Angin malam mencucuk-cucuk kulit tidak diendahkan. Bulan sudah mula memunculkan diri di kaki langit ungu. Ia bersaiz separuh planet, agak seram pada mulanya, namun lama kelamaan Laura sudah lali. Kini dia gemar merenung bulan aneh itu saban malam.
"Mama,papa..."
Air mata bergenang di tubir mata. Dia rindu sangat pada mereka. Anak manja katakan. Air mata merembes dilap dengan lengan baju.
Satu hari di Reutus bersamaan 3 hari di bumi. Dia berada di Reutus sudah seminggu. Dia tersentak dan mendongak merenung langit. Maknanya....
Mesti mama duduk terkurung dalam bilik menangisi ketiadaanya. Papa pula sedang melakukan apa sahaja asalkan dia ditemui. Rindunya dia pada mereka!
Bila dia boleh pulang ke bumi? Dia yakin Arissa juga rindukan nenek kesayangannya itu. Ada juga dia terdengar esakan tangis sahabatnya itu ketika hendak tidur.
Tapi itulah. Apa mereka boleh buat? Hanya menanti dan berharap bilakah mereka dihantar pulang. Inive, bulan Reutus seakan-akan tersenyum di langit. Cahayanya cukup terang untuk menerangi malam di planet asing itu.
"Inive, kau rasa bila kami boleh balik ke planet kami semula?"
Dari pintu khemah yang terbuka sedikit, kelihatan Arissa sedang nyenyak tidur atas sleeping bag. Hanya dia yang memeluk tubuh melayan perasaan di luar khemah.
🦋🦋🦋
"Pak cik ada perasaan benda pelik berlaku sekitar sini ke?"
"Oh ada. Emm, tak silap dua hari sebelum semua tanaman penduduk Heaven mati, ada segerombolan awan aneh muncul. Tapi kami endahkan sebab fikir mungkin perubahan cuaca."
Tangannya lincah menaip sesuatu di tablet. Dahinya berkerut seribu apabila mendengar luahan para petani di pekan Heaven itu.
Awan aneh?
"Ada lagi yang aneh?" Soalnya serius.
"Ada. Tak silap saya ada haiwan aneh berkepala serangga ditemui dalam kebun." Seorang lelaki muda menyampuk laju.
Haiwan berkepala aneh?
Dia berjalan perlahan menyusuri kebun itu. Dia tinggalkan pembantunya, Ben dan Clara untuk meneruskan soal siasat bersama petani -petani tersebut. Baik dia pergi meninjau keadaan, mana tahu terjumpa sesuatu.
Keadaan tanaman itu sudah sangat teruk. Daunnya layu dan kekuningan. Bau yang tidak menyenangkan juga terbit dari buah-buahan yang sudah busuk.
Mustahil pokok dan buah ini membusuk tanpa sebab? Mesti ada perkara yang dia terlepas pandang?
🦋🦋🦋
Pluto menggosok leher apabila Bella dilihat rancak berbual bersama pengurus tasik yang merupakan tadahan hujan ais.
"Tak sangka betul!"
Dia mengeluh. Tasik yang hampir kering itu direnung lama. Otaknya hampir tidak dapat cakna dengan apa yang berlaku. Tasik terbesar dalam negara mereka kering?
Mustahil. Tapi itulah yang sedang dilihat olehnya sekarang. Tabletnya dihala untuk menangkap beberapa keping gambar sebagai bukti.
Tak adalah Venus menganggapnya makan gaji buta! Ada bukti ini kan?
Ia merupakan tasik terpenting bagi negara kerana membekalkan sumber air bersih kepada serata planet.
Ia sudah dikawal menggunakan kuasa Vita, ayah kepada Presiden Venom. Kuasa itu nescaya akan berjaya mengalirkan air bersih selama-lamanya tanpa putus. Apabila Presiden Venom mengambil alih tampuk pemerintahan, dia telah menubuhkan pegurus dan jawatankuasa bagi memelihara dan menjaga tasik ini.
Khuatir ada yang membelot meski mustahil untuk memecahkan kuasa tersebut. Hanya orang veteran saja yang hafal kuasa tersebut.
Betapa rumitnya kuasa orang zaman dahulu. Mereka di zaman kini sudah tidak mempunyai kuasa begitu. Mereka telah lemah dan hanya bergantung kepada teknologi sahaja.
Entah mahu salahkan teknologi atau sikap sesuatu bangsa itu sendiri?
"Weh, Dah kaji kandungan PH air yang kita dapat tadi?"
"Hmm dah. Ada beberapa sel pelik aku jumpa. Selebihnya kena balik makmal."
Bella mengangguk sambil membelek kertas lutsinar di tangannya.
"Jom balik makmal."
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...