Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
Sepanjang perjalanan pulang, Qaseh hanya memandang luar tingkap. Sudah menjelang hari terakhir peperiksaan untuk dia duduki. Hanya keputusan yang akan dia terima untuk beberapa bulan selepas ini. Bermakna telah tiga minggu perpisahan mereka. Dan beginilah keadaan dia setiap masa.
Walaupun diherdik dan dipukul pun tetap kosong reaksinya.
Tingkap yang basah disirami rintik-rintik hujan itu tidak mampu membuatkan fikirannya melayang tentang mereka beberapa minggu lepas.
" Enough with your sadness. It is better this way than you have to drag them into your problem, muffin. Remembering people is such a waste of time and energy." Selamba Jason berkata. Dia tak rasa apa yang Qaseh rasa saat melangkah pergi daripada sebahagian hidupnya. Mereka itu lah alasan untuk dia terus berjuang. Kalau tidak dah lama dia berputus asa.
Apa yang Jason cakapkan ni? Masalah dia? Bukan ke lelaki ini yang mencipta masalah buatnya? Sampaikan dia terpaksa menanggung risikonya?
" Can you please be nice for a second? This is not my first sad farewell that I've been through," Balas Qaseh dengan nada perlahan. Dia tak kisah siapa di sebelahnya. Apa yang pasti orang seperti Jason tiada guna untuk cakap berlembut.
Cakap lembut pun kena pukul apatah lagi melawan. Kalau dia dibunuh hanya kerana menegakkan kebenaran, tiada masalah pun. Sekurang-kurangnya dia mati dalam keadaan bermaruah.
Ingatkan Jason akan menempik sebaliknya dia mengetawakan kesedihan Qaseh. " You remind me of someone in the past. Crying over something that you shouldn't have to."
Qaseh berkerut mendengar balasan Jason. Rasa macam nak suruh Jason tutup mulutnya daripada bercakap dengan lebih lagi.
" Mereka lah keluarga sebenar yang saya ada. Yang sentiasa mendokong dikala saya lemah. Kalau bukan mereka, dengan siapa lagi saya nak menumpang kasih? Dengan siapa lagi saya nak kongsikan cerita hidup saya?" Luah Qaseh yang semakin tenggelam dalam perasaan.
Dia hanya bersandar pada penghadang pintu kereta. Air mata juga menitik sama seperti air hujan yang membasahi bumi.
Jason menghentikan keretanya di tepi jalan. Nasib mereka baik tiada kereta yang banyak lalu lalang di dalam hujan lebat begini. Suasana dingin ini terasa begitu mencengkam sehingga Qaseh terpaksa memeluk tubuh.
" Kenapa tuan berhenti kat sini??"
Jason hanya tersandar pada tempat memandu. Dia masih merenung hujan-hujan yang turun membasahi tingkap keretanya. " Waktu aku belajar dulu, aku pernah dengar satu cerita. Tentang lucifer,"
Qaseh mula mengalihkan fokusnya pada Jason disebelah. " Lucifer tu apa?" Tanya Qaseh polos.
" Syaitan lah, bongok," Maki Jason seraya menjelingnya. Qaseh tergigit lidah. Apa lah lancang sangat mulut nak bertanya sesuatu pada lelaki baran ni?
Jason meneruskan penceritaannya seusai Qaseh membetulkan duduknya. Seakan seperti anak kecil yang bersedia mendengar cerita setiap kali sebelum tidur.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romance𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...