Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
Sudah tiba masa untuk memberikan Qaila kepada pakcik Zainab dan makcik Fatiha untuk menjaga.
Dengan berat hati, Qaseh mencium dahi anak perempuannya dengan syahdu dan sebak.
" Nanti dah duduk dengan atuk dan nenek, awak jangan nakal-nakal tau. Anak mummy kena baik. Satu hari nanti bila mummy dah bersedia, mummy ambil awak balik. Ok sayang?" pesan Qaseh dengan lelehan air mata.
Jason hanya memandang ke arah laman belakang menerusi dinding kaca. Wajahnya mendatar dan tidak menunjukkan sebarang emosi.
" Qaseh, kalau kamu tak bersedia lagi kami faham. Kalau ikutkan hati kami pun kami tak sanggup nak ambil dia daripada ibu dan ayahnya," ujar pakcik Zainab sambil menoleh ke arah isterinya sekilas.
" Tak apa, pakcik. Qaila perlukan orang yang betul-betul boleh jaga dia. Kami masih mentah dalam hal ni jadi kesian pada Qaila kalau terjadi apa-apa. Lagipun ada sesuatu yang berlaku menyebabkan keselamatan Qaila terjejas,"
Minggu lepas sewaktu Qaseh dan Qaila sedang bersantai di halaman belakang tiba-tiba sebuah jip menceroboh masuk ke kawasan rumah. Dinaiki oleh sekumpulan pengganas yang bertutup litup bersama senjata di tangan.
Nasib baik Zeus dan beberapa kawanan yang telah ditempatkan di bahagian rumah ini tanpa pengetahuan Qaseh ada pada waktu ketika itu terus menyerang mereka seperti sudah dilatih dengan pelatih yang bertauliah.
Balik-balik dari kerja, Jason bagaikan diserang serangan jantung melihat beberapa anak buah yang menjaga kawasan mati bergelimpangan akibat dibunuh.
" Jason,"
Jason hanya mengerling dari ekor matanya. Qaseh mendekati sebelum dia mengeluh.
" Awak tak nak ucapkan selamat tinggal ke pada Qaila?"
......
Hairan melihat Jason yang hanya membatu. Dia cuba mendekati namun Jason tiba-tiba membawa langkah naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan tetamu yang hadir.
" Err..." Qaseh termati kata. Pakcik dan makcik hanya tersenyum tenang.
" Kami faham. Bukan mudah untuk Jason mahu lepaskan Qaila pergi. Ayah mana yang tak sayangkan anak dia. Lebih-lebih anaknya perempuan,"
Qaseh lemah mengukirkan senyuman hambar. Jason lah orang yang paling gembira jika Qaila pergi sebab ini yang dia mahukan.
Huh!
Jason mengeluh kasar. Matanya masih melekat di skrin telefon memaparkan nama Izz Haider.
Nak sakitkan hati orang lagi lah tu! Macam tahu-tahu je dia tengah runsing sekarang ni.
Bunyi deringan yang bising tadi akhirnya terdiam sudah. Jason menarik nafas lega. Entah kenapa dia rasa dia mahu bersendirian dan mengelak daripada semua orang harini. Dan tak tahu kenapa dia buat perangai begitu tadi di hadapan tetamu.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romansa𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...