BAB 49 | AIRIS ARDANI

1.8K 109 8
                                    

SETIN, dua tin diteguk tanpa rasa bersalah walaupun di sekelilingnya ramai yang sedang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Kedua belah kaki dibiarkan tergantung di luar jambatan kecil yang di bawahnya terdapat sebatang sungai mengalir tenang. Tangan kanan memegang tin berisi bir dan sebelah tangan lagi memeluk tiang jambatan kayu yang tersusun bersilang-silang.

"Perempuan tu gila ke ma?"

Rania dengar akan umpatan anak-anak kecil di belakangnya tetapi langsung tidak dihiraukan. Malah dirinya juga dijauhi oleh orang ramai yang melakukan pelbagai aktiviti di kawasan rekreasi itu.

Hoodie diangkat naik menutupi kepalanya. Dia tidak peduli dengan pandangan hina yang dilemparkan. Selamba sahaja dia meneguk minumannya yang dibeli dari kedai 7e berhampiran.

Masuk tin yang ketiga, tiba-tiba hujung kepala hoodienya tertarik ke atas sehingga lehernya terjerut. Air bersemburan dari bibir. Dia terbatuk keras.

"Bangun. Tak malu ke orang tengok kau macam ni?"

Asyraf.

Laju dia menepis tangan lelaki itu yang sedang memegang hujung kepala hoodienya dari atas. Namun, Asyraf pula dengan selambanya mengetatkan pegangan sehingga lehernya semakin tercekik. Nak tak nak, Rania terpaksa juga bangun berdiri. Dia menghadap ke arah Asyraf dengan wajah yang pucat dan mata merah menyala. Lelaki itu serta-merta melepaskan genggamannya.

"You nak apa? Boleh tak you buat hal you sendiri? Tak payahlah nak sibuk-sibuk hal orang..." marah Rania. Dia tunduk mengambil plastik berisi bir yang masih belum dibuka. Kakinya dihayun untuk melangkah pergi tanpa mempedulikan Asyraf yang tercegat melihat setiap gerak-geri perlakuannya.

"Eh, nak kemana?"

"Jangan sibuklah! Ergh!" Tak sempat dia menyambung langkah, sekali lagi tudung kepala hoodienya ditarik ke belakang.

"Sampah kau, siapa nak kutip? Kau ingat ada binatang krok-krok nak tolong makan sampah kau ni? Binatang tu pun tahu halal haram ke tak teguk bir."

Berdesing telinganya mendengar sindiran pedas lelaki itu. Rania mengertap bibir. Dia cuba melepaskan diri daripada Asyraf tetapi sayang, Asyraf bertindak menekan bahagian belakang kepala lututnya sehingga dia automatik terduduk kembali di tepi jambatan itu. Tak guna Asyraf!

"Kutip Dr. Rania." Tekan Asyraf, memaksa. Sengaja dia menyebut anugerah gelaran pada pangkal nama wanita itu biar sedar diri sedikit. Belajar tinggi-tinggi sampai PHD pun tak guna kalau etika dan adab duduk letaknya di kaki.

Dalam keterpaksaan, tin-tin kemeknya yang bersepah kembali dikutip.

"Dah. Puas hati?"

"Hm, tu tong sampah. Pergi buang."

Rania menarik muka. Dia melangkah juga walaupun terhuyung-hayang seperti orang tidak siuman. Geleng kepala Asyraf dengan sikap wanita di hadapannya ini. Sekali lagi dia menarik hoodie gadis itu apabila Rania hampir berlanggar bahu dengan orang di sekeliling.

"Ey, lepaslah!" Tepis Rania. Sampah di tangan lekas dibuang ke dalam tong sampah. Dia ingin cepat-cepat pergi dari situ. Rimas apabila Asyraf tidak habis-habis mengekori dirinya.

"Jangan tarik hoodie I!"

"Dah kau pun jalan tak betul..."

"Kot ya pun, tak payahlah tarik-tarik macam ni! Ingat I anak anjing ke?"

"Oh, anak anjing er? Bukan mommy anjing-"

Buk!

Pecah bibirnya apabila gadis itu menghayun plastik yang berisi tin bir tepat ke muka. Tanpa rasa bersalah, Rania bahkan terus menyambung langkah dengan laju. Asyraf terlopong. Terbang sekejap rohnya dari jasad.

AIRIS ARDANI (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now