🐺 1 🐺

13.8K 323 4
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •

Kring!!

Terik panas mentari saat loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat pada tengah hari itu.

" Macam biasa. Kerja sekolah siapkan dan hantar esok tapi sebelum tu saya nak check dulu," Suara Cikgu Emy kuat memberi pesanan kerana tenggelam akibat suara hiruk pikuk pelajar dalam kelas.

" Terima kasih, cikgu."

Semua berangkat untuk pulang ke rumah. Berpusu-pusu ratusan pelajar yang keluar daripada kelas serentak.

Langkah Qaseh terhenti apabila dicegah. " Qaseh, boleh jumpa saya sekejap lagi di bilik guru?"

Qaseh mengangkat kepalanya memandang guru kelasnya. Perlahan dia mengangguk. Sudah tahu apa yang mahu dibicarakan.

" Oi, kenapa kau kena panggil? Tak bayar yuran lagi eh? Macam mana nak SPM tahun ni?" Ardelina; kawan yang selalu berada bersamanya sewaktu pertama kali sesi persekolahan bermula dahulu memang mulut tak makan saman.

Namun Qaseh tak kisah. Janji ada orang nak berkawan dengan anak orang miskin sepertinya.

Dalam sekolah menengah berprestasi tinggi ini memang kebanyakan pelajar di sini daripada orang golongan yang kaya raya dan berduit.

" Ye lah kot. Kalau macamtu kau balik lah dulu. Aku pergi jumpa cikgu jap," Nada digunakan lembut sahaja apabila bersuara.

" Ha ok." Ardelina pantas berjalan keluar daripada kelas.

Senyuman nipis Qaseh mati apabila teringat akan masalah kewangan yang dihadapi. Dengan perangai ayahnya begitu memang harapkan dia sahaja lah untuk menyara hidup sendiri.

" Assalamualaikum, cikgu. Ada apa ya nak jumpa saya?"

" Waalaikumussalam. Mestilah tentang yuran sekolah." Cikgu Emy mula memfokus ke arahnya.

" Cikgu Emy, saya... saya betul-betul minta maaf, cikgu. Tentang tu-..."

" Dah masuk bulan 7 sekarang ni. Takkan yuran yang beratus tu pun awak tak mampu bayar? Yuran kertas ujian awak pun tak bayar lagi. Saya nak jawab apa pada pengetua nanti? Kalau boleh saya nak tahu, ayah awak kerja apa?"

" Erm... banyak kerja mengupah dia buat. Kalau ada rezeki dia akan dipanggil. Kalau tak, tak adalah, cikgu. Kewangan ayah pun tak berapa nak stabil sangat sekarang. Banyak benda yang tertunggak. Saya harap cikgu faham. Saya minta maaf sangat-sangat," Tipu Qaseh sambil membongkokkan badan. Tangannya mencengkam tangan yang sebelah lagi. Menipu cikgu adalah satu kesalahan yang berat baginya.

" Bukan ke awak ada apply bantuan anak yatim dan sara hidup daripada kerajaan? Mana duit tu pergi?"

" Itu..." Dia menggigit bibir. Masakan dia perlu cakap yang ayahnya dah guna duit tu untuk beli arak dan dadah pula? Tak ke nanti bila pihak berkuasa tahu memang dia akan dikerjakan teruk oleh ayahnya.

" Awak dipilih untuk belajar di sekolah ni bukan saja-saja tau. Awak ni pelajar cemerlang. Seorang pengawas yang berkaliber dan merupakan pelajar contoh. Berat hati pihak sekolah nak buang awak macamtu sahaja. Tapi itu bukan bermakna awak boleh memandang enteng tentang ni,"

Qaseh tidak dapat membalas. Dia hanya menunduk menekur lantai sambil berdoa agar soal siasat ini habis dan dia boleh pulang segera untuk pergi ke tempat kerjanya selepas ini.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now