AIRISSA meraba-raba tubuh suaminya di sebelah, tetapi kosong. Seperti biasa, apabila jarum jam tepat menunjukkan angka tiga, lelaki itu sudah tiada di tempat tidurnya kerana Idris rajin bangun menghidupkan sepertiga malamnya dengan melakukan solat-solat sunat. Cuma dia sahaja yang liat benar untuk mengikut jejak langkah suaminya itu.
Kedua-dua belah tangan ditongkatkan ke belakang sambil bebola mata liar mencari kelibat Idris Ardani. Dahinya berkerut tatkala tersedar suaminya tiada di sekeliling. Pantas Airissa turun dari katil dan menuju keluar meninggalkan bilik tidur mereka.
"Dr...?" Panggilnya perlahan bersama tangan yang menggaru kepala, hairan. Mana pula si mamat rimau ini? Pagi-pagi buta dah hilang. Takkan melukis lagi?
Lantas, dia menjengukkan diri ke studio, tempat Idris selalu bersengkang mata menghasilkan karya-karyanya. Tetapi kelibat lelaki itu tetap tiada dan Airissa akhirnya berjalan menuju ke balkoni luas di tingkat yang sama apabila tubuhnya terkesan dengan kedinginan angin malam yang berhembus dari luar. Tepat jangkaannya. Idris kelihatan sedang menyandarkan hadapan tubuhnya di tembok balkoni sambil menghisap sebatang rokok yang masih berasap di bibir. Laju kakinya bergerak untuk mendekati Idris yang masih tidak sedar akan kehadirannya itu.
"Dr..."
Idris tersentak. Lantas lelaki itu menoleh ke sisi.
"Apa Dr. buat dekat sini?" Soal Airissa walaupun terang-terang dia melihat lelaki itu sedang merokok. Tabiat buruk Idris yang Airissa perasan sejak dia masih kecil lagi.
Idris membuang puntung rokoknya yang tinggal suku, kemudian dia ambil sebatang lagi dari kotak rokok di dalam poket sweater berzipnya. Pemetik api Zippo kesayangan dinyalakan sebelum dia kembali menghirup bau tar, karbon monoksida dan segalam macam bahan kimia yang terkandung di dalam benda silinder itu. Berbanding vape, Idris lebih gemar akan rokok kerana dia sukakan bau tembakau itu sendiri dan baginya lelaki yang menghisap rokok juga tampak lebih maskulin dan jantan serta mempunyai jiwa yang klasik. Itu pandangan peribadi Idris, tetapi tidak bagi Airissa yang hanya melihat golongan perokok tegar ini tidak ubah seperti pejuang. Ya. Pejuang yang tewas di tengah jalan!
Dalam diam, otaknya sedaya upaya cuba untuk dikerah demi memastikan suaminya itu tidak tergolong sekali dalam golongan tersebut.
"Kau terjaga? Sorry aku tak teman kau tidur malam ni. Kesian baby aku..." ujar Idris lembut. Saat dia melihat Airissa yang seakan kedinginan, laju dia membuka sweaternya lalu diselimutkan ke belakang tubuh gadis itu. Sisi tubuh isterinya dibawa melekap ke sampingnya supaya dapat berkongsi haba yang sama.
Airissa pula dengan manjanya melentokkan kepala di bahu Idris.
"Uhuk! Uhuk!" terbatuk dia beberapa kali saat terhidu bau asap yang dihembus. Idris pantas menjarakkan kembali tubuh mereka tetapi Airissa tidak membenarkan. Sengaja dia memeluk lebih erat pinggang Idris.
"Kau batuk ni sayang..."
"Buanglah rokok tu."
"Tapi aku baru je guna..."
Tak apalah kalau lebih sayangkan rokok dari isteri sendiri. Dengan isteri sanggup duduk jauh-jauh, dengan rokok siap cium-cium lagi buntut dia. Hm..." rajuk Airissa bersama bibir yang mengalahkan muncung itik. Kakinya menapak selangkah menjauhi Idris.
"Laling..."
Airissa tidak mempedulikan seruan lelaki itu. Nampak sangat Idris berat hati mahu melepaskan rokok di tangan berbanding menjaga hatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, tubuhnya terasa dipeluk dari belakang. Idris sudahpun mematikan rokoknya di dalam sebuah bekas abu.
"Mestilah aku sayang kau lebih. See... aku tak cium dah buntut rokok tu. Best lagi cium kau yang wangi ni..." pujuk Idris sambil bibirnya juga turut bekerja mencium-cium bahu kanan isterinya.
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Storie d'amore(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...