Jet laju berkuasa tinggi gagah membelah angkasaraya yang dipenuhi dengan bintang dan asteroid kecil di sepanjang jalan.
"Rindunya nak tengok pemandangan angkasa! Finally dapat jugak. Thanks Vens!"
Seperti biasa Arissa tersenyum menoleh ke arah lelaki bertubuh tegap itu. Lelaki itu cuma tersenyum simpul. Tercapai akhirnya hasrat dua orang gadis bumi itu.
Laura pula ralit menikmati pemandangan indah di kiri dan kanan beliau. Jantungnya bagai nak melompat keluar rasanya.
Planet asing yang berbagai warna menarik perhatiannya. Sesekali jet mereka berpapasan dekat bintang-bintang yang bergerak laju.
Cantik sungguh!
"Gelap je aku nampak." Getus Pluto perlahan. Dia turut menjengah ke tingkap.
Gelap je dia nampak. Apa yang menarik pun dia tak tahu.
Arissa mencebik. Sibuk je mamat rambut kuning ni. Rambut kuning itu seperti mahu ditarik-tarik biar gugur semua. Padan muka botak!
"Diamlah. Kau tu yang tak reti menghargai keindahan angkasa raya ni." Balas gadis itu. Dasar hati batu!
"Eh, budak ni. Aku hari-hari hadap pemandangan angkasa rayalah. Nampak biasa saja pada mata aku." Pluto menyilangkan kakinya pula.
"Ceh, riak betul." Arissa mendengus. Geram dia melihat muka poyo Pluto yang tersengih senget.
Geram nak sekeh je. Haishh.
Venus yang sibuk meneliti skrin di hadapan hanya menggeleng kepala mendengar pergaduhan mereka berdua.
"Hai budak ni. Aku kahwinkan kau orang baru tahu. Dulu elok je bercinta, ni kenapa asyik gaduh pula?" Soal lelaki berambut coklat itu dengan tenang.
Pluto menggosok rambutnya dan tertawa kecil. Dia menjeling pujaan hati yang bermasam muka dek kerana perselisihan merepek mereka tadi.
"Saja Vens. Rindu nak gaduh dengan dia. But don't worry. I still love her so damn mucch."
Dia buat wink pada Arissa yang kebetulan bersabung mata dengannya. Arissa kemudian mengecil mata dan menjelirkan lidahnya.
"Ewerkk..Geli aku dengar. Simpan jelah sayang kau tu." Gadis itu mencebik.
Menyampah. Ingat sweetlah tu.
Pluto hanya tersengih melihat reaksi gadis itu. Mereka nampak macam tegang dari luar, tapi dalam hati ada taman bunga.
"Hahaha. Garang-garang aku makin sayang ni.."
Arissa membulatkan mata. Eh, miangnya dia ni! Siap kau!
"Aduh..kalau iya pun jangan main gigit..Sakitlah!" Lelaki kurus itu terkial-terkial melepaskan diri apabila Arissa mengigit lengannya.
"Ah, ada-ada saja korang ni. Haih, lantak koranglah." Vens membetulkan rambut yang terjuntai. Dia mencapai jus oren di atas meja dan melangkah mendekati Laura.
Gadis berambut blonde itu kelihatan termenung merenung ke luar tingkap.
"Laura are you okay? Senyap saja dari tadi? Ni minum sikit."
Gadis itu menoleh dan tersenyum. Dia mengambil segelas jus yang dihulur Vens.
Venus menekan sesuatu di papan kunci di panel hadapan. Seketika keluar imej planet yang berwarna warni dan suara robot memberitahu mereka jarak dan waktu mereka bakal sampai ke planet tersebut nanti.
Panel manual ditukarkan kepada automatik. Mesej juga sudah dihantar untuk memberitahu mereka akan mendarat kelak.
"Nah i'm okay. Aku just menikmati pemandangan. I miss the float planets and stars all over the space. Thanks awak bawa kami jalan-jalan." Dia menyisip jus oren. Sedap.
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...