"WEH, Rissa! Aku ada mesyuarat persatuan. Aku pergi dulu er? Sorry tau?!"
"Alright... Nanti aku tapaukan kau makanan. Bye, Yaya!"
" Thank you cayang! Bye-bye!"
Yaya membalas lambaian Airissa sebelum tergesa-gesa berlari keluar untuk perjumpaan dengan ahli persatuannya. Airissa tergeleng melihat tingkah kelam-kabut gadis itu. Dia mengemas peralatan melukisnya. Hanya tinggal beberapa pelajar sahaja yang masih sibuk menyiapkan draft lukisan mereka. Izah dan Emma juga awal-awal lagi sudah berkejaran ke kelas yang seterusnya. Tinggal dia sahaja yang tidak punya apa-apa kelas selepas ini.
Sambil mengemas meja, Airissa menjeling pensyarahnya yang serius menyemak draft para pelajar sehingga jelas kelihatan urat-urat yang menimbul di dahi. Bibirnya terjuih. Cepat-cepat dia menyangkut tote bag di bahu dan terus keluar tanpa berpaling lagi. Ups! Jangan cakap dia biadap kerana tiada ucapan terima kasih sebelum beredar. Tetapi awal-awal lagi mereka semua sudahpun ucap hormat kepada lelaki itu. Itupun Idris hanya membalas, "Hm..." sahaja. Entah apa yang disibukkan sangat, Airissa pun tidak tahu.
Dari belakang, Asyraf menyaingi langkahnya.
"Nak pergi mana?"
"Duduk dekat meja batu je. Tak nak balik lagi..." Jawab Airissa, pendek. Mereka melangkah beriringan menuju ke taman mini yang terletak di dalam kawasan universiti. Di taman itu tersedia beberapa buah meja batu yang boleh dijadikan tempat siswa-siswi bersantai membuat assignment atau sekadar merehatkan minda melihat pelbagai jenis bunga-bungaan yang mekar dan berwarna-warni. Taman itu juga merupakan favourite spot yang paling disukai Airissa berbanding melepak di dalam library yang sejuk mengalahkan kutub utara.
Airissa meletakkan tote bagnya di atas meja sebelum melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan dengan Asyraf.
"Awak pun free juga ya lepas ni? Ke ada game?" Airissa teringat yang dia pernah melihat Asyraf beraksi di padang sebagai pemain ragbi. Kadang-kadang sempat juga dia singgah melihat lelaki itu bermain dari kejauhan. Setakat tengok-tengok macam itu ajelah. Tak rajin pula dia sengaja mahu berjemur di tengah-tengah panas. Ada baiknya dia pulang dan membongkang tidur di katil empuknya. Heheh!
"Game tak ada, tapi saya tetap tak free. Kejap lagi nak ambil adik dekat sekolah dia..."
"Wah, awak ada adik?! Bestnya Asyraf!" Airissa teruja mendengar. Dia juga teringin hendak mempunyai seorang adik. Tapi apakan daya, di dunia ini dia hanya sendirian. Airissa cuma mampu tersenyum nipis.
"Adik angkat sayalah. Adik kandung pun ada juga. Tapi dia sambung belajar dekat tempat lain." Cerita Asyraf serba ringkas.
"Adik angkat saya tu dia sekolah dekat MRSM. Weekend ni birthday dia. Jadi parent dia minta tolong saya jemput anak dorang. So yeah... Hari ini saya tak dapat nak temankan Rissa..."
"Eh, tapi sekarang...? Dah pukul 11.30... Awak tak pergi lagi?" Ujar Airissa. Jam di tangan kirinya dikerling sekilas.
"Pukul 12, saya pergi. Saya nak berbual dengan awak dulu... Nanti tak adalah rindu sangat..."
"Hm? Awak cakap apa?"
"Tak.. tak ada apalah," Asyraf tersengih melihat wajah yang terkebil-kebil itu. Sengaja dia merendahkan suaranya tatkala tiba di hujung ayat. Telinga Asyraf memerah.
Airissa berkerut sebelum dia juga tergelak kecil.
"Hm, adik angkat awak mesti perempuankan?"
"Ha ah. She's cute. Just like you..." Selamba Asyraf memuji Airissa sehingga merah padam pipi gadis itu. Tergeleng Airissa mendengar usikan nakal Asyraf.
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romance(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...