Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
Langkahnya tak keruan. Ke sana dan ke sini dengan hati yang berdebar. Baru sahaja tadi dia dapat arahan daripada Jason melalui Tony; penjaga peribadinya sepanjang dia di sini untuk menjadi mata kepada Jason.
" Apa yang dia nak daripada saya?"
" Saya tak tahu. Saya hanya ikut arahan daripada dia." Jawab Tony dengan nada mendatar. Riak wajahnya kosong seperti tiada perasaan.
'Berlagaknya muka dia!'
Qaseh mampu bercakap dalam hati. Dia hanya mengangguk akur lalu berjalan keluar daripada bilik seusai gari di kaki dibuka.
Langkahnya serta merta mati apabila mata sudah ternampak bayang Jason yang elok bersantai di kerusi malas ruang rehat dengan sebotol wain dan segelas cawan kaca.
Mata mereka bertembung seraya Qaseh melajukan langkah. Takut jika terkena makian Jason.
" Ke-kenapa encik panggil saya?"
" Aku dah tak boleh panggil kau ke?"
" B-bukan macamtu..." Qaseh termati kata lalu menunduk ketakutan. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi. Melihat wajah masam Jason dia tahu ada benda yang mahu lelaki itu bicarakan sesuatu.
Jason menunjukkan ke satu arah. Qaseh pantas menoleh. " Kau pergi ambil minyak urut dalam laci tu. Kau urut kaki aku,"
Tanpa berlengah, Qaseh pantas mengambil. Minyak itu senang dijumpai kerana ia berada di satu sudut yang senang dilihat. Qaseh kembali lalu duduk di sebelah kaki Jason yang sudah diampuh pada bangku lembut kecil.
" Kau sakitkan aku, aku terajang muka kau. Faham?"
" Faham, encik,"
Tangan itu pantas menarik telinga Qaseh. Qaseh terjerit kesakitan.
" Mulai saat ni panggil aku tuan Jason. Bukan encik. Kau fikir ni kedai kopi ke ha?!"
" B-baik, tuan!"
Terus dilepaskan telinga Qaseh yang sudah kemerahan. Dia pantas menggosok mengurangkan kesakitan yang terasa. Tarikannya tak main-main. Memang seperti mahu tercabut telinga dibuatnya.
Tangannya mulai melipat seluar panjang Jason sehingga ke lutut. Dia menelan air liur. Kaki lelaki itu yang putih bersih kelihatan dicacatkan oleh beberapa bekas parut lebam dan jahitan.
" Apa yang kau belek lagi tu??" Alamak! Kantoi dia sentuh parut di kaku itu, cepat-cepat dia menyapu minyak di kaki Jason.
Jason mengeluh kesedapan. Urutan Qaseh seperti seseorang yang ada pengalaman dalam bidang mengurut dengan tangan halusnya.
Wain di gelas kaca antik diteguk hanya dengan sekali tegukan.
" Apa lagi kau boleh buat dalam hidup ni?" Soal Jason setelah beberapa ketika dilanda kesunyian.
" M-maksud tuan?"
" Bodoh ke apa tak faham soalan? Elok lah tak pergi sekolah. Buat habis duit je kalau soalan macam gitu pun tak boleh nak jawab," Herdik Jason; membuatkan Qaseh menggigit bibir bawah.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romansa𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...