Peta lokasi planet Reutus kelihatan terapung di tengah meja bulat itu. Wajah lelaki berbadan gempal itu kelihatan amat teruja.
Kenkove tersenyum puas mendengar penerangan pembantu kanannya. Aku tahu kau pun ada kat sana kan?
"Tak sia-sia aku bela burung gergasi ni!" Dia tersengih melihat skrin yang memaparkan keadaan bandar metropolitan yang sudah separuh musnah itu.
Biar aku hancurkan semua sekali! Jimat sikit kos aku! Tak perlu susah-susah nak serang dua planet sekaligus! Korang dah senangkan kerja aku!
"Hahahaha!?"
"Bagus, Dean. Aku nak kau siapkan robot tempur kita. Kali ni kita akan serang habis-habisan."
"Baik tuan!"
Bibir hitam itu merengus kasar apabila hampir kesemua burung-burung gergasinya berjaya ditumbangkan oleh sekumpulan anak muda itu. Turut dibantu oleh beberapa robot tempur.
"Korang jangan suka sangat ya! Permainan aku belum habis lagi! Aku nak bagi suprise pada korang pulak! HAHAHAHA."
Wait and see.
⭐⭐⭐⭐
Seorang lelaki berkelubung hitam menyelinap masuk ke dalam pejabat pentadbiran.
Matanya melilau ke kiri dan kanan memeriksa sekiranya ada yang sedar akan kehadirannya itu.
Ternyata semua sedang kalut dengan serangan burung gergasi di luar. Masing-masing sedang terburu- buru masuk ke dalam tube khas yang disediakan kerajaan untuk dihantar ke tempat selamat.
Bagus! Keadaan huru hara itu menyenangkan lagi kerjanya kini. Dia tersenyum sinis sebelum melangkah masuk ke dalam lift kaca.
Dia menekapkan ibu jari di skrin kecil. Pintu automatik terbuka. Dia bergegas ke meja kerja. Laci ditarik.
Tak ada.
Dia membongkar beberapa fail.
Tak ada.
Haih. Kat mana dia letak pendrive tu ya? Atau dia simpan secara maya? Dia menekan butang di dinding. Skrin terapung muncul di atas meja kerja.
Please insert password
V-E-N-U-S
Wrong password, try again.
R-E-U-T-U-S
Wrong password. Try again.
Haih. Pluto merengus kasar.
Manalah aku tahu dia tukar password?
Huh. Wajah seseorang terimbas dalam kepalanya. Hehe.
L-A-U-R-A
Access granted.
Lelaki itu mengukir senyum. Kau letak nama dia huh? Dia mengerut dahi. Folder di skrin dibuka satu persatu.
Gold city development plan
Nope.
Lenelle city construction plan
Nope.
Dell village farming report
Nope.
Serra village farming report
Nope.
Lelaki misteri itu menggosok belakang lehernya. Skrin terapung itu direnung lama. Mana dia letak benda tu?
Dia bangun untuk memeriksa sekitar pejabat. Fail-fail yang tersusun habis disepahkan. Meja yang tersusun rapi habis berselerak dengan pen dan kertas berkecah.
Tong sampah pun digali untuk mencari 'benda itu'. Namun hampa.
"Arghh! Mana kau letak jahanam? Menyusahkan aku betul lah!" Degusnya geram menghentam meja sebelum berlalu keluar dengan perasaan sebal.
Nampaknya dia perlu menggunakan plan B. Bos perlu dihubungi secepat mungkin!
YOU ARE READING
Lagenda Kerajaan Reutus
Fantasy"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa "Aku tak tahu nak buat apa dengan kau ni! Degil!" ~ Pluto Dua gadis bumi dibawa ke Planet asing unt...