BAB 48 | AIRIS ARDANI

1.8K 97 4
                                    

"KE garisan! Sedia, mula!"

Pang!

Bunyi tembakan ke udara dilepaskan. Sekumpulan burung turut melebarkan sayap bertebaran di ruang angkasa menandakan bermulanya perlumbaan di antara beberapa buah sekolah yang sedang merebut piala kejuaraan peringkat kebangsaan.

Riuh-rendah sorakan penonton semakin bergemuruh tatkala kelibat gadis berambut tocang satu yang diikat seperti ekor kuda mendahului lariannya sepanjang 200 meter. Langkah luas dibuka, gigi terketap kuat dan sedikit sahaja lagi dia akan dinobatkan sebagai juara. Hujung kaki akhirnya menyentuh ke garisan penamat. Yes!

"Rissa! Rissa! Rissa!"

"Yes! Yes! Aku menang! Kita menang! Hahaha!" Tidak sempat mencuri nafas, tubuhnya sudah dikerumuni oleh teman-temannya yang turut bersaing demi lencana di dada. Bendera sekolah diselimutkan ke tubuh lencunnya yang hanya berjersey lengan pendek. Airissa tidak pedulikan apa-apa lagi. Hatinya sangat bahagia apabila bisa menjuarai lumba lari tersebut yang akan menjadi penutup zaman kegemilangannya di sekolah menengah. Dia tidak peduli tentang peperiksaan Spm yang hanya tinggal sebulan. Bagi Airissa, sukan adalah kehidupan sebenarnya. Hanya dengan sukan dia dapat tersenyum gembira seperti ini dan melupakan segala penderitaan yang pernah berlaku di dalam hidupnya.

"Rissa! You are the queen! Our school's precious! Makan-makan harini, biar Mr. Daud yang belanja! Yeay!!!"

Mereka ketawa riuh penuh bahagia. Senyuman sedikitpun tidak lekang dari bibir. Bahkan, tubuh tingginya dengan mudah diangkat dan diperarakan beramai-ramai. Walaupun dia penat, tetapi sungguh dia tidak merasakan kelelahan itu saat kegembiraan lebih menyelubungi diri. Tangannya dilambaikan ke kerusi penonton. Menghargai sesiapa sahaja yang sudi datang melihat dirinya bertanding walaupun dia tahu, tiada ahli keluarga datang bersorak untuknya di kerusi penonton.

Keluar sahaja dari perkarangan stadium sekolah pihak lawan, cepat-cepat kakinya melangkah ke bilik persalinan kerana selepas ini akan ada sesi penyerahan medal kepada para pemenang. Dia tidak sabar untuk naik ke podium. Senyuman lebar tidak putus dari bibir kala membayangkan namanya bakal disebut sebentar sahaja lagi.

"Rissa, kami tunggu kau dekat luar tau! Cepat sikit!" Jerit Edan, teman baiknya sejak di tingkatan dua. Edan tunggu di luar bilik persalinan bersama jurulatih dan teman-teman yang lain. Airissa hanya membuat jari membentuk 'ok' sebelum menghilangkan diri dengan beg pakaiannya.

Tutup sahaja pintu bilik persalinan, tangannya menarik zip beg. Tuala yang berwarna merah jambu dibawa keluar tergesa-gesa. Tanpa sengaja, matanya tertancap ke arah sebiji pisang dan air mineral dari dalam begnya. Dahinya berkerut seribu.

'Eh, bila masa aku letak pisang dengan air mineral dalam ni pulak? Patutlah berat...'

Botol tersebut ditunggingkan ke bawah apabila matanya perasan ada sekeping sticky note berbentuk kepala arnab tertampal di situ. Laju tangannya menarik nota itu.

-Stay hydrated my little bunny-

Satu lagi sticky note yang tertampal pada pisang pula lekas ditarik dan dibaca.

-Banana give you energy just like your smile gives energy to others. Eat now, my dear ha.se-







"THAT banana and mineral water with the creepy notes! It's you?"

"What? Creepy?"

Idris mencerlung tajam ke arah isterinya yang tersengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ups! Silap cakap.

"Hihi! Manalah saya tahu itu Dr.," Bisik Airissa dengan rasa serba-salah. Waktu itu dia menyangkakan ia hanyalah sekadar pemberian daripada peminat yang malu menegur dirinya. Mujur dia makan juga pisang tersebut memandangkan dia sememangnya kelaparan dan memerlukan tenaga selepas berhempas-pulas dalam perlumbaan.

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now