🐺 33 🐺

5.2K 163 11
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •

" Mulai daripada sekarang, ini tempat tidur kau. Aku tak boleh lah tengok muka kau. Rasa macam nak tumbuk kau tahu tak?" Dia melemparkan beg-beg Qaseh ke dalam bilik bawah berdekatan dengan dapur.

" Kau tu hamba. Memang selayaknya kau duduk di sini," Ujar Jason lagi; sekali lagi menyakitkan hati Qaseh.

" Jason-..."

Pang!

Qaseh melekapkan tangan ke pipi dengan perasaan terkilan.

" Kau siapa nak panggil aku dengan nama? Mana hormat kau macam sebelum ni?"

Qaseh mengetap bibir. Seakan berdarah jantungnya mengalir keluar menyesakkan dada. " T-tuan... Saya tak kisah di mana saya akan tidur sekalipun. Tapi ini bukan ke bilik Emily? Dia di mana?"

Emily seorang pembantu rumah yang diupah sebelum ni. Jadi dia hairan kenapa rumah ni kelihatan kosong tanpa mereka kecuali pengawal berpakaian sut hitam yang menjaga setiap bahagian rumah ini.

" Bagus juga kau tanya soalan ni. Mulai daripada sekarang juga segala kerja dalam rumah ni kau seorang sahaja yang akan lakukan memandangkan aku dah pecat semua pembantu rumah. Kau tu kan hamba? Mana mungkin hamba boleh duduk senang lenang dalam rumah mewah ni, Qaseh," Balas Jason dengan nada selamba. Riak tidak bersalah dipamerkan malah diejek dengan senyuman sinis.

Qaseh tergamam mendengar. Macam ni ke cara penyeksaan Jason untuknya? Walaupun dirinya tak kisah untuk lakukan kerja rumah kerana sudah biasa dengan perkara itu namun ada sesuatu yang dia merasa tidak sedap hati. Seperti Jason ada merancang benda buruk untuk membuatkan dia menyesal.

" Sekarang dah pukul 9 pagi. Aku lapar. Masakkan aku sarapan. Kalau aku tahu kau cuba untuk buat benda bukan-bukan di belakang aku, kau dan anak kau ni akan dapat sakit. Ingat tu," Dia berlalu pergi meninggalkan Qaseh termangu di hadapan pintu.

Izz Haider sudah tinggalkan rumah ini subuh tadi jadi tiada sesiapa yang akan mempertahankannya lagi selepas ni.

Bertahanlah Qaseh. Kau yakin kau ada Allah.







              Izz Haider menunggu di lapangan terbang dengan sabar. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Kenapa dia tak mampu nak melawan Jason sedangkan Jason hanyalah kawan baiknya? Lelaki itu sudah melakukan perkara yang salah namun dia tetap butakan mata membiarkan kawannya itu dihayut dengan perasaan negatif.

" Aku takkan pergi selamanya. Sampai satu masa aku akan datang kembali dan betulkan apa yang salah. Aku tak nak kita hanyut dan aku tak nak tengok kau menyesal, Jase. Aku sayangkan kau sebagai seorang sahabat. Jadi pemergian aku bukan sebab aku dah berputus asa tapi aku cuba mencari diri sendiri terlebih dahulu,"

" Goodluck with that. Hope I can see you again sooner or later, my guy,"

Perpisahan sementara itu sungguh tenang antara mereka. Membuatkan dia nekad untuk kembali dalam keadaan dirinya yang baru. Tapi bagaimana?

" Aku nak betulkan dia pun aku takut aku terkena balik pula dengan kecamannya. Aku ni bukan baik mana pun nak tegur kesilapan orang. Layak ke aku untuk ubah dia?" Gumam Izz Haider kepada diri sendiri.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now