AIRISSA kembali ke dewan kuliah bersama Asyraf dengan muka seperti lepat pisang basi. Dia menghulurkan bungkusan makanan kepada Emma sebelum mengambil tempat di meja belakang gadis itu. Dewan kuliah kelihatan semakin padat dipenuhi oleh para pelajar.
"Ui, Rissa. Kenapa monyok? Gaduh dengan abang Asy ke?"
Airissa menggeleng. Kad matriknya kembali diletakkan semula di atas meja.
"Ada kereta hampir-hampir nak terlanggar aku tadi. Dalam kawasan uni pun still ada hati nak bawa laju-laju. Gila punya mambang!" Omel Airissa, geram.
"Seriously?! Kau kenal tak mambang tu? Meh sini tunjuk dekat aku. Senang sikit aku nak ganyang..."
"Aku tak nampak muka dia. Gelap sangat tadi. Tapi jangan risau. Aku dah buat something sebagai balasan untuk mambang sombong tu! Confirm mambang tu menyesal lepas ni." Airissa tersenyum puas. Hehe! Ini Rissa lah. Buat baik dibalas baik, buat sombong dengan Airissa, calar BMW milik mambang itu dikerjakannya.
"Kau buat apa weh?"
"Rahsia."
Emma mencebik. Roti yang dibeli oleh Airissa dikunyahnya perlahan.
"Pensyarah baru tu tak masuk lagi ke Ma?"
"Belum. Tapi tadi ada student dah prepare pasangkan slide segala bagai. Lagi lima belas minit je lagi weh, Rissa! Tak sabarnya aku!"
Airissa mengerling jam di tangan kirinya. 8.45 pagi. Dia sendiri pun tidak sabar mahu melihat pensyarah yang bakal menggantikan Sir Amri. Harap-harap semester kali ini berjalan dengan lancar.
"Emma. Aku nak pergi toilet. Jom teman..."
" Jom. Aku nak basuh tangan."
Kedua-dua mereka beriringan keluar menggunakan pintu belakang. Tanpa mereka sedari. Satu sosok tubuh bersuit hitam melangkah masuk dari muka pintu hadapan dewan.
"Good morning everyone. We gonna start our lecture session at 9. Make sure you guys are ready right now."
EMMA menolak pintu belakang dewan. Terbongkok-bongkok mereka menyelinap masuk ke tempat masing-masing. Di dalam hati, macam-macam doa telah dibaca. Ini semua gara-gara Emma yang buat hal sakit perut tiba-tiba. Padahal tujuan asal mereka hanya untuk membasuh tangan sahaja.
"I am Dr. Idris Ardani bin Luth Izran and you guys can call me Dr. Idris."
Bam!
"Rissa!"
Satu dewan tertumpu ke arahnya yang jatuh terduduk di tengah laluan. Seluruh tubuh bagaikan membeku saat mendengar sebaris nama itu menyapa gegendang telinganya.
'I-Idris? Tak mungkin.'
Kepalanya tergeleng-geleng. Sebaris nama itu sudah lama lenyap dari kamus hidupnya. Pasti mereka orang yang berbeza.
"Hey miss? Are you going to sit on the floor for 2 hours and 30 minutes during my lecture? Huh?"
Hati Airissa berdentum-dentam. Suara maskulin itu kedengaran semakin jelas di telinganya. Perlahan-lahan kepala didongak memandang ke hadapan. Lelaki itu berdiri tegak sambil sebelah tangan diselukkan ke dalam kocek seluar slack. Mata mereka bertentangan lama. Tatkala tersedar, pantas Airissa melarikan pandangannya ke arah lain. Tergesa-gesa duduk di tempatnya semula dengan wajah yang tidak berani diangkat.
"Rissa... Kau okay tak ni? Kenapa tiba-tiba jatuh? Bukan kau dah duduk ke tadi? Kenapa hah?" Bisik Yaya disebelahnya. Airissa tidak menjawab. Sesekali dia mengerling ke hadapan memerhatikan sosok tinggi lampai yang kelihatan selamba berucap di hadapan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
YOU ARE READING
AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓
Romance(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air mata digantikan cairan merah. Minda bagaikan terbejat, tiada secebis memori yang tertinggal sebagai k...