🐺 22 🐺

6.8K 217 4
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •



                    Lagi satu jam majlis akan sampai ke penghujung. Disebabkan Jason yang degil tidak mahu berlamaan di bilik dia memutuskan untuk turun ke bawah.

" Kau betul ok ke tak ni?"

" Ok je lah. Nampak macam nak mati dah ke?" Jason membalut luka yang masih terbuka.

" Teruk sangat tu. Pergi cuci luka dulu kat hospital," Terang-terang luka itu berpunca daripada belahan benda tajam. Jason seperti berlawan dengan pedang samurainya bersama seseorang.

" Tak nak. Apa kata tetamu kalau mereka tak nampak kelibat aku?"

" Siapa yang buat kau macamni?" Soal Izz Haider. Risau dia tiba-tiba Jason diserang sewaktu perjalanan ke sini.

" He's coming again. To get revenge," Langkah dituju ke balkoni.

" Fuck," Carut Izz Haider. " Macam mana sekarang ni?"

" Aku nak tunggu jawapan Qaseh dulu," Dia merenung ke tingkat bawah dari balkoni bilik hotel.

" Kau pasti ke benda yang kau buat ni? Kalau ikutkan hatinya mesti dia nak pergi bebas di luar sana. Tak pasal-pasal kau yang melepas," Bebel Izz Haider; sakit hati dengan keputusan Jason itu.

Jason masih memerhatikan suasana di bawah. Beberapa tetamu sudahpun balik. Dan ada yang masih menunggu untuk berjumpa dengannya. Hatinya teguh berkata Qaseh tak boleh hidup tanpanya.

" I'm sure. She will choose me over anything in this world,"









Qaseh dijejaki. Gadis itu sedang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Raut wajah itu walaupun telah hilang solekan tetap nampak anggun jelita.

" Dato'! Finally, tunjuk juga muka awak di sini," Tegur salah seorang ahli perniagaan yang pernah berurusan. Ada di antara mereka berkenalan sewaktu bersama di majlis keramaian.

" Yeah, sorry about that. Ada hal kecemasan tadi," Qaseh dipandang dengan senyuman lebar. Tangan itu pantas ditarik mendekatinya seraya pinggang itu didakap erat.

Qaseh kehairanan. Adakah lelaki tua ini baru sahaja menggelar Jason Dato'?

" Amboi. Macam nak lari pula kek muffin coklat moist kesayangan dia tu sampai erat betul dia pegang," Usik Datin Linda melihat pasangan secocok di hadapannya.

" Mestilah, Datin. Sayang sangat-sangat ni. Even if she hides, I can smell her 'sweetness of chocolate moist' from distance. Right, muffin?" Jason mengucup ubun milik Qaseh.

" Malu lah, Jason," Bisik Qaseh sehingga menyembunyikan wajahnya dicelah lelaki itu. Tergelak mereka yang berada di situ melihat kemanjaan Qaseh.

" She's beautiful. Ini mesti rekaan Dato' kan?" Ternyata cantik gaun labuh yang dipakai Qaseh ini. Kalau dia dapat merasai rekaan Jason pasti ramai yang memukau.

" Absolutely. Hanya yang selayaknya boleh memakainya," Balas Jason tenang.

" You have so many designs in your office. Why not you publish to the world about them, Jason?" Cadang seseorang di sebalik keramaian yang berkerumun.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now