Agenda tersembunyi

260 14 0
                                    

Pagi itu langit oren kelihatan indah sekali. Tambahan lagi hujan ais baru sahaja berhenti membuatkan langit kelihatan berkilau. Mampu memukau sesiapa sahaja.

Venus menggosok rambut kelabunya kasar. Mukanya kelihatan kusut. Suasana di luar khemah Laura kelihatan tegang.

"Dia tak bagitau dia pergi mana?"

"Dia kata nak pergi jumpa awaklah, Vens." Balas Arissa dengan suara rendah. Hatinya dibaluti keresahan yang amat. Laura, mana kau pergi?

"Aku dari rumah, Rissa. Memang dia tak datang rumah aku pun." Lelaki itu risau sekiranya gadis itu diculik. Hishh mintak dijauhkan!

Seorang lelaki tercungap-tercungap menghampiri mereka. Pluto rupanya. Kenapa mamat ni kalut semacam?

"Aku rasa...."

"Apa?"

"Aku rasa dia kena culik."

"WHATT!?"

"Tengok apa aku jumpa belakang rumah."

Sebuah mini helikopter yang patah bilahnya diserahkan kepada Venus yang tidak senang duduk. Seketika lelaki itu membelek helikopter tersebut dengan teliti sebelum..

"Aku rasa aku tahu ni kerja siapa." Lelaki itu mendegus sebelum menderam kuat. Dengan wajah bengis dia berlalu ke papan luncur solar.

"Weh, nak ke mana? Aku nak ikut!"

" Jangan! Baik kau di sini jaga Arissa! Takut dia pula jadi target seterusnya!"

Pluto hanya mengangguk. Ada benarnya juga. Dia hanya menghantar papan luncur dengan pandangan mata. Sekilas dia memandang gadis yang berwajah keruh itu.

" Mari masuk dalam. Aku masakkan makanan untuk kau. Sejak pagi kau tak makan, bukan?"

Gadis itu tidak bersuara namun kakinya melangkah lemah membuntuti langkah lelaki bertubub kurus itu. Hmp, dia tiada selera nak makan! Rasa sebu!

🌼🌼🌼

"Bodoh! Aku suruh kau culik Katerina! Bukan perempuan ni!"

"Ampun tuan! Aku tersalah orang! Biar aku pergi cari sekarang!"

"Ah, terlambat! Aku tak suka orang lembap seperti kau ada di sini!"

Satu pancaran laser dihalakan kepada seorang lelaki bertubuh sado. Lelaki itu menggeletar akibat ketakutan yang amat. Dia melutut kepada lelaki bertubuh gempal yang digelar sebagai tuan itu.

Tubuhnya yang melecur separuh badan akibat laser tersebut diabaikan.

"Maaf tuan! Bagi aku satu peluang!?" Jeritnya cemas. Walhal dia sudah tahu, tuannya amat benci jika sebarang tugas gagal dilaksanakan dengan betul.

Dia cuai!

"Ah, aku sudah tidak perlukan kau! Pergi mampus!"

BOMMM!!

Serentak dengan itu kedengaran satu dentuman kuat kedengaran. Asap keluar berkepul-kepul dari bangunan usang itu.

Kenkove tersenyum sinis melihat tubuh anak buahnya tadi bertukar menjadi debu.

"Bodoh! Kerja senang pun tak boleh buat!" Jerkahnya kuat. Beberapa orang lelaki bertubuh tegap hanya membisu melihat amarah tuan mereka. Seinci pun mereka tidak bergerak, takut mereka pula akan kena letup!

Ngeri!

"Bobby!!" Jeritnya kuat menyebabkan ruang luas yang hanya memuatkan kerusi besar kegemarannya dan meja makan bergema.

"Y-ya tuan!" Seorang lelaki bertubuh besar dan tinggi datang sepantas kilat.

"Kau pula yang ambik alih cari perempuan tu! Jangan jadi bodoh macam Cece! Kalau tak nasib kau sama macam dia, faham!!"

"Faham tuan!"

"Aku bagi masa 3 hari untuk kau cari dan culik budak tu! Sudah! Blah dari sini!"

"Baik, tuan!"

Bobby tergesa-gesa keluar dari situ. Amarah bosnya masih membara. Bimbang jika dia bergerak lambat, nasibnya akan jadi seperti Cece!

Dia merenung jambatan gantung yang menghubungkan antara rumah agam Kenkove dan hutan belantara. Dari mana dia harus mencari gadis itu?

Greg juga bukan calang-calang orang. Dia bijak menyembunyikan anaknya itu. Buktinya Cece yang tidak pernah gagal itupun, tersilap langkah!

Fikir Bobby, Fikir!!!

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now