Arissa turut memeluk kedua gadis itu apabila dia turut tersentuh melihat adegan air mata itu.

Dia benci menangis tapi sekarang, amat meruntun jiwanya. Sekarang mereka sudah ada kawan baru!

Tiba-tiba pintu mereka dirempuh kuat.

"Bandar Antebellum telah diserang burung gergasi!" Greg menerpa dengan cemas.

"HAH!?!"

Sudahlah baru lepas menangis, dapat pula berita menggerunkan seperti itu.

"Mari kita pergi ke bilik kebal sekarang! Kamu akan selamat di situ!"

Lelaki separuh abad itu tangkas membawa ketiga-tiga gadis itu ke bilik kebal yang dibina jika ada kecemasan seperti ini.

Pintu almari ditolak perlahan, baju dikuak ke tepi. Bahagian belakang almari ditekan dan terbuka satu ruang rahsia.

"Mari!"

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now