SEKEPING kertas diremas kasar. Kepalanya tergeleng-geleng bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat dengan mata kepalanya saat ini. Bukan sekali, bukan dua kali. Tetapi berkali-kali dia menjalankan ujian DNA bagi memastikan anak yang dikandung oleh isteri pertamanya, Alessandra itu ialah anaknya juga. Namun jawapan yang diterima tetap sama. Idris Ardani bukan darah dagingnya.
Tetapi...
Setelah dia bertindak mengabaikan anak isterinya bertahun-tahun, Mika atau lebih dikenali sebagai Jae Sean tiba-tiba hadir mengheret sekarung guni masuk ke dalam pejabat mewahnya. Lelaki itu bahkan melemparkan sekeping sampul yang terisi laporan DNA betul-betul tepat ke wajah sehingga mengundang baran di hati.
"What the hell are you! Throwing shit to my face?!" Marah Luth Izran sebelum matanya terbelalak kala Jae Sean membuka karung guni dan hujung kaki lelaki itu menolak bunjutan karung yang terisi ketulan-ketulan anggota tubuh seorang doktor yang dikenalinya.
"Dr. William? Du bist verrückt!?! You killed him?!"
"Kalau isteri kedua kau dekat sini, sekarang juga aku pisah-pisahkan batang tubuh dia depan mata kau Luth!" Sinis Jae Sean membalas dengan sindiran pedas. Dada Luth Izran berombak kencang. Dia tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Jae Sean.
Jae Sean dengan riak bengisnya melangkah mendekati. Kertas putih yang tidak disentuh itu kembali dilemparkan ke wajah Luth Izran.
"Kau buta huruf? Aku dah bagi report ni kau tak reti nak baca? Baca dululah setan..."
Terketar-ketar tangan Luth Izran menyambut. Saat matanya membaca bait-bait aksara yang tertera, automatik kelopak matanya bergenang.
"Dia anak kau setan. Apa yang kau tak reti bahasa sangat? Hah? Bodoh bengap sangat percayakan semua yang bini kedua kau tu cakap! Dr. William..."
Sekali lagi Jae Sean menguis-nguis hujung kasutnya pada guni itu.
"Doktor tak guna ni dah kena control dengan Laila. Dia palsukan segala laporan kesihatan berkaitan Idris Ardani dan kau Luth Izran. Aku tak tahulah kau kena sapu minyak dagu ke atau kau sengaja telan pantat ayam? Harap umur je tua dari aku, tapi bodoh gaban! Elok mampus je sejak kecik kalau aku tahu besar-besar kau mengsial!" Maki Jae Sean sepuas hati. Dah lama sebenarnya dia tahan dengan sikap Luth Izran yang tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung sejak berkahwin dengan Laila. Sekarang, puas sedikit hatinya apabila melihat ego lelaki itu jatuh menjunam di hadapan mata.
Luth Izran terduduk bersandar di tepi dinding bersama air mata yang membasahi pipi. Dia bagaikan tersedar kembali setiap perbuatan buruk yang ditinggalkan kepada isteri pertamanya. Tidak cukup itu, dengan kedua tangan itulah dia membuang anak lelakinya yang baru sahaja lahir ke tempat pembuangan sampah gara-gara jijik. Dia sangkakan Alessandra melahirkan anak daripada hasil benih lelaki lain dan dia juga tidak pernah percaya bahawa isterinya itu sememangnya dirogol sehingga dia berterusan menuduh Alessandra mempunyai hubungan di belakangnya.
"Ke-kenapa baru sekarang kau bagitahu ak-aku?!"
"Hei, bodoh? Ini masalah keluarga kau tahu? Aku ni orang luar. Kalau tak disebabkan aku simpati dengan nasib anak bini kau, peduli apa aku?" Sinis Jae Sean membidas. Dia melabuhkan punggungnya di meja kopi sambil menyilangkan kedua-dua belah kaki. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak lalu dihisap nikmat.
"Aku nak balik Malaysia..."
Terhambur tawa di bibir Jae Sean kala mendengar ayat yang keluar dari mulut Luth Izran.
"Luth... Luth. Kau ni memang spesies muka tebal berincikan? Sudahlah segala harta dan saham keluarga Alessandra semua kau bolot. Tak cukup lagi, kau jilat air kaki family mertua kau dekat sini sampai dorang semua ingatkan Alessandra bahagia ada suami penyayang macam kau. Dan sekarang? Kau nak balik Malaysia buat apa? Nak jilat kaki bini kau pulak? Untuk apa kali ni? Nak minta maaf? Huh! Bullshit"
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romantizm(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...