BAB 63 | AIRIS ARDANI

2.3K 95 10
                                    

9 BULAN KEMUDIAN...

TANGISAN bayi lelaki kedengaran nyaring memenuhi segenap ruang. Airissa melepaskan kelelahan setelah berjam-jam bertarung nyawa di dalam labour room itu. Pandangannya kelihatan berbalam. Bunyi tangisan juga semakin lenyap dari pendengaran. Tangan yang mencengkam sisi katil di sebelah kanan perlahan-lahan jatuh terkulai ke bawah. Airissa kaku tidak bergerak lagi.

"Puan? Puan Rissa?! Doktor! Patient tak sedarkan diri!"

"Huh?!"











DI LUAR LABOUR ROOM

"MACAM mana keadaan anak saya Doktor?"

Tidak sempat doktor itu mahu mencabut topeng dan menarik nafasnya, laju sahaja dia diserang oleh sepasang suami isteri itu. Raut wajah Tuan Hared dan isterinya jelas kebimbangan. Di sisi mereka juga ada Asyraf dan Rania yang sedang membawa perut memboyot. Rania laju menenangkan keadaan Dianne yang sudah berpeluh kedinginan gara-gara bimbangkan anak mereka yang bersendirian tanpa sesiapa di sisi.

"Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan. Cumanya..."

Doktor itu terdiam beberapa detik.

"...Cumanya Puan Airissa berada dalam keadaan yang agak lemah sekarang ni. Saya minta seluruh keluarga bersabar. InsyaAllah kami akan usahakan sedaya upaya kami untuk rawat Puan Airissa. Dan... Kalau boleh minta suami Puan Airissa segera datang ke sini. Nampaknya Puan Airissa betul-betul perlukan sokongan daripada suaminya."

Kala ini masing-masing berpandangan sesama mereka. Terkelu lidah apabila mendengar situasi Airissa setelah bertarung nyawa sendirian.

Asyraf akhirnya mencelah.

"Maaf Doktor, suami dia... Dah tak ada."

Wajah doktor tersebut berubah kala mendengar.

"Er. Maaf. Saya tak bermaksud nak menyinggung. Kalau macam tu, er, mungkin ada pihak lain yang boleh tampil ke depan?" Ujar Doktor itu lagi dengan raut muka serba salah.

Rania menyentuh perlahan lengan Asyraf sehingga lelaki itu kelihatan tersentak.

"You pergilah jumpa Rissa. You mungkin boleh bagi sokongan pada dia..." ucap Rania. Asyraf tergamam mendengarnya. Dia mahu menolak tetapi memikirkan keadaan temannya di dalam, Asyraf jadi tidak sampai hati. Tetapi saat pandangannya terjatuh ke arah perut memboyot Rania, Asyraf buntu. Jika dia berbuat demikian pasti hati wanita itu akan terluka walaupun Rania tidak menyebutnya. Asyraf berbolak-balik.

"Asy... Tak apa. Biar mama yang tengokkan Rissa. Kamu tunggu sini dengan Nia. Apa-apa nanti mama panggil kamu berdua."

"Er... Maaf ma."

Dianne terus mengekori doktor tersebut. Tuan Hared pula hanya tersenyum kecil melihat pasangan manis itu. Dia juga pamit ingin ke surau. Terlalu banyak yang ingin diluahkan kepada Tuhan saat ini.

Asyraf dan Rania akhirnya mengambil tempat di ruang menunggu.

"Heish, you ni Asyraf. Tak kesian ke dekat Rissa? Kenapa tak masuk je?" Omel Rania di kerusi sebelah. Asyraf mencebik.

"Memang Asy nak masuk pun. Tapi sekarang Asy bukannya suami dia, Asy suami Rania Anilla. So I'm staying here." Jelas Asyraf sambil menjentik cuping telinga isterinya.

"Ey, sakitlah!"

Asyraf menyandarkan tubuhnya di kerusi. Sebelah lengan kirinya memaut Rania supaya bersandar di bahunya. Rambut blonde wanita itu dimain-main dengan jari. Rania mengeluh perlahan.

"Agaknya, betul ke abang Ris dah pergi tinggalkan kita?"

Jeda. Masing-masing tiada jawapan. Kehilangan Idris Ardani meninggalkan seribu tanda tanya. Entah hidup ataupun sudah mati. Jika masih hidup, kenapa sampai sekarang masih tidak munculkan diri dan jika mati, di mana jasadnya?

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now