BAB 60 | AIRIS ARDANI

2K 106 2
                                    

"ASSALAMUALAIKUM."

Serentak, berpasang-pasang mata yang berada di dalam bilik Tuan Hared menoleh ke arah pintu sambil menjawab salam. Idris dan Airissa masing-masing terangkat kening melihat ramai yang turut berada di ruangan itu termasuklah Dianne Ardilla, Armina, Asyraf dan juga Mika.

"Rissa, Ris..."

Laju Airissa menerpa memeluk kedua-dua orang tuanya. Idris pula hanya berjabat tangan sebelum dia turut memeluk bapa mertuanya yang kelihatan begitu ceria menyambut kedatangan mereka. Idris kembali berdiri di sisi Mika, membiarkan isterinya melepaskan rindu lebih lama.

"Ya Allah, Rissa... Macam mana keadaan kamu? Ada sakit mana-mana? Bagitahu abi..." soal Tuan Hared penuh kerisauan. Dia memeluk erat anak perempuannya itu bagaikan tidak mahu lepas.

Airissa menggeleng laju.

"Rissa tak apa-apa. Rissa sihat... Abi tu. Kenapa tak jaga diri? Rissa takut dengar abi masuk hospital. Rissa tak sempat pun manja lama-lama dengan abi dan mama..." ujar Airissa dengan wajah tersebek-sebek sehingga mengundang senyuman simpul di bibir semua yang melihat. Dianne meraih bahu Airissa perlahan. Ditepuk-tepuknya manja seperti anak perempuannya itu masih berumur enam tahun.

"Itulah, mama dah pesan dah dekat abi suruh jaga kesihatan. Tapi abi kamu ni suka sangat langgar. Apa yang doktor tak bagi, yang itulah dia cari. Teh tarik malam-malamlah, apalah..."

"Aip! Yang... Tak payahlah ungkit teh tarik. Dia yang bancuh sedap sangat, salahkan kita pula tak pantang," Tuan Hared sempat mengomel sambil mengenakan semula isterinya. Dianne menjegil biji matanya. Tengoklah tu, balik-balik dia yang kena. Huh!

Terkekeh-kekeh Airissa ketawa melihat ibu bapanya bergaduh manja. Dia tergeleng kecil.

"Abi dengar cakap doktor tau lain kali. Kalau tak, misi garang dekat rumah cucuk abi dengan jarum hari-hari."

"Yalah-yalah sayang..." Tuan Hared pasrah dibebel oleh dua orang wanita itu. Armina yang tersengih di sisi katil turut digapai ke dalam pelukan.

"Abi dengan mama sayang sangat anak-anak abi ni. InsyaAllah, abi akan cepat-cepat sembuh. Tak sabar abi nak tengok dua-dua anak abi ni bahagia dengan cara sendiri. Mina berjaya dalam pelajaran then jadi peguam macam yang Mina selalu cerita pada abi. Rissa pula bahagia dengan suami... Ada zuriat sendiri. Kan?"

Hampir tersedak Airissa mendengar. Aik? Macam mana abi boleh tahu?!

Laju kepalanya menoleh ke arah Idris tetapi suaminya sekadar mengangkat bahu tanda lelaki itu juga tidak tahu bagaimana abi boleh tahu. Kali ini kedua-dua pasang mata mereka mencerlung ke arah Mika yang buat-buat memandang ke luar tingkap sambil mengira burung berterbangan di ekzos kereta. Hm, tahu dah kerja siapa!

Airissa tersengih lebar. Malu pula apabila semua mata tertumpu ke arahnya. Idris di belakang segera digamit. Dia undur setapak berdiri di sisi suaminya sambil tertunduk malu.

Idris berdehem sebelum dengan yakinnya dia menyauk sisi tubuh Airissa ke dalam pelukan.

"Abi, ma, Mina, Pak Su dan Asy... Kami nak umumkan yang tak lama lagi mama dan abi akan jadi nenek dan atuk. InsyaAllah" ucap Idris. Lama matanya merenung wajah malu-malu kucing Airissa yang memerah. Dia cium sekilas pipi merah tersebut sebelum lengannya ditampar geram.














RIUH-RENDAH di dalam wad persendirian setelah dia memaklumkan berita gembira itu ditinggalkan. Dia dan Asyraf keluar sebentar untuk turun ke kafe. Mika pula awal-awal lagi sudah berpamitan. Katanya hendak menderma kambing 40 ekor dekat masjid yang selalu lelaki itu kunjungi. Entah betul, entah tidak hanya Mika dan Tuhan sahaja yang tahu.

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now