HARI demi hari bersilih-ganti. Airissa dan Asyraf semakin bertambah rapat. Di mana ada Airissa, di situ pasti ada Asyraf sehinggakan ramai yang membuat andaian bahawa mereka mempunyai satu hubungan yang cukup istimewa. Siap dilabelkan sebagai couple of the year lagi! Sama cantik, sama padan.
Yaya, sahabat baik Airissa tidak habis-habis mengusik sehingga pipi gadis itu merona merah.
"Mana ada couple! Memandai je kau ni..." Tingkah Airissa. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Ey, Yaya ni! Malulah kita!
Yaya senyum senget. Heh, malu-malu kucing pula! Macamlah dia tidak tahu gadis itu hampir setiap malam bergayut handphone dengan Asyraf, senior mereka itu. Lagi Airissa hendak sorok! Ini Yaya lah!
Airissa yang sedar dirinya menjadi tumpuan, pura-pura bermain Instagram di handphone. Manakan tidak, jika tiga pasang mata sedang tertumpu ke arahnya saat ini. Semua sibuk mahu mengorek sama ada benar atau tidak dia memiliki hubungan istimewa dengan Asyraf.
"Ala, ceritalah Rissa. Macam mana korang boleh couple? Sebelum ni ramai tau yang crush dekat abang Asy. Tapi kau selamba badak je boleh tiba-tiba rapat dengan dia. Nampak sangat dia pun dah lama crush dengan kau Rissa..." Ujar Izah, mengeluarkan teori-teorinya yang sempat difikirkan. Dahinya berkerut seribu. Jawab exam Math pun tak seteruk ini.
Airissa mengangkat bahu. Dia menyedut sedikit air lemon ais di dalam gelasnya.
"Tak pastilah korang. Yang aku tahu, aku cuma rasa selesa je bila berkawan dengan dia. Dia layan aku baik. Macam abang layan adik..."
"Abang layan adik?" Emma, si gadis bertudung bawal itu mencelah.
Airissa mengangguk.
"Takkanlah dia anggap kau macam adik angkat je kot? Macam pelik je bunyinya?"
"Tak pelik pun. Kan Rissa memang junior dia," balas Yaya.
"Kau pulak macam mana? Kau anggap dia macam abang angkat ke... macam boyfriend? Seriuslah Rissa. Korang memang sepadan. Aku tak tipu!"
Airissa hampir-hampir tergelak melihat keterujaan Izah. Haisy, tak sangka pula dia akan terjebak dengan kisah-kisah cinta zaman belajar. Tak nak percaya, tetapi ramai pelajar satu kuliahnya sudah kecohkan tentang hubungan mereka. Bagi Airissa, dia cuma selesa berkawan dengan Asyraf. Untuk ke arah yang lebih jauh, dia sendiri belum memikirkannya. Lagi pun Airissa tidak faham dengan hatinya sendiri. Tidak tahu rasa selesa bersama itu bermaksud dia cintakan Asyraf ataupun tidak. Habis itu, dia juga selesa berteman dengan Fizi, Faiq, Izwan dan ramai lagi ketika di rumah anak-anak yatim dahulu. Takkanlah dia bercinta dengan semua lelaki itu kerana dengan mereka juga dia sangat selesa berteman? Hisy, peninglah!
"Tak pasti."
"Ey, Rissa! Jawablah elok-elok!"
"Betullah! Aku tak tahu. Aku suka kawan dengan dia, tapi biasalah kalau perempuan kawan dengan lelaki. Bukan aku sorang. Ramai lagi kat luar sana macam tu. Aku pun pening kenapa student lain gossip kan aku dengan Asyraf. Korang faham tak lagi?!" Ujar Airissa senafas. Dia memandang ketiga-tiga orang temannya yang melopong itu. Apa lagi yang tak kena?
"Habis. Yang kau OTP malam-malam tu apa benda? Takkan cerita pasal assignment kot?"
"Dah dia call, aku angkat ajelah. Aku pun tak faham kenapa dia suka call aku malam-malam..."
"Airissa!"
Terkebil-kebil matanya tatkala dijerit sedemikian oleh mereka. Airissa semakin mengecilkan tubuh. Apa? Salah lagi ke dia cakap? Tadi tanya, orang dah jawab. Kenapa sekarang muka semua macam tertelan cili api pula ni?
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romance(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...