BAB 57 | AIRIS ARDANI

1.8K 111 26
                                    

⚠️TW⚠️
*This content is full of profanity and mature scenes. Read at your own risk.*

SPLASH!

"Uhuk! Uhuk! Shit!" Carut Jeffri geram beserta dengan batuk keras yang berselang-seli apabila tiba-tiba sahaja dia disimbah dengan sebaldi air. Dia cuba meronta kuat tetapi gagal kerana tubuhnya terikat dengan sebuah kerusi kayu. Bebola mata melingas ke segenap ruang yang kelihatan asing. Berhampiran dengannya terdapat sebuah meja kayu dan di sekeliling ruang itu pula penuh dengan segala macam perkakas logam yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian, matanya melihat beberapa orang lelaki sasa yang lagaknya tidak ubah seperti samseng sedang berkawal di segenap penjuru. Bertatu penuh di kedua-dua belah lengan hingga ke leher, bertindik dan berantai leher. Wajah masing-masing beriak bengis bagaikan tidak sabar ingin melanyak dirinya hidup-hidup.

Jeffri tersenyum sinis. Bibirnya terjuih sebelum meludah kesat liurnya yang bercampuran darah di hujung kasut salah seorang dari kalangan lelaki-lelaki bengis tersebut. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang ketakutan.

"Siapa bos korang? Bawa dia datang jumpa aku. Taiko jenis apa bos kau tu kalau menyorok belakang pantat anjing? Hah?" Soal Jeffri bersama sindiran tajam. Alang-alang duduk terikat di kerusi, kakinya selamba sahaja disilangkan. Gaya duduknya penuh lagak tidak ubah seperti dia pula yang bos di situ.

Bibirnya mencebik kebosanan.

"Cepatlah bodoh. Mana bos kau ni hah? Apa yang lembap sangat? Aku nak balik tidur. Tak kuasa aku nak menunggu bos lahanat kau tu. Lembap nak mampus!"

"Nak balik tidur? Wow! Ada orang dah tak sabar-sabar nampaknya nak tidur?" Satu suara garau tiba-tiba lantang menyahut dari kejauhan mengejutkan Jeffri.

Kening Jeffri terjungkit sebelah. Dia mengecilkan mata melihat figura samar-samar yang sedang melangkah gagah dari muka pintu. Kesemua lelaki yang berdiri di ruangan tersebut tiba-tiba tunduk hormat semata-mata menyambut kedatangan ketua mereka. Berkerut dahi Jeffri kehairanan.

"Jangan risau Jeffri. Semua anjing aku tengah gali tanah siapkan tempat tidur istimewa khas untuk kau orang tua..."

"Kau siapa hanat? Mamat tak guna tu hantar kau ke hah? Bodoh!" Penuh biadap Jeffri menyoal, namun dia melihat lelaki berbaju kot labuh itu hanya tergelak sinis bagaikan tidak terkesan langsung dengan caciannya.

"Jeffri, Jeffri... kau dah nyanyuk ke Jeffri? Aku ingat kau, tapi sampai hati kau dah tak ingat aku. Orang yang dah hampir-hampir berjaya hantar kau ke neraka? Kau tak ingat?"

Automatik tubuh Jeffri menegak. Raut wajahnya kelihatan menegang. Sedaya-upaya otak cuba dikerahkan untuk kembali mengingati siapakah lelaki yang tersenyum lebar sambil memeluk tubuh di hadapannya ini?

Kot labuh yang tersarung di tubuh tegap lelaki itu ditanggalkan lantas diserahkan kepada salah seorang pengikut setianya yang dikenali sebagai Lorenzo. Kini tubuhnya hanya tersarung sehelai kemeja putih lengan panjang yang kemudiannya dilipat kemas sehingga ke siku. Kala itu, barulah terserlah cacahan tatu penuh di kedua-dua belah lengan yang selama ini disembunyikan daripada tatapan sesiapa. Kemudian lelaki itu mengurut sedikit belakang lehernya yang hanya kelihatan bekas-bekas tatu yang sudah lama dipadam. Kaki melangkah perlahan menghampiri Jeffri.

"Sini aku ingatkan kau siapa hanat yang tengah berdiri depan kau sekarang ini, orang tua nyanyuk..."

"Aku... Mi.ka."

Cerlungan tajam Mika tepat menikam ke wajah berparut Jeffri sebelum menyambung semula ayat tergantungnya itu.

"Origin name... Jae Sean. Aku, ketua Black Dragon. Eh, bukan. Bekas. Ketua. Black. Dragon. The half American half Chinese you've been looking for... Great seeing you Jeffri... Great seeing you. Alive."

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now