BAB 10 | AIRIS ARDANI

1.7K 114 2
                                    


I was still a child
Didn't get the chance to
Feel the world around me

-Adele-

_______________________________________________

"PUAN! Tuan!"

Sepasang suami isteri itu bergegas turun ke tingkat bawah saat mendengar jeritan suara milik pembantu rumah mereka.

"Tuan, puan! Cepat ke sini! Ada sesuatu depan pintu rumah. Mak Cik Jun tak berani nak dekat..." Beritahu wanita separuh usia itu. Dahi mereka berkerut. Tuan Hared terlebih dahulu bergegas ke muka hadapan pintu yang masih tertutup. Dianne Ardilla memegang erat lengan suaminya. Mereka bertatapan seketika sebelum perlahan-lahan tombol pintu ditarik.

Sebuah beg peti kelihatan terdampar betul-betul di hadapan pintu rumah mereka. Tuan Hared memandang sekeliling rumahnya yang sunyi.

"Mak Cik Jun tahu siapa yang kirim beg ni?" Soal Tuan Hared.

"Mak Cik pun tak tahu siapa yang tinggalkan beg ni dekat situ. Terperanjat Mak Cik bila buka pintu tadi. Mak Cik sempat tanya Pak Abu. Tapi dia pun terkejut macam Mak Cik juga. Sekarang ni Pak Abu tengah check dengan security guard. Sekejap lagi dia datang semula." Jelas Mak Cik Jun.

"Kita nak buat apa dengan beg tu abang? Dee cuma takut kalau ada orang niat yang tak baik pada keluarga kita," Dianne Ardilla kegusaran. Matanya tidak lepas daripada memandang beg peti berwarna hitam itu.

Tuan Hared diam tidak memberikan jawapan. Dia melutut di hadapan beg tersebut. Zip beg peti itu perlahan-lahan ditarik. Dianne tidak keruan. Dia menyentuh bahu suaminya.

"Abang..."

Satu bau yang tidak menyenangkan keluar dari arah beg tersebut walaupun Tuan Hared tidak membuka beg itu sepenuhnya. Isteri dan pembantu rumahnya sudah menggigil ketakutan. Hidung masing-masing ditekup kuat.

"Astaghfirullah..." Tuan Hared beristighfar sebaik sahaja isi beg peti itu menjamah pandangannya. Wajah terus dipalingkan ke kanan. Pantas dia menutup dan menzipkan kembali beg tersebut.

"Ab-abang, dalam beg tu ada..."  Seluruh tubuh menggeletar hebat. Kaki Dianne terundur beberapa langkah ke belakang dan hampir-hampir sahaja dia tumbang, namun sempat tubuh lemahnya dipeluk oleh Mak Cik Jun.

Tuan Hared berdiri. Riak wajahnya kelihatan kosong. Renungan yang membalas tatapan isterinya yang berkaca-kaca juga bagaikan telah mati.

"Mak Cik Jun. Telefon polis, telefon hospital. Bagitahu mereka, ada mayat yang perlu diuruskan. Sekarang."

"Baik, baik Tuan." Mak Cik Jun bergegas masuk semula ke dalam rumah untuk membuat panggilan. Tuan Hared mendapatkan isterinya. Tubuh Dianne dipeluk lemah dari sisi.

"Ab-abang. Dee, Dee nampak mayat tadi. Dee nampak mayat dia abang. Tergamak mereka buat macam tu pada ma-mayat..."

"Syyh.. jangan fikir lagi sayang. Apa-apapun kita kena serahkan pada pihak polis untuk siasat, walaupun, walaupun abang sendiri kenal dengan..." Tuan Hared tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Air mata jantannya jatuh ke pipi tanpa diduga.

"Tuan, puan!"

Lelaki yang dipanggil Pak Abu terkocoh-kocoh mendapatkan majikannya. Nafas sedikit tercungap-cungap akibat faktor usia yang semakin lanjut.

Tuan Hared menghampiri Pak Abu.

"Pak Abu dah check dengan tiga orang pengawal. Mereka kata mereka sendiri tak sedar bila masa ada orang masuk ke dalam kawasan rumah Tuan. Pak Abu syak, penceroboh tu ada guna apa-apa ilmu. Tak ada seorang dari mereka pun yang sedar.."

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now