BAB 28 | AIRIS ARDANI

1.6K 91 0
                                    

MATA pensel ditekan di atas kertas putih. Fikirannya melayang sehingga tidak sedar contengannya semakin hitam-legam. Dia mengeluh lemah. Hujung buntut pensel itu digigit sedikit tanpa sedar.

"Oi mak cik! Melengung apa hah? Aku panggil seribu kali pun tak dengar. Kenapa? Ada anak raja masuk meminang kau ke petang tadi?"

Airissa menyandarkan tubuhnya di kerusi. Huh, bukan anak raja yang masuk meminang, tetapi anak rimau yang buat hal! Kalau dia pemburu, dah lama ditembaknya lelaki itu sehingga koma.

"Hm, entahlah. Lelaki... Complicated."

Yaya melopong. Dahsyat! First time ya ada orang cakap lelaki tu complicated? Selalunya perempuan yang complicated.

Kerusi Airissa yang beroda ditarik sedikit agar berpusing ke arahnya yang duduk di birai katil.

"Betul-betullah nyah? Sungguh ke ada orang pinang kau? Siapa?! Asyraf ke?"

"Bila aku cakap Asy masuk minang aku? Merepek je kau ni Ya..."

"Habistu? Siapa yang buat kau serabut? Lelaki mana yang complicated sangat tu? Hensem tak? Kaya? Uish, kalau aku jadi kau, complicated mengalahkan perempuan pun aku sanggup. Asalkan poket tebal, muka herloks. Sejuk sikit mata aku sebagai bakal isteri..."

Airissa mencebik. Haish, tak senonoh punya Yaya. Bukan nak meringankan beban. Lagi nak menambahkan panadol dalam badan dia adalah! Sakit kepala kalau ada sepuluh lagi member yang macam ini.

"Tak apalah. Lupakan jelah. Malas aku fikir pasal benda-benda tak masuk akal ni semua..."

"Alah... Rissa! Ceritalah wei! Siapa lelaki yang nak pinang kau tu? Cakaplah Rissa. Siapa dia?"

"Ak-"

"Rissa nak bertunang ke?! Weh, dengan siapa?! Asyraf ke?! Oh my God!"

Damn!

Hampir sahaja terlupa, dia ada lagi dua orang teman yang spesies Yaya. Kecoh tak kena tempat. Apa budak dua ekor ni buat di bilik mereka?

"Weh, kau nak bertunang? Tak bagitahu pun. Weh, Emma! Sampai hati dorang tak cerita kat kita, wei. Ini, kalau kitorang tak datang sini, entah-entah dah beranak-pinak baru kitorang tahu. Ey, Rissa! Majuk dengan kau!"

Airissa menarik-narik rambutnya yang dilepas bebas. Apa ya nombor telefon hospital Tg. Rambutan? Sekarang juga dia nak serahkan dirinya di sana.

"Ey, korang bertiga ni kenapa?! Bila masa aku cakap aku nak bertunang? Hah? Bila masa? Bila masa?!"

"Oh, tapi tadi..."

"Dengarlah cakap si Yaya ni..."

Yaya tersengih, serba-salah. Kepalanya digaru sedikit.

"Hehe! Aku saja fitnah dia tadi. Yang korang ni, masuk tak ketuk pintu pasal apa?"

Tidak semena-mena, Izah mengangkat tinggi paras dada periuk bersaiz sederhana sambil tersengih lebar.

" Megi jom!"






SLURPPP!

Ah! Makan megi sambil berkongsi ramai-ramai begini memang satu memori indah yang akan dikenang sehingga ke hari tua. Nak lebih terangkat, jika makan di waktu hujan. Pecahkan telur empat biji dan biarkan ia separuh masak. Kemudian letak cheese dan potongan cili padi. Menu dekat hotel lima bintang pun boleh kalah!

Usai makan, masing-masing tersandar kekenyangan di birai katil. Perut diusap perlahan. Kenyangnya ya Allah!

"Rosak diet aku."

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now