And in the end,
All she learned
Was how to be strong,
Alone._______________________________________________
AIRISSA berterusan memencilkan diri. Kedua-dua belah lutut dipeluk erat. Seluruh tubuh menggigil hebat tatkala sepasang mata hazelnya terpasung ke suatu arah. Hati begitu degil mahu menyaksikannya sendiri dan sungguh, rasa gerun dan ngeri saling bertindih mengganggu akal fikiran dan emosinya.
"Banyak ni je kau dapat? Huh? Ini buat beli seluar dalam kau pun tak lepas! Lima ringgit je nak buat apa? Bodoh!"
Beberapa keping not ringgit yang berwarna biru dilempar tepat ke wajah seorang kanak-kanak yang berbaju melayu lusuh dan berkain pelekat. Kanak-kanak itu tunduk menekur ke lantai, langsung tidak berani memanggung kepalanya.
Jeffri tersenyum sinis. Wajahnya ditundukkan sehingga menyamai paras budak lelaki tersebut. Kepulan asap rokok dihembus sehingga kanak-kanak itu terbatuk keras.
"Kau tahu tak, salah satu cara nak buat orang simpati? Tahu? Tak tahu?"
Laju kanak-kanak itu menggeleng. Pipi sudah lencun dengan lelehan hingus dan air mata. Tangan saling meramas antara satu sama lain. Satu petanda yang tidak menyenangkan bakal berlaku tatkala melihat sengihan lebar yang terlakar di wajah syaitan bertopengkan manusia itu.
"Sini aku bagitahu kau sesuatu. Orang lain akan mudah simpati kalau kita kekurangan sifat. Tak sempurna fizikal. Kau faham maksud aku, hm?"
Tubuh kanak-kanak itu automatik mengeras.
"Kau patut cuba cara ni. Mari. Ikut aku!"
"Tak nak!"
Heh? Kau melawan? Lagi kau melawan lagi aku suka."
Kolar baju melayu itu disentak kasar. Bagaikan menunda seekor haiwan, Jeffri mengheret kasar tubuh kanak-kanak itu menuju ke suatu tempat yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Debaran di dada Airissa semakin tidak dapat dibendung sebaik sahaja kedua-dua orang itu melintasi kurungannya. Dia melihat Jeffri menghidupkan satu suis yang berselirat di belakang sebuah mesin. Sebaik sahaja ianya dihidupkan, serta-merta satu blade besi berbentuk bulat dan bermata tajam berputaran deras.
"Ab-bang, jangan! Ss-saya janji tak buat dah bang! Tolong abang! Tak nak! Lepaskan saya, saya minta maaf abang! Bagi saya peluang! Tolong jangan bang..." Kanak-kanak itu memeluk erat kedua-dua belah kaki Jeffri. Suara itu tenggelam-timbul dek diselang-selikan dengan tangisan yang pecah. Mengongoi dan merayu meminta belas kasihan lelaki berparut itu namun rayuannya dibalas dengan dekahan kuat.
Gembira sekali dia melihat kanak-kanak itu berlutut mencium kakinya.
Tangan kanan kecil budak lelaki itu direntap kasar. Genggamannya kuat sehingga meninggalkan bekas cengkaman kuku di kulit. Bersama sengihan lebar di wajah, serta-merta dia melewati lengan kecil itu ke arah mesin pemotong. Jeritan nyaring bergema memenuhi ruang bawah tanah bersama cairan merah bersebaran ke segenap sudut. Hujung lidah menjilat sedikit beberapa titis darah pekat yang melekat di hujung bibir keringnya. Jeffri tertawa kecil. Dari jauh dia mengerling tajam ke arah figura seorang budak perempuan yang galak memerhatikannya dengan mata terbuntang luas. Hatinya senang melihat raut ketakutan yang terpancar di wajah pucat itu.
'Tuan Hared Wazir. Aku akan pastikan keturunan kau lenyap satu-persatu. Tunggu jelah hari di mana kau akan terima mayat anak kau nanti. Aku akan pastikan kau menyesal.'
Tanpa belas kasihan, tubuh longlai kanak-kanak lelaki itu terus dilempar ke arah timbunan kotak yang tidak tersusun di suatu sudut. Puntung rokok yang tinggal separuh dibuang ke lantai, lalu dia menapak perlahan menuju ke arah laluan yang menempatkan semua kurungan di bahagian kiri dan kanan. Senyap sunyi, tiada yang berani bersuara.
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romance(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...