HAMPIR dua jam, Airissa statik dengan posisi yang sama. Matanya tidak bosan merenung nakal tubuh sasa suaminya yang terselindung di sebalik kanvas. Hanya anggota bahu dan lengan berotot itu sahaja yang banyak mencuri tumpuan begitu juga dengan garis jawline yang tajam.
Lirik mata amber lelaki itu sekali-sekala bersabung pandang dengan sepasang hazel miliknya dan lantas membuatkan dia jadi tidak keruan. Entah, hantu mana yang merasuki dirinya sehingga berani sekali beraksi hangat sebegini rupa.
Setelah beberapa ketika, Idris Ardani akhirnya bangun dari duduk menandakan dia telahpun selesai mengerjakan karyanya. Rasa teruja begitu membuak di dalam diri Airissa sehingga dia tidak dapat menahan mulut daripada bertanya.
"Dah siap?"
Lelaki itu hanya mengangkat sebelah kening sambil meneguk mineral water dari dalam botol. Dia duduk bertenggek di tepi lengan sofa panjang yang menghala ke arah kanvas.
Pantas, Airissa mengalihkan jambangan bunga ke tempat lain. Penuh senyuman di bibir, lekas dia berlari mendapatkan kanvas. Jiwanya meronta-ronta tidak sabar mahu melihat hasil karya yang dilukiskan oleh suaminya. Namun, lain pula yang terpamer di hadapan mata. Kedua-dua keningnya hampir bercantum.
"Where is me?" Soal Airissa penuh kehairanan. Dia menunggu jawapan daripada Idris, tetapi suaminya terlebih dahulu datang mendekat. Belakang lehernya yang terdedah tiba-tiba rasa dikucup lembut sebelum membisikkan sesuatu di telinganya.
"Here."
Airissa tercengang.
"No. Not me. I mean, where is me in this painting?"
Kali ini Idris memeluk manja pinggang ramping itu. Dagu dilabuhkan di atas bahu kiri Airissa sambil anak mata terarah ke kanvas. Di situ cuma ada lukisan bunga daisy yang siap berwarna tanpa sebarang figure seksi isterinya sebagai latar.
Wajah Airissa monyok, berkecil hati gara-gara menyangka Idris tidak sudi melukiskan dirinya lagi. Cecair hangat mula memberati kelopak mata sebelum Idris tiba-tiba bertindak menggigit cuping telinga kirinya sesaat. Hampir sahaja dia meninggalkan cubitan berbisa kerana geram. Mujur Idris lebih cepat mencantas.
"Tak mungkin aku akan lukis kau baby. Aku tak nak ada orang lain rasa tergoda tatap kau dalam lukisan, sama macam mana yang aku rasa bila melukis tadi. You are the only one for me. Aku tak nak kongsi kau dengan sesiapa," pujuk Idris, lembut. Tetapi raut wajah Airissa masih lagi menunjukkan garis ketidakpuasan hatinya dengan jawapan tersebut.
"But this is only for your own collection right?"
"Still a big no. Kalau ada perompak tiba-tiba ceroboh then dia nampak lukisan kau yang seksi macam ni, entah apa yang diorang akan buat. Tak boleh, tak boleh! Every inch of your body is mine. Nobody can see you like this except me," tingkah Idris, tegas dengan pendiriannya yang obsessive. Tubuh isterinya dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. Wajah tenggelam di ceruk leher gadis itu, menghirup haruman aster yang begitu mengkhayalkan. Dia semakin bertindak nakal dengan meninggalkan gigitan-gigitan kecil di kawasan leher putih isterinya sehingga gadis itu menjadi tidak keruan.
Airissa cuba menjarakkan diri dengan menolak sedikit wajah lelaki itu demi menghalang kenakalan yang semakin menjadi-jadi.
"Why baby? Bendera Jepun lagi ke?" Idris menyoal dengan nada kecewa. Tetapi Airissa menggeleng. Kali ini bibir gadis itu kelihatan meleretkan segaris senyuman yang penuh tersirat sehingga menimbulkan tanda tanya kepada Idris.
"Dr. must accept my punishment first!"
"Punishment? What pun-"
Tersentak Idris apabila tubuhnya tiba-tiba ditolak sehingga terbaring di atas couch. Lantas dia menongkatkan kedua belah tangannya ke belakang sambil memandang hairan isterinya yang tunduk mengutip beberapa tiub cat dan berus yang masih bersih di atas lantai dan tanpa isyarat, gadis itu tiba-tiba datang melabuhkan punggung di atas ribanya.
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romance(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...