🐺 11 🐺

7.2K 219 1
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •



                Qaseh pulang dengan menggunakan kerusi roda. Keadaannya masih belum pulih sepenuhnya namun dia tetap berkeras kerana dia mahu menyambung pembelajaran yang sudah tergendala selama 4 hari. Kalau tak habis rugi bayaran yuran yang telah dibayar Jason.

Mr. Henderson sudah menunggu kepulangannya di ruang tamu.

" Oh my god. What happened to you?" Kesan luka yang masih tersisa itu dipandang dengan kerisauan. Dalam hati terlintas satu nama yang menjadi punca Qaseh menjadi begini.

" Kemalangan sikit. Saya ok je, Mr. Henderson. Jom belajar. Saya tak sabar ni," Qaseh dengan senyuman riang menolak kerusi roda sehingga ke arah lif.

Jason yang baru masuk ke dalam rumah dipandang. Serentak mata mereka berpaut sebelum Jason mengalihkan pandangan tajamnya yang kosong dan dingin. Langkahnya berselisih dengan lelaki berpakaian smart casual dan dibawa ke tingkat atas tanpa menegur Mr. Henderson.

Ada benda tak kena. Itu yang pasti tapi dia tak mampu nak berkata apa. Pengaruh Jason terlalu kuat untuk dia melawan. Dia hanya mampu berdoa agar Qaseh selamat.

" Is everything okay?" Mr. Henderson melabuhkan punggung di kerusi hadapan bertentangan dengan Qaseh.

Qaseh mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Senyuman yang masih terpahat diwajah sedikit melegakan hati Mr. Henderson.

" So should we continue our session?"

" Yes, Mr. Henderson. Dah banyak sangat saya terlepas ni,"

Ada lagi dua bulan untuk dia menelaah mata pelajaran semua. Dia mahu buat yang terbaik. Sekurang-kurangnya tak ada lah rugi sangat duit Jason yang telah dihabiskan untuk dirinya seorang.

" Baik. Harini kita akan belajar mengenai taburan kebarangkalian,"

Qaseh sudah membuat muka masam. Subjek yang paling dia lemah dalam matematik tambahan ini. Sudah lah bilangan markah untuk topik ini banyak. Dah berapa kali dia ulangkaji tapi tetap tak membuahkan hasil.

" Jangan risau. Saya akan tolong Qaseh skor dalam topik ni. Mula-mula nampak je susah. Bila dah belajar dengan saya mesti awak boleh," Sokong Mr. Henderson.

Qaseh mula membuka buku notanya. Satu per satu diterangkan Mr. Henderson dan cara menjawab dengan betul mengikut perspektif yang soalan mahu.

Qaseh mengangguk laju apabila dia seperti mampu menangkap segala ajaran Mr. Henderson.

" Cuba Qaseh jawab soalan ni. Kalau betul saya belanja awak coklat,"

" Serius?" Qaseh tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik.

" I'm a man who keeps his words,"

Dengan pantas Qaseh menulis jawapan di kertas kajang. Mr. Henderson hanya memerhatikan gadis yang masih fokus dengan kerjanya. Dalam ramai-ramai pelajar dia dah mengajar hanya Qaseh seorang yang dapat menarik perhatiannya.

Cara Qaseh berkomunikasi dengannya menambat hatinya. Perilaku yang sopan itu membuatkan dia berasa selesa.

" Siap! Cuba Mr. Henderson check," Kertas kajang itu ditolak mendekati lelaki tersebut.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now