BAB 13 | AIRIS ARDANI

1.4K 92 3
                                    

"JANGAN! Jangan! Ergh!"

"Hey? Dani, bangun. Kau meracau ni..." Idris Ardani yang baru sahaja ingin melelapkan mata di bilik tidurnya tidak jadi berbuat demikian kala telinganya menangkap suara rengekan dari atas loteng. Pantas dia mendapatkan tubuh yang berselubung selimut itu. Kepala Dani diletakkan di atas riba. Ibu jarinya mengesat lelehan air mata yang masih mengalir di pipi walaupun kedua-dua mata itu sedang terpejam rapat. Bunyi esakan halus mula kedengaran.

"Dani?" Panggilnya lagi. Tapak tangan diletakkan di atas dahi. Panas.

Tubuh kecil Dani segera dikendong. Perlahan-lahan dia menuruni ke tingkat bilik tidurnya dan Dani dibaringkan di atas katil.





"AB-BANG Ris..." Bibir kecil Dani memanggil perlahan. Tergamam saat melihat remaja itu sedang ketiduran di sisi katil sambil berbantalkan lengan semata-mata. Dia menyentuh perlahan bahu lelaki itu. Idris tersedar. Matanya digenyeh sebelum perhatiannya terarah kepada Dani. Dahi Dani segera disentuh.

"Alhamdulillah. Dah kurang panas..." Idris menghela nafas lega. Dia membetulkan letak duduk tuala lembap di atas dahi sebelum pandangannya jatuh ke mata hazel yang membulat itu.

"Kau dah bangun?"

Dani mengangguk perlahan.

"Lapar?" Soalnya. Dani menggeleng lemah.

"Abang Ris. Kenapa tidur situ? Nanti sakit punggung macam mana?"

Idris diam sekejap. Dia sekadar memberikan senyuman nipis.

"Kau kan demam. Aku jaga kau."

"Abang Ris jaga Dani? Kenapa abang Ris jaga Dani?"

"Aku kenalah jaga kau. Badan kau panas sangat semalam. Sudahlah kau tak henti-henti meracau," jelas Idris dengan sabar. Dani kelihatan termanggu-manggu.

"Meracau? Apa tu?" Balas Dani dengan mata yang terkebil-kebil. Dia tidak faham apa maksud meracau.

"Erm, tak apalah. Tak pentingpun. Sekarang waktu tidur. Cepat pejam mata kau..."

"Abang Ris... Nyanyi." Pinta Dani tiba-tiba dengan mata yang terkelip-kelip. Lengan kanan lelaki itu disambar ke dalam pelukan. Manja.

"Tak nak. Suara aku buruk. Nanti kau tak boleh tidur..." Idris mengelak. Nampaknya Dani sudah kembali kepada asal. Suka sangat buat permintaan yang bukan-bukan.

Bibir si kecil mula memuncung persis muncung itik. Tinggal ambil hanger sahaja untuk dibuat tempat menggantung pakaian.

"Haih, yalah-yalah. Kalau kau tak boleh tidur jangan salahkan aku. Faham?"

Laju sahaja Dani mengangguk. Lantas, Idris usap perlahan kepala si kecil sambil dahinya berkerut memikirkan lagu apa yang sesuai untuk dinyanyi.

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

Muhammadur rasulullah

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Amitna 'ala dinil islam

Mata si kecil perlahan-lahan memberat. Dengkuran halus mula kedengaran. Idris tersenyum apabila melihat Dani akhirnya tertidur pulas dengan nyanyiannya sebentar tadi. Buat pertama kali, si comot kelihatan comel pada pandangan matanya.

Tangan kiri yang berada dalam pelukan Dani dibiarkan. Dia duduk di sisi katil sambil bersandar di almari. Nafasnya terhela.

"Mama, tolong dodoikan Dani. Dani tak boleh tidurlah mama..."

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now