🐺 20 🐺

7.9K 186 0
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •

Ketukan kuku di meja kedengaran memecahkan suasana bilik Qaseh. Sudah sejam dia tunggu!

Ya Allah!

Baru nak ingat tuhan si Izz Haider ni menunggu dengan penuh kebosanan. Qaseh masih lagi terkial-kial untuk memilih tema yang sesuai bagi meraikan hari jadinya.

" Lamanya. Orang suruh pilih je bukan suruh hias sekali," Perli Izz Haider. Lengannya segera direhatkan di atas meja belajar Qaseh.

" Saya tengah pilih yang paling murah tapi semuanya mahal. Paling kurang pun RM15,000. Gila ke?"

" Pakej ni termasuk dengan buffet sekali. Jimat lah tu,"

" Saya dapat raikan secara kecil-kecilan pun dah ok. Jemputan ramai-ramai buat apa? Saya mana ramai kenalan. Cakap lah dengan tuan saya tolak."

Izz Haider menggeleng. Dah bagi sambut hari jadi dengan penuh meriah pun dia tak mahu. Apa sebenarnya yang dia nak?

" Cuba cakap dengan aku kau nak apa sebenarnya?"

" Kalau nak raikan hari jadi saya yang tak bermakna ni, kita raihkan antara kita je lah. Itu pun dah buatkan hati saya gembira,"

" Kenapa? Bagi kau Jason pun dah cukup sebab kau suka dia kan?" Usik Izz Haider dengan sengihan.

Qaseh kaget. " Mana ada! Dia ni memandai je!" Dia cuba untuk mengawal gugupnya di hadapan lelaki ini.

" Tak payah berdalih lagi. Perempuan ni senang sangat jatuh hati dengan seseorang walaupun dia tu jahat,"

" Tak baik lah panggil dia jahat. Dia tu..." Qaseh menggaru leher. " Mungkin jahat sikit tapi dia tu mangsa keadaan,"

" Mangsa keadaan yang macam mana?" Izz Haider bangun lalu berjalan menyusuri ruang tidur Qaseh.

" Traumatised. Disebabkan benda yang dia tak bersalah,"

" Dia akan ok tapi adalah caranya,"

" Apa caranya?"

Izz Haider menarik cermin muka di hadapannya lalu dihalakan ke arah Qaseh.

" You are the answer he's looking for,"

Qaseh terbungkam sebentar. Dia menunduk dengan pandangan serba salah. " Encik Izz dah salah tafsir ni. Apa je saya boleh buat?"

" But you do like him, don't you?"

" Ish tak habis-habis nak tanya saya soalan macamtu. Mana ada lah!"

" Kau tak pernah bercinta kan? Mestilah kau rasa macam dalam awang-awangan sebab itulah pertama kali kau dilayan seperti seseorang yang dikasihi," Balas Izz Haider tak nak kalah.

Qaseh beriak bosan. Tangannya memeluk tubuh. " Jadi encik Izz ni hebat sangat lah nak mentafsir orang melalui cara dan kelakukan dia? Kalau ya kenapa encik Izz masih single?" Qaseh menjeling mata ke atas.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now