AIRISSA bermalasan di atas katilnya. Bunyi alarm yang membingit di telinga juga tidak diendahkan. Dia menarik selimut menutupi seluruh tubuh.
"Bangun Rissa! Tak nak pergi kelas ke weh?! Bangun! Bangun!" Pekik Yaya. Selimut yang menyelubungi tubuh Airissa ditarik ke bawah. Gadis itu mengeliat bersama kelopak mata yang masih lagi terpejam rapat.
"Hm..."
Yaya mencekak pinggang di hadapan katil bujang Airissa.
"Isy, dia nilah! Aku tahulah kau PMS. Tapi takkanlah kelas Dr. Idris pun kau nak ponteng nyah?! Hari ni dah start projek tahu tak! Haish, kau ni Rissa! Aku siram juga air sebaldi karang. Geram aku!"
Dr. Idris? Sir Amri dah tukar nama dekat JPN ke? Tak tahu pun...
Airissa menggosok kedua-dua belah matanya. Malas-malas, dia bangun juga dari pembaringan setelah dipaksa oleh Yaya.
"Harini kelas er? Hm, malas..."
"Lagi setengah jam je lagi. Baik kau pergi siap sekarang!"
"Tolong..."
"Apa?"
"Tolong mandikan... Hehe."
"Ini kau punya mandi..." Pantas telinga Airissa ditarik sehingga menjerit-jerit gadis itu melarikan diri ke bilik air. Rasakan! Ikutkan hati Yaya, dipulasnya telinga itu sampai putus. Geram betul!
KAKINYA terjengket-jengket menapak di luar dewan kuliah. Yaya, awal-awal lagi disuruhnya pergi terlebih dahulu. Malas mahu membabitkan Yaya kerana kali ini dia benar-benar sudah terlewat hampir lima belas minit. Dahinya berpeluh memikirkan hukuman yang bakal dikenakan kepadanya. Ikutkan hati, lebih baik dia ponteng sahaja kelas pagi ini. Tetapi apakan daya, minggu ini merupakan minggu yang penting kepada setiap pelajar kerana mereka akan memulakan projek individu yang membawa empat puluh peratus markah dan selebihnya ialah markah kerja secara berkumpulan. Untungnya, subjek itu tiada peperiksaan yang memerlukan mereka mengulang kaji kelak.
Pintu dewan kuliah perlahan-lahan ditarik. Tubuhnya membongkok hampir sembilan puluh darjah saat menjejakkan kaki ke dalam sebelum tersedar sesuatu yang ganjil di sekelilingnya. Sepasang mata hazel Airissa memerhati ke segenap dewan. Kosong.
Airissa pantas menegakkan tubuhnya. Mana pergi semua orang?!
"Fifteen minutes late. You lost five percent marks..."
Tersentak. Pantas dia menoleh saat satu suara garau menembus masuk ke kokleanya. Dr. Idris?!
Kening Airissa bertaut. Dia melihat Idris Ardani perlahan-lahan menapak ke arahnya bersama satu renungan tajam. Kala ini, baru Airissa tersedar yang hanya mereka berdua sahaja berada di dalam dewan. Liurnya ditelan kesat.
"Ab- Dr., Dr., Mana student lain? Kenapa Dr. je yang ada dekat sini?" Tergagap-gagap Airissa bersuara. Dia terundur beberapa tapak ke belakang, menjauhi lelaki itu yang kelihatan semakin menghampiri dirinya.
"Airissa."
"Apa?"
Idris Ardani semakin maju ke hadapan.
Ey, kenapa orang tua ni?! Dekat-dekat pulak! Nak ambil kesempatan ke apa?!
Kakinya terus menapak ke belakang sehingga tidak sedar belakangnya hampir-hampir ingin menyentuh meja pensyarah.
"Airissa!"
"Auch!"
Airissa mengaduh kesakitan saat pinggangnya mencucuk bucu meja yang tajam. Sudahlah PMS, berlaga pula dengan bucu meja di bahagian pinggang. Nikmat sangat rasanya!
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romance(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...